Friday, April 25, 2008

Sistem Pancaindera

Sistem pancaindera adalah sebahagian dari sistem saraf yang berfungsi untuk proses informasi indera. Di dalam sistem indera, terdapat reseptor indera, jalur saraf, dan bahagian dari otak ikut serta dalam tanggapan indera. Umumnya, sistem indera yang dikenal adalah 
penglihatan, pendengaran, penciuman, pengecapan(lidah) dan peraba/rasa sentuhan.



Anatomi telinga manusia.
Sistem pendengaran adalah sistem yang digunakan untuk mendengar. Hal ini dilakukan terutama oleh sistem pendengaran yang terdiri dari telinga, saraf-saraf, dan otak. Manusia dapat mendengar dari 20 Hz sampai 20.000 Hz. Tidak semua suara dapat dikenali oleh semua
makhluk hidup.

Sistem penglihatan



Mata.
Sistem penglihatan adalah sebahagian dari sistem indera yang membuat organisme mampu melihat. Sistem penglihatan menafsirkan informasi dari cahaya untuk mendirikan representasi dunia disekeliling tubuh. Mata adalah alat utama sistem ini.

Struktur Mata       

Struktur Dalam Mata

The internal Eye

Retina

Retina adalah selapisan nipis sel yang terletak pada bahagian belakang bola mata vertebrata dan cephalopoda. Retina merupakan bahagian mata yang mengubah cahaya menjadi signal saraf.
Retina memiliki sel fotoreseptor ("rods" dan "cones") yang menerima cahaya. Signal yang dihasilkan kemudian mengalami proses rumit yang dilakukan oleh neuron retina yang lain, dan diubah menjadi potensi aksi pada sel ganglion retina. Retina tidak hanya mendeteksi cahaya, ia juga memainkan peranan penting dalam persepsi visual. Pada tahap embrio, retina dan saraf optik berkembang sebagai sebahagian dari perkembangan luar otak.
Struktur unik pembuluh darah pada retina telah digunakan sebagai identifikasi biometrik.

Anatomi retina

Retina manusia terdiri atas sepuluh lapis. Urutan lapisan-lapisan tersebut (ke arah kornea) adalah:
  1. Retinal pigment epithelium (RPE)
  2. Lapisan fotoreseptor segmen dalam dan luar.(Rods/Cones)
  3. Membran limitans eksterna - Lapisan yang memisahkan bahagian dalam fotoreseptor dari inti selnya
  4. Lapisan luar inti sel fotoreseptor
  5. Lapisan luar plexiformis - Pada bahagian makular, ini dikenali sebagai "Lapisan serat Henle" (Fiber layer of Henle).
  6. Lapisan dalam badan inti
  7. Lapisan dalam plexiformis
  8. Lapisan sel ganglion - Lapisan yang terdiri dari inti sel ganglion dan berasal dari serat saraf optik.
  9. Lapisan serat saraf - Yang mengandungi akson - okson sel ganglion yang berjalan menuju ke nervus opticus.
  10. Membran limitans interna - Tempat sel-sel Műller berpijak.

Struktur fizik retina manusia

Struktur retina manusia adalah 72% seperti bola dengan diameter sekitar 22 mm. Pada bahagian tengah retina terdapat cakra optik, yang dikenal sebagai "titik buta" (blind spot) kerana tidak ada fotoreseptor di daerah itu. Cakra optik terlihat sebagai area oval berwarna putih berukuran 3 mm2.

Wednesday, April 16, 2008

Kenali Apakah Naturopathy



Pengenalan

 Naturopathy, atau perubatan naturopati , adalah sejenis perubatan alternatif  yang berasaskan kepada vitalism, yang meyakini bahawa terdapat kuasa dalaman diri (Ruh/Semangat/Chi) istimewa yang dipanggil Vital Force yang menggerakkan proses kehidupan seperti metabolisma, reproduksi, tumbesaran, dan adaptasi. Naturopathy menawarkan pendekatan holistik dan rawatan selamat yang kebanyakannya mengelak dari penggunaan pembedahan dan dadah. Naturopaths percaya bahawa  gejala penyakit adalah disebabkan oleh pengupayaan tubuh badan untuk menyucikan diri dari toksin (DETOKSIFIKASI) dan meningkatkan keupayaan utk melawan penyakit .Dikalangan naturopaths, penolakan terhadap penggunaan ubat(dadah) konvensional adalah suatu kebiasaan. Di malaysia bidang perubatan naturopathy adalah dibawah penyeliaan Persatuan Perubatan Komplementari dan Holistik Malaysia  (PPKHM) dibawah naungan badan penaung FCNMAM yg dilantik oleh majlis PTK(TCM) kebangsaan. Maklumat tentangnya boleh didapati di https://www.facebook.com/PPKHm  atau http://holistikmalaysia.blogspot.com/. Kelayakan minima bagi
mendapatkan keanggotaan Penuh Badan PPKHM adalah Dip.in Naturopathy (ND), bagaimanapun persatuan menyediakan
peluang-peluang utk mendapatkan latihan dan kursus2 lanjutan bg ahli mencapai tahap ilmu dan pencapaian dengan bekerjasama dgn institusi Dalam dan luar negara yg diiktiraf oleh MQA. Utk menjadi ahli PPKHM, bolehlah klik dan lengkapkan borang disinihttp://holistikmalaysia.blogspot.com/.../borang%20daftar


Terma "naturopathy"diambil dari perkataan Latin and Greek, secara umumnya bermaksud "Rawatan Penyakit secara Alami(natural)". Naturopathy moden mulai berkembang bersama Natural Cure movement  (Pergerakan Penyembuhan Natural) di  Eropah. Istilah Naturopathy ini telah di asaskan pada 1895 oleh John Scheel dan dipopularkan oleh  "Bapa naturopathy U.S." Benedict Lust pada 1902, Bermula 1970an, terdapat  Kesedaran kearah kehidupan Natural di United States and Canada, Selari dengan Pergerakan kesihatan Holistik. Hari ini, naturopathy dipraktikkan secara meluas United States, Canada dan seluruh dunia. Skop pengamalan agak berbeza bergantung undang-undang tempatan, dan para naturopath kebiasaannya digelar dengan gelaran  Naturopathic Doctor (N.D).
Para pengamal Naturopathy di United States terbahagi kepada tiga kategori: Naturopaths tradisional; naturopath moden ; dan penyedia perkhidmatan naturopathy. Naturopathic moden menjalankan prinsip  naturopathy disamping konteks amalan perubatan konvensional . Naturopathy menggabungkan pelbagai  modaliti rawatan seperti nutritional and herbal medicine, lifestyle advice,  counseling, flower essence, homeopathy, remedial massage, hipnotis, dan psikologi.
 Ideology and methodologi sistem perubatan naturopathy sejak mula sememangnya berkonflik dengan paradigma perubatan Konvensional (alopathy). Ramai naturopath  menentang konsep vaccination berdasarkan pandangan awal yang membentuk profession ini. menurut American Cancer Society,pula " tiada bukti yang menyokong dakwaan perubatan naturopathi dapat menyembuhkan cancer atau sebarang penyakit pun, sejak awal lagi tiada suatupun kajian dijalankan keatas keseluruhan perubatan naturopathi pernah diterbitkan."

Enam Perinsip asas Naturopati
 • Do no harm/Jangan memudaratkan  (primum non nocere);

• Prevent rather than cure/ Pencegahan lebih baik dari merawat ;

• Nature has innate healing powers/Alam semulajadi adalah kuasa penyembuh (vis medicatrix naturae);

• Holistic approach /pendekatan holistik kpd pesakit (the “whole person” is treated);

• Treat the cause of disease, not its symptoms.rawat puncanya bukan gejala (tolle causum);

• Teach prevention (docere) and the patient learns prevention./didik pesakit utk cegah sendiri penyakit



Sejarah
 
Monsignor Sebastian Kneipp, 1821–1897
 
Benedict Lust, 1872–1945

Bapa Perubatan Greek kuno , Hippocrates, adalah pengasas pertama kepada amalan  perubatan naturopati, lama sebelum istilah itu sendiri wujud. Praktik naturopathy moden adalah berakar kepada Pergerakan Kesembuhan Natural di Eropah semasa awal abad ke 19. di Scotland, Thomas Allinson telah melancarkan penerbitan  "Hygienic Medicine" pada 1880an, mempromosikan diet permakanan natural dan senamadisamping  penggunaan tembakau dan kerja keras yang berlebihan,.Istilah Naturopati telah mula digunakan pada 1895 oleh John Scheel, dan dipopularkan pula oleh Benedict Lust pada 1902, yang terkenal dengan gelaran "father of U.S. naturopathy". Lust mendapat pendidikan dan latihan dalam bidang hydrotherapy dan pelbagai praktik rawatan kesihatan natural di Germany dari Father Sebastian Kneipp; Kneipp telah mengutuskan Lust ke United States untuk mengembangkan  method tanpa dadahnya. Lust mendefinasikan naturopathy sebagai suatu disiplin yang luas berbanding  method yang biasa diamalkan, dan  memasukkan pelbagai teknik seperti  hydrotherapy, herbal medicine, dan homeopathy, dalam masa yang sama mencegah terlebih tabiat makan, dan tabiat minum teh, kopi, dan alkohol. Dia  mendeskripsikan sesuatu tubuh badan dalam penafsiran istilah spiritual dan vitalistic dengan "Sepenuh Kesedaran terhadap kuasa kosmik semulajadi manusia".
Pada 1901, Lust telah menubuhkan  the American School of Naturopathy in New York. pada 1902  North American Kneipp Societies yang asal telah dihentikan dan diberi nama baru "Naturopathic Societies". Pada September 1919 the Naturopathic Society of America pula dibubarkan  dan Benedict Lust mengasaskan pula the American Naturopathic Association untuk menggantikannya . Naturopaths mulai dilesenkan dibawah  undang-undang naturopathic or drugless practitioner laws di 25 negeri pada permulaan 30 tahun pertama abad ke 20. .Naturopathy telah disertai  ramai chiropractors, dan banyak pusat pengajian telah menawarkan  kursusu Doctor of Naturopathy (ND) dan Ijazah Doctor of Chiropractic (DC). Terdapat lebih 2 dozen sekolah Naturopathy di the United States semasa tempoh tersebut.
Selepas perkembangan yang pesat , naturopathy mulai mendapat serangan dari pihak yang memusuhinya dan di dipinggirkan beberapa dekad mulai 1930an. pada 1910 the Carnegie Foundation for the Advancement of Teaching telah menerbitkan the Flexner Report, yang mana mengkritik banyak aspek pendidikan perubatan, terutama berkaitan kualiti dan kekurangan unsur saintifik. Penemuan penicillin dan pelbagai "miracle drugs" telah mempopularkan perubatan modern juga menyumbangkan kejatuhan naturopathy. Pada 1940an dan 1950an, peluasan skop undang-undang amalan telah menyebabkan banyak sekolah chiropractic menggugurkan kursus ijazah ND,walaupun ramai para chiropractors masih tetap mengamalkan  naturopathy. From 1940 to 1963, the American Medical Association berkempen menentang sistem perubatan yang bercanggah dengan sistem yang mereka amalkan. menjelang1958 praktik naturopathy hanya dilesenkan di lima negeri. Pada 1968 the United States Department of Health, Education, and Welfare mengeluarkan laporan tuduhan terhadap naturopathy menyatakan naturopati tidak berasaskan kepada Sains Perubatan dan tidak berkelayakan untuk mengamalkan perubatan. laporan ini juga mencadangkan agar mengeluarkan Naturopati dari sistem penjagaan kesihatan.   In 1977  Jawatankuasa  Australian committee of inquiry telah menemui kesimpulan yang sama;  mereka tidak lagi merekomenkan pengeluaran lesen kepada naturopaths. Pada 2009,hanya limabelas negeri U.S. states, Puerto Rico, the US Virgin Islands dan daerah Columbia mengeluarkan lesen untuk naturopathic doctors, dan negeri Washington mensyaratkan syarikat insuran untuk menawarkan reimbursement bagi setiap perkhidmatan yang dijalankan  naturopathic physicians. South Carolina dan Tennessee melarang  Praktik naturopathy.
menjelang 1970an,minat yang mendalam tehadap naturopati telah timbul semula di United States dan Canada bersama pergerakan kesihatan holistik. Hari ini, Naturopathy dipraktikkan secara meluas di United States dan Canada.

Praktik Amalan

Naturopathy, adalah sejenis perubatan alternatif  yang berasaskan kepada vitalism, yang meyakini bahawa terdapat kuasa dalaman diri (ruh/semangat)istimewa yang dipanggil Vital Force yang menggerakkan proses kehidupan seperti metabolisma, reproduksi, tumbesaran, dan adaptasi. Naturopathy menawarkan pendekatan holistik dan rawatan selamat yang kebanyakannya mengelak dari penggunaan cara pembedahan dan dadah. Dikalangan naturopaths, penolakan terhadap penggunaan ubat(dadah) konvensional adalah suatu kebiasaan.Diagnosis dan rawatan menumpukan kepada terapi alternatif yang didakwa mampu  merangsang tubuh badan untuk merawat kesembuhan diri secara semulajadi dan holistik. Naturopaths  menumpukan kepada pencegahan penyakit melalui perlegaan stress, perubahan diet dan gaya hidup sihat,   Naturopaths sering menyarankan  penyembuhan secara natural  melalui pendedahan kepada alam semulajadi, seperti cahaya matahari, herba dan permakanan sihat, begitu juga dengan aktiviti natural seperti exercise, meditasi  dan relaksasi. Naturopaths  mendakwa semua cara rawatan semulajadi mampu mengekalkan kebolehan dalaman manusia untuk menyembuhkan diri secara semulajadi tanpa kesan sampingan dari perubatan konvensional. Bagaimanapun cara rawatan,"natural" kadang kala sama bahayanya dengan perubatan konvensional jika diamalkan tanpa pengetahuan dan latihan secukupnya.
Secara umumnya proses konsultasi terhadap pesakit berjalan dengan menumpukan kepada gayahidup, sejarah perubatan, perasaan, karakter dan bentuk tubuh, dan pemeriksaan fizikal.
setelah itu akan ditentukan rawatan yang sesuai yang diperlukan pesakit, seperti kaunseling, nasihat
permakanan dan gayahidup, preskripsi ubat dan terapi-terapi yang sesuai.


Methods

Pelbagai modaliti digunakan oleh para naturopath termasuklah: Acupuncture, applied kinesiology, botanical medicine, brainwave entrainment, chelation therapy  untuk  atherosclerosis,  colonic enemas, color therapy, cranial osteopathy, hair analysis, homeopathy, iridology,live blood analysis, nature cures—i.e. cara therapi berasaskan pendedahan kepada  elemen natural seperti cahayamatahari, udara segar,suhu kepanasan, atau suhu sejuk, nutrition (contohnya termasuklah vegetarian dan diet wholefood , puasa, dan pantang larang terhadap alcohol dan gula ,ozone therapy, physical medicine (e.g., naturopathic, osseous, and soft tissue manipulative therapy, sports medicine, exercise, dan hydrotherapy), Psychological counseling (e.g., meditation, relaxation, dan pelbagai cara  stress management), public health measures dan hygiene, reflexology,rolfing,dan perubatan traditional
Kajiselidik pada 2004  menunjukkan terapeutik naturopati yang paling popular di negeri Washington dan Connecticut adalah perubatan botani, vitamins, minerals, homeopathy, dan rawatan allergy .


 Naturopathy Nutrition

Naturopathy Nutrition is a system of healthcare which encourages and promotes the body's natural self-healing to flourish using an eclectic approach.

  Naturopaths will not use surgery, strong chemical medicines with strong side effects.

  Treat the root of a disease/imbalance and not the symptoms

  Treat the person not the disease

  Each individual is unique and responds in a different way

  Prevention is preferable then cure

  Work with nature cycles and use the healing power of nature

  A naturopath is an educator/teacher empowering the patient to take responsibility for his/her own health


Approach

Work very closely with the philosophy of the cell: we are made of about 70 trillion cells. Each cell is like a mini human being: it has a physical structure, a mind and a spirit. Each and everyone one of these cells needs water, EFAs and a mailnly alkaline environment to thrive better. Now, the way we think and the way and what we eat affects this environment.

"95% of our genes are activated by the environment not by the genetics."
Dr. Bruce Lipton - Epigenetics Scientist

Cancer, heart disease and diabetes are the main killer diseases in USA and UK. These diseases manifest mainly as a result of too much acidity in the body. These diseases and many others can be preventable through diet.

Diet heals, repairs and corrects the body.

I also use the Chinese 5 Elements and Ayurvedic Doshas philosifies as tools to help me to group different symptoms, emotions, thoughts, eating and eliminating habits, etc in relation to the systems and organs of the body and the seasons in nature.

What to expect in a consultation?

An initial in depth consultation is divided into 2 sessions of 1hour each. In the first session, I will gather information: ask you questions about your lifestyle, diet, family history, emotional needs and any symptoms you experienced in the past and experiences at present moment. We will talk about the concerns you would like me to support you with. In the second session, I will present you with a philosophy to help you understand your current health picture & I will deliver a treatment plan customized to suit your peronal needs.
My aim is to find out what you would like to achieve, to provide you with tools and guidance which will support your journey to better health and longevity.

 A follow-up visit normally takes place 4 weeks after the initial consultation. Your new health state is reviewed and new goals may be set to continue moving forward to better health. Follow ups are also good to set new adjustments to diet & lifestyle as needs change.


Who may benefit from Naturopathy Nutrition?

  People with all types of symptoms like headaches, low energy, depression, skin disorders,  digestive issues and any acute or chronic disease.
  People which experience mental exhaustion
  People which are in good health already and want to improve their health
  Those who want weight loss
  Those who want more understanding of their own body


Apa itu Iridologi

 Iridologi adalah satu kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau dianosis melalui struktur halus dianak mata, perkataan iris yang bermaksud anak mata.kaedah iridologi begitu mengkagumkan dan sungguh mudah untuk dipelajari kerana ia cepat,selamat ,tepat dan ringkas tanpa perlu  pengunaan peralatan yang canggih.Kaedah Iridologi sungguh unik  dan menarik kerana membantu mengetahui tahap kesihatan tubuh badan sesaorang itu, khususnya kelemahan pada organ -organ yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kerana mata mempuayai beribu ribu juta saraf halus, tisu dan sel-sel yang bersambung kesistem badan melalui saraf otak. Setiap kerosakan pada saraf dianak  mata akan menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan ,analisa dari anak mata bolih membantu  untuk mencegah atau memperbaiki taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana iridologi dapat menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku,sedang berlaku atau akan berlaku.Setiap analisa dianak mata tidak serupa   diantara mata sesaorang itu kerana ia bergantung kepada tabiat permakanan , keturunan, gaya hidup sesaorang itu....Mata kiri  akan menceritakan kelemahan organ sebelah kiri -sebagai contoh- masalah jantung akan dilihat dizon 3 pada mata sebelah kiri.Pakar-Pakar  iridologist mengunakan sistem yang sama pada carta iridologi iaitu  sistem masa dan pusingan jam.Ia dibahagikan kepada beberapa  zon-zon utama tertentu mengikut sistem fazikal organ tubuh badan,perubahan pada anak mata, warna  dan  struktur anak mata dan tanda-tanda  pada   dalaman berkaitan usus,contoh Proplapsus (usus kendur atau perut buncit) satu tanda ANW (Automic Nerve Wreath) jatuh dari kawasan usus biasanya ia ditunjukkan pada pukul 11.00 hingga 1.00 ,otot lemah disebabkan tekanan kebawah.



Naturopath - Homeopathy
Apakah Perubatan Homeopati?

Homeopati adalah suatu sistemperubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkanmelalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. Asas kepada sistem ini adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud "serupa menyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yangmampu menimbulkan gejala penyakit, mampu jugamenyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.

Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?

Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain. melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.

Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?

Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalumerangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disampingmembuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utkmempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan danpenyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalammemilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.

Apakah Ubat Homeopatimempunyai kesan sampingan?

Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis)menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.



Refleksologi

Refleksologi, atau terapi zon, adalah perubatan alternatif yang melibatkan tindakan fizikal mengenakan tekanan kepada kaki, tangan, atau telinga dengan  jari tertentu. Ia adalah berdasarkan apa yang reflexologists percaya bahawa sistem zon dan kawasan refleks yang dikatakan mencerminkan imej badan pada kaki dan tangan.
Refleksologists membahagikan badan ke sepuluh zon yang sama tegak, lima di sebelah kanan dan lima di sebelah kiri.
 The Foot Refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.
Mengurut sebenarnya memberi tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki edaran darah yang secara tidak langsung merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Orang zaman dulu melakukan refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil atau permukaan bumi yang kasar untuk mengembali dan mengekalkan keseimbangan badan.
Namun, dalam keadaan sekarang, kita boleh lakukan sendiri refleksologi dengan berjalan berkaki ayam di atas batu refleksologi yang banyak di pusat riadah dan rekreasi. Ada orang mengaitkan kalau sakit berjalan di atas batu ini, tanda banyak penyakit, tetapi kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan.
Harus diingat, refleksologi bukan kaedah untuk mengenalpasti atau mengubati penyakit, tetapi ia mampu mengurangkan simptom dan meredakan kesakitan mahupun ketidakselesaan fizikal disebabkan tekanan, trauma atau penyakit.
Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang diamalkan di China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun. Lukisan dinding Mesir kuno yang dijumpai di Saqqara dalam piramid Ankhmahor (doktor Mesir kuno) menunjukkan dua lelaki mengurut tangan dan kaki lelaki lain. Malah, kaedah sama diamalkan penduduk asli Amerika Utara dan semakin popular di Eropah dan Amerika Syarikat.

Apa kebaikan refleksologi?

Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.
Kedua, walaupun makin ramai mengamalkan pemakanan sihat dan memilih makanan organik, tetapi masalah kesihatan tetap muncul. Malah, tidak ramai berjaya mengekalkan corak pemakanan begini.
Kekurangan zat tertentu dan kesan tekanan boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi dikatakan dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.
Ketiga, di samping menjalani perubatan moden, ramai juga memilih rawatan alternatif untuk mendapatkan kesihatan menyeluruh. Ubat tradisional Barat menjurus kepada rawatan khusus untuk satu-satu penyakit atau simptom, sedangkan refleksologi pula adalah kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan ubat. Ia hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.
Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan). Contohnya, ibu jari dianggap cermin kepada kepala dan tapak kaki pula adalah anggota badan.
Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.
Antara soalan yang kerap diajukan mengenai refleksologi adalah :
Adakah ia menyakitkan?
Ia perlu dialami sendiri. Kali pertama mungkin sakit tetapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Refleksologi tidak menyakitkan, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan sedikit.
Bagaimana ia boleh menyegarkan seseorang?
Sebagaimana kaedah tradisional lain seperti urut, akupuntur, tai chi dan ayurveda, refleksologi memberi kesan lebih kurang sama — boleh merangsang tidur lebih nyenyak dan selera makan. Ini secara tidak langsung dapat memberi tenaga kepada seseorang.
Ada yang mendakwa refleksologi boleh membantu masalah sembelit. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tidak dapat diterangkan, tetapi ini antara kriteria utama menyebabkan ramai pengusaha berlumba-lumba menghasilkan mesin refleksologi elektrik.
Refleksologi bukan hanya pada kaki, ia juga boleh dilakukan pada tangan tetapi kaedah ini kurang popular.
Mengapa urut kaki lebih popular dan menyeronokkan?
Ada pengamal refleksologi mendakwa ia boleh memperbaiki mood kerana bahagian otak yang berhubung dengan kaki terletak bersebelahan dengan bahagian yang menghubungkan alat kelamin! Bagaimanapun, kesan refleksologi berbeza antara individu. Jika anda mengalami masalah sakit kaki, disarankan lebih baik supaya mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu kerana ia mungkin disebabkan masalah lain.


AKUPUNTUR
PENGENALAN – AKUPUNKTUR DALAM SEJARAH

Akupunktur adalah kaeadah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu (Acupunture Point) pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chi) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala, selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur, para akupunturis mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba.Teknik penggunaan haba dikenali sebagai “Moxibustion” dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil “Electrostimulation“. Jarum akupunktur yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang pakai-buang.

Kaedah ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Namun penghormatan telah diberikan oleh kebanyakan ahli-ahli perubatan kepada China kerana pengalaman jenis ini banyak diguna atau diamalkan oleh rakyat China sejak 4000 tahun yang lampau sehingga hari ini.

Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa  di dunia ini yang mencatat  tentang Perubatan Akupuntur yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ’Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masihi’

Pada zaman kuno, orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu buluh dan lain-lain sebagai asas rawatan untuk menekan atau menusuk di bahagian tertentu badan. Di zaman moden ini. Alat-alat tersebut telah digantikan dengan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile yang diperbuat dari berbagai logam seperti Jarum Perak, Tembaga dan Emas.

Di antara ketiga jarum tersebut, jarum emaslah yang paling banyak sekali mengeluarkan tenaga Qi (chi) iaitu 100 kali ganda kekuatannya dari Jarum Perak.

Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada tenaga magnetik yang dinamakan sebagai kuasa ubat yang akan memberi kesan segera apabila ditusuk ke suatu titik khas badan dengan mengeluarkan rasa seperti kebas-kebas, berat, senak, berdenyut-denyut atau bengkak. Semua rasa ini dikenali sebagai ’Deqi’ yakni arus elektrik yang melalui channel atau meridian atau kolentral yang sudah cukup untuk melegakan atau menyembuh sesuatu penyakit.

ADAKAH AKUPUNKTUR MENYAKITKAN ?

Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur di mana-mana badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Kalaupun sakit, ianya bagai gigitan semut pada tusukan pertama sahaja. Jarum tersebut diletakkan di bahagian lapisan kulit sahaja di antara 0.5cm hingga 1cm atau 1 cun hingga 2 cun. Akupunktur adalah sangat berkesan di kawasan dimana ubat-ubatan biasanya tidak begitu berkesan seperti wabak yang teruk, pengawal kesakitan dan pengurang tekanan.

PERBEZAAN ANTARA AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR

Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit, mengenalpasti Pathogen (a foreign agent that may result in clinical infection and disease if not eliminated by immune system) dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman, bakteria, ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam saluran darah. Manakala dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China, akupunktur digunakan untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi, darah, kahak dan cairan badan. Bagi doktor perubatan barat pula, pesakit akan diperiksa dan didiagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak, bentuknya dan pergerakannya. Ia juga melibatkan pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka, kulit, kuku dan mata. Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah, tidak berfungsi atau sesak. Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.

Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di barat pula, akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik. Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya .

Akupunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang. Yin adalah kualiti feminin pada alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta. Dalam perubatan barat, Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi. Dalam perubatan timur, Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .

QI DAN FUNGSINYA

Lima fungsi utama Qi ialah ;

1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan
AKUPUNTUR DAN FUNGSINYA

Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi di dalam badan. Ia dilakukan dengan memasukkan, menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur. Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran di dalam badan. Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian. Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .

Gangguan atau halangan pada tenaga ( Qi ), darah dan cairan akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian. Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman, tisu yang bergabung, meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga.

Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak di dalam paket pada otot, kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorphin, enkefalin dan dinorfin yang dikenal pasti berlaku di tengah-tengah bahagian otak.

Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang. Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan, minda dan semangat. Dalam sains moden, kesihatan ialah pergerakan elektron. Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri. Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni. Tenaga bergerak dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung, pergerakan bioelektron. Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan.

Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang. Ini akan mengakibatkan salah fungsi dan penyakit. Lebih banyak rawatan akupunktur diambil atau diterima, lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal. Pada tahap ini, keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya.

KAJIAN SECARA SAINTIFIK

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, University of California didapati bahawa bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesej kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorphin dan momomine iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang. Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian dilakukan terhadap titik akupuntur, ia akan mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat dilihat secara jelas pada imej MRI. Sekaligus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupuntur bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.

APAKAH BENTUK AKUPUNTUR MODEN

Dalam akupuntur moden hari ini ada berbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur, antaranya ialah:

Akupuntur Klasik – menggunakan jarum halusAkupuntur Elektrik – menggunakan stimulator elektrik voltage rendahAkupuntur Elektronik – menggunakan alat-alat elektronik kecilAkupuntur Bekam Darah – Acu Bekam mengeluarkan darahAkupuntur Bekam – Acu Bekam sedut angin keluar dari badanAkupuntur Moksibusi – menghangat pada titik tertentuAkupuntur Kepala (Scalp Acupunture) – menusuk jarum ke kepalaAkupuntur Telinga (Auricular Acupunture) – menusuk jarum ke telingaAkupuntur Mata (Iridology)10. Akupuntur Urut – Acupressure, Shiatsu11. Akupuntur Homeopati

PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT DAN DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN AKUPUNTUR

WHO (Badan Kesihatan Dunia) telah menggariskan penyakit-penyakit yang baik untuk rawatan akupuntur, antaranya ialah:

Sistem Pernafasan

Resdung/SinusitisSelesema/RhinitisSelesema berairTonsilitisGangguan Pencernaan

Spasma pada esophagusTersedu/hiccoughGastroptosisGastrikDuodenal Ulcer, ColitisSembelit, cirit biritParalysis UsusGangguan Mata

Sakit Mata Awal/ConjunctivitisRadangan Retina/Retinis MyopiaGangguan Mulut

Sakit GigiSakit GusiSakit HalkumSistem Pernafasan

Batuk BronkitisAsma BronkialNeorological And Musculo-Skeletal Disorder

Rawatan Yang DiAnggap Baik Oleh Akupuntur

Sakit Kepala dan MigrainSakit Urat Saraf Muka atau KepalaLumpuh Sebelah Muka /Bell PalsyKesan dari Stroke/LumpuhPenyakit Meniere’sMasalah KencingFrozen atau Tennis ElbowSakit BelikatSakit Bahagian PinggangSakit Kerangka PunggungSakit Sendi Tulang

PENGIKTIRAFAN DARI DUNIA BARAT

2O tahun yang silam, ahli-ahli perubatan alopati tidak mahu menerima hakikat penyembuhan penyakit melalui jarum-jarum halus akupuntur. Mereka tetap mengatakan mustahil atau tidak masuk akal. Namun pada awal 1982 hampir 80% pelajar-pelajar yang mempelajari akupuntur dari Prof. Dr. Nik Omar adalah terdiri dari doktor-doktor alopati. Malah seorang pakar bedah jantung dari Afrika Selatan Dr. Bernard Shaw turut mempelajari akupuntur di Colombo.

Mengikut bancian akhir tahun 1998, hampir 1 daripada 10 orang Amerika Syarikat telah menggunakan perubatan akupuntur dan 1 daripada 5 orang Amerika Syarikat mengamalkan perubatan alternatif seperti akupuntur, homeopati, herbalisme, naturopathy, aromaterafi dan sebagainya.

Perkembangan positif perubatan akupuntur di Amerika Syarikat telah mendorong beberapa buah negara di dunia mengakui kebenaran dan keupayaan akupuntur.

PEMBUKTIAN PENYEMBUHAN

Kaedah rawatan akupuntur klasik ini begitu unik dan amat sukar difahami oleh orang-orang awam. Dengan mempunyai lebih dari 3,500 titik akupuntur di seluruh badan, amat sukar bagi seseorang itu memahami bagaimana titik akupuntur ini mampu memberi penyembuhan kepada pesakit.

Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik telah dilakukan dan mereka dapati bahawa aliran tenaga ’Qi’ (chi) dapat dikeluarkan setiap kali jarum akupuntur ditusuk ke titik-titik tertentu yang mempunyai nilai perubatan. Semua aliran ini dikeluar dan dikawal oleh endropin dan monomin pada bahagian otak.

Dengan cara inilah seseorang akupunturis dapat memberi rawatan yang berkesan dengan hanya meletakkan satu atau dua jarum pada bahagian-bahagian badan yang telah ditetapkan.


Cupping/Bekam

Bekam adalah suatu metod perubatan dengan cara mengeluarkan darah statis yang mengandung toksin dari dalam tubuh manusia. Berbekam dengan cara melakukan pemvakuman di kulit dan pengeluaran darah darinya. Pengertian ini mencakupi dua mekanisme asasi bekam, iaitu proses pemvakuman kulit dan dilanjutkan dengan pengeluaran darah dari kulit yang telah divakum sebelumnya.
Dalam bahasa Jawa disebut cantuk atau kop. Di Sumbawa dan sekitarnya disebut tangkik atau batangkik. Dalam bahasa Arab disebut hijamah الحجامة. Dalam bahasa Inggris disebut blood cupping atau blood letting atau cupping therapy atau blood cupping therapy atau cupping therapeutic.
Sejarah
Hijamah/bekam/cupping/Blood letting/kop/chantuk dan banyak istilah lainnya sudah dikenal sejak zaman dulu, yaitu kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai Babilonia, Mesir kuno,Saba, dan Persia. Pada zaman Rasulullah, beliau menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta, gading gajah.
Pada zaman China kuno mereka menyebut hijamah sebagai “perawatan tanduk” karena tanduk menggantikan kaca. Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk hijamah. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila disangkutkan pada tubuh manusia, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, ia tidak berupaya lagi untuk bergerak dan terus jatuh lantas mengakhiri upacara hijamahnya.
Seorang herbalis Ge Hong (281-341 M) dalam bukunya A Handbook of Prescriptions for Emergencies menggunakan tanduk hewan untuk membekam/mengeluarkan bisul yang disebut teknik “jiaofa”,

Friday, January 18, 2008

Thyroid

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.

Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah. Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.

Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan. Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama di kalangan wanita berbanding lelaki. Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah WANITA !!!

a. Hyperthyroidism :

Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah. Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki, ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga. Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :

*Denyutan jantung yang laju
*Sentiasa gelisah
*Timbulnya perasaan marah
*Penurunan berat badan
*Rambut gugur
*Sukar untuk tidur (insomnia)
*kurang daya tahan terhadap kepanasan
*Pusingan haid tidak teratur
*Mata menjadi besar
*Turun berat badan mendadak walau selera naik
*Cirit Birit
*Lemah tubuh badan
*Osteoporosis

b. Hypothyroidism :

Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon yang berisiko adalah wanita. Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyerang tiroid. Tanda-tanda penyakit ini ialah :

*Kurang tenaga
*Rasa sejuk
*Denyutan jantung perlahan
*Depresi
*Berat badan bertambah
*Kurang daya ingatan
*kulit kering
*Rambut gugur
*Sembelit
*beguk
*Nafsu seks turun
*Suara serak

c. Beguk

Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid. Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid. Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk. Tanda-tanda beguk ialah :

*Rambut kering
*Bengkak di tengkuk
*kehilangan berat badan
*Perubahan haid
*jantung berdebar-debar
*cepat marah
*mata jadi besar
*perubahan kadar metabolisme

Dalam kes-kes teruk beguk boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas dan menelan.

d. Kanser Tiroid :

Benjolan yang terdapat di tiroid. Lebih 90 peratus benjolan bukanlah kanser. Selalunya dapat dibuang melalui pembedahan samada dibuang semua atau sebahagian sahaja. Kanser tirid peringkat awal tidak menunjukkan sebarang kesan. Namun semasa kanser membesar, tanda-tanda kanser tiroid akan mula terasa seperti :

*benjol di bahagian depan leher
*Sukar untuk bercakap dalam suara yang normal
*Sukar menelan dan bernafas
*Rasa sakit di tekak dan leher