Pengenalan
Naturopathy, atau
perubatan naturopati , adalah sejenis perubatan alternatif yang berasaskan kepada vitalism, yang
meyakini bahawa terdapat kuasa dalaman diri (Ruh/Semangat/Chi) istimewa yang
dipanggil Vital Force yang menggerakkan proses kehidupan seperti metabolisma,
reproduksi, tumbesaran, dan adaptasi. Naturopathy menawarkan pendekatan
holistik dan rawatan selamat yang kebanyakannya mengelak dari penggunaan
pembedahan dan dadah. Naturopaths percaya bahawa gejala penyakit adalah disebabkan oleh
pengupayaan tubuh badan untuk menyucikan diri dari toksin (DETOKSIFIKASI) dan
meningkatkan keupayaan utk melawan penyakit .Dikalangan naturopaths, penolakan
terhadap penggunaan ubat(dadah) konvensional adalah suatu kebiasaan. Di
malaysia bidang perubatan naturopathy adalah dibawah penyeliaan Persatuan
Perubatan Komplementari dan Holistik Malaysia
(PPKHM) dibawah naungan badan penaung FCNMAM yg dilantik oleh majlis
PTK(TCM) kebangsaan. Maklumat tentangnya boleh didapati di
https://www.facebook.com/PPKHm atau
http://holistikmalaysia.blogspot.com/. Kelayakan minima bagi
mendapatkan keanggotaan Penuh Badan PPKHM adalah Dip.in
Naturopathy (ND), bagaimanapun persatuan menyediakan
peluang-peluang utk mendapatkan latihan dan kursus2 lanjutan
bg ahli mencapai tahap ilmu dan pencapaian dengan bekerjasama dgn institusi
Dalam dan luar negara yg diiktiraf oleh MQA. Utk menjadi ahli PPKHM, bolehlah
klik dan lengkapkan borang
disinihttp://holistikmalaysia.blogspot.com/.../borang%20daftar
Terma "naturopathy"diambil dari perkataan Latin
and Greek, secara umumnya bermaksud "Rawatan Penyakit secara
Alami(natural)". Naturopathy moden mulai berkembang bersama Natural Cure
movement (Pergerakan Penyembuhan
Natural) di Eropah. Istilah Naturopathy
ini telah di asaskan pada 1895 oleh John Scheel dan dipopularkan oleh "Bapa naturopathy U.S." Benedict
Lust pada 1902, Bermula 1970an, terdapat
Kesedaran kearah kehidupan Natural di United States and Canada, Selari
dengan Pergerakan kesihatan Holistik. Hari ini, naturopathy dipraktikkan secara
meluas United States, Canada dan seluruh dunia. Skop pengamalan agak berbeza
bergantung undang-undang tempatan, dan para naturopath kebiasaannya digelar
dengan gelaran Naturopathic Doctor
(N.D).
Para pengamal Naturopathy di United States terbahagi kepada
tiga kategori: Naturopaths tradisional; naturopath moden ; dan penyedia
perkhidmatan naturopathy. Naturopathic moden menjalankan prinsip naturopathy disamping konteks amalan
perubatan konvensional . Naturopathy menggabungkan pelbagai modaliti rawatan seperti nutritional and
herbal medicine, lifestyle advice,
counseling, flower essence, homeopathy, remedial massage, hipnotis, dan
psikologi.
Ideology and
methodologi sistem perubatan naturopathy sejak mula sememangnya berkonflik
dengan paradigma perubatan Konvensional (alopathy). Ramai naturopath menentang konsep vaccination berdasarkan
pandangan awal yang membentuk profession ini. menurut American Cancer Society,pula
" tiada bukti yang menyokong dakwaan perubatan naturopathi dapat
menyembuhkan cancer atau sebarang penyakit pun, sejak awal lagi tiada suatupun
kajian dijalankan keatas keseluruhan perubatan naturopathi pernah
diterbitkan."
Enam Perinsip asas Naturopati
• Do no harm/Jangan
memudaratkan (primum non nocere);
• Prevent rather than cure/ Pencegahan lebih baik dari
merawat ;
• Nature has innate healing powers/Alam semulajadi adalah
kuasa penyembuh (vis medicatrix naturae);
• Holistic approach /pendekatan holistik kpd pesakit (the “whole
person” is treated);
• Treat the cause of disease, not its symptoms.rawat
puncanya bukan gejala (tolle causum);
• Teach prevention (docere) and the patient learns
prevention./didik pesakit utk cegah sendiri penyakit
Sejarah
Monsignor Sebastian Kneipp, 1821–1897
Benedict Lust, 1872–1945
Bapa Perubatan Greek kuno , Hippocrates, adalah pengasas
pertama kepada amalan perubatan
naturopati, lama sebelum istilah itu sendiri wujud. Praktik naturopathy moden
adalah berakar kepada Pergerakan Kesembuhan Natural di Eropah semasa awal abad
ke 19. di Scotland, Thomas Allinson telah melancarkan penerbitan "Hygienic Medicine" pada 1880an,
mempromosikan diet permakanan natural dan senamadisamping penggunaan tembakau dan kerja keras yang
berlebihan,.Istilah Naturopati telah mula digunakan pada 1895 oleh John Scheel,
dan dipopularkan pula oleh Benedict Lust pada 1902, yang terkenal dengan
gelaran "father of U.S. naturopathy". Lust mendapat pendidikan dan
latihan dalam bidang hydrotherapy dan pelbagai praktik rawatan kesihatan
natural di Germany dari Father Sebastian Kneipp; Kneipp telah mengutuskan Lust
ke United States untuk mengembangkan
method tanpa dadahnya. Lust mendefinasikan naturopathy sebagai suatu disiplin
yang luas berbanding method yang biasa
diamalkan, dan memasukkan pelbagai
teknik seperti hydrotherapy, herbal
medicine, dan homeopathy, dalam masa yang sama mencegah terlebih tabiat makan,
dan tabiat minum teh, kopi, dan alkohol. Dia
mendeskripsikan sesuatu tubuh badan dalam penafsiran istilah spiritual
dan vitalistic dengan "Sepenuh Kesedaran terhadap kuasa kosmik semulajadi
manusia".
Pada 1901, Lust telah menubuhkan the American School of Naturopathy in New
York. pada 1902 North American Kneipp
Societies yang asal telah dihentikan dan diberi nama baru "Naturopathic
Societies". Pada September 1919 the Naturopathic Society of America pula
dibubarkan dan Benedict Lust mengasaskan
pula the American Naturopathic Association untuk menggantikannya . Naturopaths
mulai dilesenkan dibawah undang-undang
naturopathic or drugless practitioner laws di 25 negeri pada permulaan 30 tahun
pertama abad ke 20. .Naturopathy telah disertai
ramai chiropractors, dan banyak pusat pengajian telah menawarkan kursusu Doctor of Naturopathy (ND) dan Ijazah
Doctor of Chiropractic (DC). Terdapat lebih 2 dozen sekolah Naturopathy di the
United States semasa tempoh tersebut.
Selepas perkembangan yang pesat , naturopathy mulai mendapat
serangan dari pihak yang memusuhinya dan di dipinggirkan beberapa dekad mulai
1930an. pada 1910 the Carnegie Foundation for the Advancement of Teaching telah
menerbitkan the Flexner Report, yang mana mengkritik banyak aspek pendidikan
perubatan, terutama berkaitan kualiti dan kekurangan unsur saintifik. Penemuan
penicillin dan pelbagai "miracle drugs" telah mempopularkan perubatan
modern juga menyumbangkan kejatuhan naturopathy. Pada 1940an dan 1950an,
peluasan skop undang-undang amalan telah menyebabkan banyak sekolah
chiropractic menggugurkan kursus ijazah ND,walaupun ramai para chiropractors
masih tetap mengamalkan naturopathy.
From 1940 to 1963, the American Medical Association berkempen menentang sistem
perubatan yang bercanggah dengan sistem yang mereka amalkan. menjelang1958
praktik naturopathy hanya dilesenkan di lima negeri. Pada 1968 the United
States Department of Health, Education, and Welfare mengeluarkan laporan
tuduhan terhadap naturopathy menyatakan naturopati tidak berasaskan kepada
Sains Perubatan dan tidak berkelayakan untuk mengamalkan perubatan. laporan ini
juga mencadangkan agar mengeluarkan Naturopati dari sistem penjagaan
kesihatan. In 1977 Jawatankuasa
Australian committee of inquiry telah menemui kesimpulan yang sama; mereka tidak lagi merekomenkan pengeluaran
lesen kepada naturopaths. Pada 2009,hanya limabelas negeri U.S. states, Puerto
Rico, the US Virgin Islands dan daerah Columbia mengeluarkan lesen untuk
naturopathic doctors, dan negeri Washington mensyaratkan syarikat insuran untuk
menawarkan reimbursement bagi setiap perkhidmatan yang dijalankan naturopathic physicians. South Carolina dan
Tennessee melarang Praktik naturopathy.
menjelang 1970an,minat yang mendalam tehadap naturopati
telah timbul semula di United States dan Canada bersama pergerakan kesihatan
holistik. Hari ini, Naturopathy dipraktikkan secara meluas di United States dan
Canada.
Praktik Amalan
Naturopathy, adalah sejenis perubatan alternatif yang berasaskan kepada vitalism, yang
meyakini bahawa terdapat kuasa dalaman diri (ruh/semangat)istimewa yang
dipanggil Vital Force yang menggerakkan proses kehidupan seperti metabolisma,
reproduksi, tumbesaran, dan adaptasi. Naturopathy menawarkan pendekatan
holistik dan rawatan selamat yang kebanyakannya mengelak dari penggunaan cara
pembedahan dan dadah. Dikalangan naturopaths, penolakan terhadap penggunaan
ubat(dadah) konvensional adalah suatu kebiasaan.Diagnosis dan rawatan
menumpukan kepada terapi alternatif yang didakwa mampu merangsang tubuh badan untuk merawat
kesembuhan diri secara semulajadi dan holistik. Naturopaths menumpukan kepada pencegahan penyakit melalui
perlegaan stress, perubahan diet dan gaya hidup sihat, Naturopaths sering menyarankan penyembuhan secara natural melalui pendedahan kepada alam semulajadi,
seperti cahaya matahari, herba dan permakanan sihat, begitu juga dengan
aktiviti natural seperti exercise, meditasi
dan relaksasi. Naturopaths
mendakwa semua cara rawatan semulajadi mampu mengekalkan kebolehan
dalaman manusia untuk menyembuhkan diri secara semulajadi tanpa kesan sampingan
dari perubatan konvensional. Bagaimanapun cara rawatan,"natural"
kadang kala sama bahayanya dengan perubatan konvensional jika diamalkan tanpa
pengetahuan dan latihan secukupnya.
Secara umumnya proses konsultasi terhadap pesakit berjalan
dengan menumpukan kepada gayahidup, sejarah perubatan, perasaan, karakter dan
bentuk tubuh, dan pemeriksaan fizikal.
setelah itu akan ditentukan rawatan yang sesuai yang
diperlukan pesakit, seperti kaunseling, nasihat
permakanan dan gayahidup, preskripsi ubat dan terapi-terapi
yang sesuai.
Methods
Pelbagai modaliti digunakan oleh para naturopath
termasuklah: Acupuncture, applied kinesiology, botanical medicine, brainwave
entrainment, chelation therapy
untuk atherosclerosis, colonic enemas, color therapy, cranial
osteopathy, hair analysis, homeopathy, iridology,live blood analysis, nature
cures—i.e. cara therapi berasaskan pendedahan kepada elemen natural seperti cahayamatahari, udara
segar,suhu kepanasan, atau suhu sejuk, nutrition (contohnya termasuklah
vegetarian dan diet wholefood , puasa, dan pantang larang terhadap alcohol dan
gula ,ozone therapy, physical medicine (e.g., naturopathic, osseous, and soft
tissue manipulative therapy, sports medicine, exercise, dan hydrotherapy),
Psychological counseling (e.g., meditation, relaxation, dan pelbagai cara stress management), public health measures
dan hygiene, reflexology,rolfing,dan perubatan traditional
Kajiselidik pada 2004
menunjukkan terapeutik naturopati yang paling popular di negeri
Washington dan Connecticut adalah perubatan botani, vitamins, minerals,
homeopathy, dan rawatan allergy .
Naturopathy Nutrition
Naturopathy Nutrition is a system of healthcare which
encourages and promotes the body's natural self-healing to flourish using an
eclectic approach.
• Naturopaths will
not use surgery, strong chemical medicines with strong side effects.
• Treat the root of a
disease/imbalance and not the symptoms
• Treat the person
not the disease
• Each individual is
unique and responds in a different way
• Prevention is
preferable then cure
• Work with nature
cycles and use the healing power of nature
• A naturopath is an
educator/teacher empowering the patient to take responsibility for his/her own
health
Approach
Work very closely with the philosophy of the cell: we are
made of about 70 trillion cells. Each cell is like a mini human being: it has a
physical structure, a mind and a spirit. Each and everyone one of these cells
needs water, EFAs and a mailnly alkaline environment to thrive better. Now, the
way we think and the way and what we eat affects this environment.
"95% of our genes are activated by the environment not
by the genetics."
Dr. Bruce Lipton - Epigenetics Scientist
Cancer, heart disease and diabetes are the main killer
diseases in USA and UK. These diseases manifest mainly as a result of too much
acidity in the body. These diseases and many others can be preventable through
diet.
Diet heals, repairs and corrects the body.
I also use the Chinese 5 Elements and Ayurvedic Doshas
philosifies as tools to help me to group different symptoms, emotions,
thoughts, eating and eliminating habits, etc in relation to the systems and
organs of the body and the seasons in nature.
What to expect in a consultation?
An initial in depth consultation is divided into 2 sessions
of 1hour each. In the first session, I will gather information: ask you
questions about your lifestyle, diet, family history, emotional needs and any
symptoms you experienced in the past and experiences at present moment. We will
talk about the concerns you would like me to support you with. In the second
session, I will present you with a philosophy to help you understand your
current health picture & I will deliver a treatment plan customized to suit
your peronal needs.
My aim is to find out what you would like to achieve, to
provide you with tools and guidance which will support your journey to better
health and longevity.
A follow-up visit
normally takes place 4 weeks after the initial consultation. Your new health
state is reviewed and new goals may be set to continue moving forward to better
health. Follow ups are also good to set new adjustments to diet & lifestyle
as needs change.
Who may benefit from Naturopathy Nutrition?
• People with all
types of symptoms like headaches, low energy, depression, skin disorders, digestive issues and any acute or chronic
disease.
• People which
experience mental exhaustion
• People which are in
good health already and want to improve their health
• Those who want
weight loss
• Those who want more
understanding of their own body
Apa itu Iridologi
Iridologi adalah satu
kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau dianosis melalui struktur
halus dianak mata, perkataan iris yang bermaksud anak mata.kaedah iridologi
begitu mengkagumkan dan sungguh mudah untuk dipelajari kerana ia cepat,selamat
,tepat dan ringkas tanpa perlu pengunaan
peralatan yang canggih.Kaedah Iridologi sungguh unik dan menarik kerana membantu mengetahui tahap
kesihatan tubuh badan sesaorang itu, khususnya kelemahan pada organ -organ yang
membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kerana mata mempuayai beribu ribu
juta saraf halus, tisu dan sel-sel yang bersambung kesistem badan melalui saraf
otak. Setiap kerosakan pada saraf dianak
mata akan menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan ,analisa dari
anak mata bolih membantu untuk mencegah
atau memperbaiki taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana
iridologi dapat menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku,sedang berlaku
atau akan berlaku.Setiap analisa dianak mata tidak serupa diantara mata sesaorang itu kerana ia
bergantung kepada tabiat permakanan , keturunan, gaya hidup sesaorang
itu....Mata kiri akan menceritakan
kelemahan organ sebelah kiri -sebagai contoh- masalah jantung akan dilihat
dizon 3 pada mata sebelah kiri.Pakar-Pakar
iridologist mengunakan sistem yang sama pada carta iridologi iaitu sistem masa dan pusingan jam.Ia dibahagikan
kepada beberapa zon-zon utama tertentu
mengikut sistem fazikal organ tubuh badan,perubahan pada anak mata, warna dan
struktur anak mata dan tanda-tanda
pada dalaman berkaitan
usus,contoh Proplapsus (usus kendur atau perut buncit) satu tanda ANW (Automic
Nerve Wreath) jatuh dari kawasan usus biasanya ia ditunjukkan pada pukul 11.00
hingga 1.00 ,otot lemah disebabkan tekanan kebawah.
Naturopath - Homeopathy
Apakah Perubatan Homeopati?
Homeopati adalah suatu sistemperubatan semulajadi yang
terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang
Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada
1796 dan diperkenalkanmelalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan
ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun
spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. Asas kepada sistem ini adalah
teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud
"serupa menyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yangmampu
menimbulkan gejala penyakit, mampu jugamenyembuhkan penyakit yg serupa
dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar
yang dihasilkan dari lebah juga.
Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti
tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik
pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain.
melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada
lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan
penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu
homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan
berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.
Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?
Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara
rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil
secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada
sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalumerangsang sistem tubuh keseluruhannya
hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem
penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing
disampingmembuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan
dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi)
yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan
banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan
banyak utkmempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses
pembaikan danpenyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar
homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya,
namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor
homeopati dalammemilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang
pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.
Apakah Ubat Homeopatimempunyai kesan sampingan?
Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal
antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan
sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat
sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis)menandakan proses pembuangan
toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.
Refleksologi
Refleksologi, atau terapi zon, adalah perubatan alternatif
yang melibatkan tindakan fizikal mengenakan tekanan kepada kaki, tangan, atau
telinga dengan jari tertentu. Ia adalah
berdasarkan apa yang reflexologists percaya bahawa sistem zon dan kawasan refleks
yang dikatakan mencerminkan imej badan pada kaki dan tangan.
Refleksologists membahagikan badan ke sepuluh zon yang sama
tegak, lima di sebelah kanan dan lima di sebelah kiri.
The Foot Refleksologi
adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu
tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap
seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.
Mengurut sebenarnya memberi tekanan kepada titik refleks dan
urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki edaran darah yang secara
tidak langsung merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Orang
zaman dulu melakukan refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil atau
permukaan bumi yang kasar untuk mengembali dan mengekalkan keseimbangan badan.
Namun, dalam keadaan sekarang, kita boleh lakukan sendiri
refleksologi dengan berjalan berkaki ayam di atas batu refleksologi yang banyak
di pusat riadah dan rekreasi. Ada orang mengaitkan kalau sakit berjalan di atas
batu ini, tanda banyak penyakit, tetapi kesahihan dakwaan ini masih belum dapat
dipastikan.
Harus diingat, refleksologi bukan kaedah untuk mengenalpasti
atau mengubati penyakit, tetapi ia mampu mengurangkan simptom dan meredakan
kesakitan mahupun ketidakselesaan fizikal disebabkan tekanan, trauma atau
penyakit.
Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang diamalkan di
China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun. Lukisan dinding Mesir kuno yang
dijumpai di Saqqara dalam piramid Ankhmahor (doktor Mesir kuno) menunjukkan dua
lelaki mengurut tangan dan kaki lelaki lain. Malah, kaedah sama diamalkan
penduduk asli Amerika Utara dan semakin popular di Eropah dan Amerika Syarikat.
Apa kebaikan refleksologi?
Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan
kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan
saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan
menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.
Kedua, walaupun makin ramai mengamalkan pemakanan sihat dan
memilih makanan organik, tetapi masalah kesihatan tetap muncul. Malah, tidak
ramai berjaya mengekalkan corak pemakanan begini.
Kekurangan zat tertentu dan kesan tekanan boleh mengganggu
sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi dikatakan dapat membantu
membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ
ke tahap normal.
Ketiga, di samping menjalani perubatan moden, ramai juga
memilih rawatan alternatif untuk mendapatkan kesihatan menyeluruh. Ubat
tradisional Barat menjurus kepada rawatan khusus untuk satu-satu penyakit atau
simptom, sedangkan refleksologi pula adalah kaedah penjagaan kesihatan yang
tidak menggunakan ubat. Ia hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang
mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.
Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki
adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki
kanan pula menggambarkan anggota kanan badan). Contohnya, ibu jari dianggap
cermin kepada kepala dan tapak kaki pula adalah anggota badan.
Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan
kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki,
anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.
Antara soalan yang kerap diajukan mengenai refleksologi
adalah :
Adakah ia menyakitkan?
Ia perlu dialami sendiri. Kali pertama mungkin sakit tetapi
bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Refleksologi tidak menyakitkan, tetapi
boleh menyebabkan ketidakselesaan sedikit.
Bagaimana ia boleh menyegarkan seseorang?
Sebagaimana kaedah tradisional lain seperti urut, akupuntur,
tai chi dan ayurveda, refleksologi memberi kesan lebih kurang sama — boleh
merangsang tidur lebih nyenyak dan selera makan. Ini secara tidak langsung
dapat memberi tenaga kepada seseorang.
Ada yang mendakwa refleksologi boleh membantu masalah
sembelit. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tidak dapat diterangkan, tetapi
ini antara kriteria utama menyebabkan ramai pengusaha berlumba-lumba
menghasilkan mesin refleksologi elektrik.
Refleksologi bukan hanya pada kaki, ia juga boleh dilakukan
pada tangan tetapi kaedah ini kurang popular.
Mengapa urut kaki lebih popular dan menyeronokkan?
Ada pengamal refleksologi mendakwa ia boleh memperbaiki mood
kerana bahagian otak yang berhubung dengan kaki terletak bersebelahan dengan
bahagian yang menghubungkan alat kelamin! Bagaimanapun, kesan refleksologi
berbeza antara individu. Jika anda mengalami masalah sakit kaki, disarankan
lebih baik supaya mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu kerana ia
mungkin disebabkan masalah lain.
AKUPUNTUR
PENGENALAN – AKUPUNKTUR DALAM SEJARAH
Akupunktur adalah kaeadah penyelitan jarum-jarum halus
secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu (Acupunture Point) pada
tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chi) iaitu kuasa
penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala, selain menyelitkan atau
menyucuk jarum akupunktur, para akupunturis mungkin memilih untuk menggunakan
kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang
atau mungkin menggunakan haba.Teknik penggunaan haba dikenali sebagai “Moxibustion”
dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil “Electrostimulation“. Jarum akupunktur
yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang
pakai-buang.
Kaedah ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno
yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno,
India dan China. Namun penghormatan telah diberikan oleh kebanyakan ahli-ahli
perubatan kepada China kerana pengalaman jenis ini banyak diguna atau diamalkan
oleh rakyat China sejak 4000 tahun yang lampau sehingga hari ini.
Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku
bangsa di dunia ini yang mencatat tentang Perubatan Akupuntur yang ditulis oleh
Maharaja China yang dinamakan sebagai ’Huang Ti The Yellow Emperor Canon of
Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masihi’
Pada zaman kuno, orang-orang China menggunakan batu-batu
tajam, kayu buluh dan lain-lain sebagai asas rawatan untuk menekan atau menusuk
di bahagian tertentu badan. Di zaman moden ini. Alat-alat tersebut telah
digantikan dengan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile
yang diperbuat dari berbagai logam seperti Jarum Perak, Tembaga dan Emas.
Di antara ketiga jarum tersebut, jarum emaslah yang paling
banyak sekali mengeluarkan tenaga Qi (chi) iaitu 100 kali ganda kekuatannya
dari Jarum Perak.
Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada tenaga magnetik yang
dinamakan sebagai kuasa ubat yang akan memberi kesan segera apabila ditusuk ke
suatu titik khas badan dengan mengeluarkan rasa seperti kebas-kebas, berat,
senak, berdenyut-denyut atau bengkak. Semua rasa ini dikenali sebagai ’Deqi’
yakni arus elektrik yang melalui channel atau meridian atau kolentral yang
sudah cukup untuk melegakan atau menyembuh sesuatu penyakit.
ADAKAH AKUPUNKTUR MENYAKITKAN ?
Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur di mana-mana badan
tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah
terlalu halus, lembut dan tajam. Kalaupun sakit, ianya bagai gigitan semut pada
tusukan pertama sahaja. Jarum tersebut diletakkan di bahagian lapisan kulit
sahaja di antara 0.5cm hingga 1cm atau 1 cun hingga 2 cun. Akupunktur adalah
sangat berkesan di kawasan dimana ubat-ubatan biasanya tidak begitu berkesan
seperti wabak yang teruk, pengawal kesakitan dan pengurang tekanan.
PERBEZAAN ANTARA AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR
Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit,
mengenalpasti Pathogen (a foreign agent that may result in clinical infection
and disease if not eliminated by immune system) dan untuk mengenalpasti
ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman, bakteria,
ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam saluran darah. Manakala
dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China, akupunktur digunakan
untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi, darah, kahak dan
cairan badan. Bagi doktor perubatan barat pula, pesakit akan diperiksa dan
didiagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu
menggunakan 12 meridian akupunktur daripada lidah pesakit – samada ia
berselaput atau tidak, bentuknya dan pergerakannya. Ia juga melibatkan
pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka, kulit, kuku dan
mata. Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah, tidak
berfungsi atau sesak. Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti
haba, kelembapan, kekeringan dan angin.
Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah
menggunakan konsep Qi. Di barat pula, akupunktur dinyatakan sebagai tenaga
bioelektrik. Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan
menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya
.
Akupunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat
Qi . Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang. Yin adalah kualiti feminin pada
alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta. Dalam perubatan barat,
Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi. Dalam perubatan timur, Yin
adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .
QI DAN FUNGSINYA
Lima fungsi utama Qi ialah ;
1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan2)
Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai3) Melindungi badan daripada tekanan
dan patogen4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh5) Memetabolismakan Qi
, darah dan cairan badan
AKUPUNTUR DAN FUNGSINYA
Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi
dan meningkatkan fungsi di dalam badan. Ia dilakukan dengan memasukkan,
menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau
arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur. Masyarakat China mentafsirkan
akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran
di dalam badan. Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian. Meridian adalah
seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien
pada tisu .
Gangguan atau halangan pada tenaga ( Qi ), darah dan cairan
akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian. Rawatan
akupunktur boleh membantu organ dalaman, tisu yang bergabung, meningkatkan
pencernaan dan penghasilan tenaga.
Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan
jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat
saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak di dalam
paket pada otot, kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorphin,
enkefalin dan dinorfin yang dikenal pasti berlaku di tengah-tengah bahagian
otak.
Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara
Yin dan Yang. Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan, minda dan
semangat. Dalam sains moden, kesihatan ialah pergerakan elektron. Elektron
dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri. Bioelektron ini
bergerak dengan seimbang dan harmoni. Tenaga bergerak dalam meridian adalah
secara langsung dan tidak langsung, pergerakan bioelektron. Meridian adalah
laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan.
Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan
bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang. Ini akan
mengakibatkan salah fungsi dan penyakit. Lebih banyak rawatan akupunktur
diambil atau diterima, lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku
sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal. Pada tahap
ini, keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya.
KAJIAN SECARA SAINTIFIK
Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI,
University of California didapati bahawa bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk
pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesej kepada
otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorphin dan
momomine iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang.
Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk melawan
penyakit yang dihidapi. Bila ujian dilakukan terhadap titik akupuntur, ia akan
mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat dilihat secara jelas pada
imej MRI. Sekaligus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupuntur
bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.
APAKAH BENTUK AKUPUNTUR MODEN
Dalam akupuntur moden hari ini ada berbagai teknik yang
diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur, antaranya ialah:
Akupuntur Klasik – menggunakan jarum halusAkupuntur Elektrik
– menggunakan stimulator elektrik voltage rendahAkupuntur Elektronik –
menggunakan alat-alat elektronik kecilAkupuntur Bekam Darah – Acu Bekam
mengeluarkan darahAkupuntur Bekam – Acu Bekam sedut angin keluar dari
badanAkupuntur Moksibusi – menghangat pada titik tertentuAkupuntur Kepala
(Scalp Acupunture) – menusuk jarum ke kepalaAkupuntur Telinga (Auricular
Acupunture) – menusuk jarum ke telingaAkupuntur Mata (Iridology)10. Akupuntur
Urut – Acupressure, Shiatsu11. Akupuntur Homeopati
PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT DAN DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN
AKUPUNTUR
WHO (Badan Kesihatan Dunia) telah menggariskan
penyakit-penyakit yang baik untuk rawatan akupuntur, antaranya ialah:
Sistem Pernafasan
Resdung/SinusitisSelesema/RhinitisSelesema
berairTonsilitisGangguan Pencernaan
Spasma pada
esophagusTersedu/hiccoughGastroptosisGastrikDuodenal Ulcer, ColitisSembelit,
cirit biritParalysis UsusGangguan Mata
Sakit Mata Awal/ConjunctivitisRadangan Retina/Retinis
MyopiaGangguan Mulut
Sakit GigiSakit GusiSakit HalkumSistem Pernafasan
Batuk BronkitisAsma BronkialNeorological And
Musculo-Skeletal Disorder
Rawatan Yang DiAnggap Baik Oleh Akupuntur
Sakit Kepala dan MigrainSakit Urat Saraf Muka atau KepalaLumpuh
Sebelah Muka /Bell PalsyKesan dari Stroke/LumpuhPenyakit Meniere’sMasalah
KencingFrozen atau Tennis ElbowSakit BelikatSakit Bahagian PinggangSakit
Kerangka PunggungSakit Sendi Tulang
PENGIKTIRAFAN DARI DUNIA BARAT
2O tahun yang silam, ahli-ahli perubatan alopati tidak mahu
menerima hakikat penyembuhan penyakit melalui jarum-jarum halus akupuntur.
Mereka tetap mengatakan mustahil atau tidak masuk akal. Namun pada awal 1982
hampir 80% pelajar-pelajar yang mempelajari akupuntur dari Prof. Dr. Nik Omar
adalah terdiri dari doktor-doktor alopati. Malah seorang pakar bedah jantung
dari Afrika Selatan Dr. Bernard Shaw turut mempelajari akupuntur di Colombo.
Mengikut bancian akhir tahun 1998, hampir 1 daripada 10
orang Amerika Syarikat telah menggunakan perubatan akupuntur dan 1 daripada 5
orang Amerika Syarikat mengamalkan perubatan alternatif seperti akupuntur,
homeopati, herbalisme, naturopathy, aromaterafi dan sebagainya.
Perkembangan positif perubatan akupuntur di Amerika Syarikat
telah mendorong beberapa buah negara di dunia mengakui kebenaran dan keupayaan
akupuntur.
PEMBUKTIAN PENYEMBUHAN
Kaedah rawatan akupuntur klasik ini begitu unik dan amat
sukar difahami oleh orang-orang awam. Dengan mempunyai lebih dari 3,500 titik
akupuntur di seluruh badan, amat sukar bagi seseorang itu memahami bagaimana
titik akupuntur ini mampu memberi penyembuhan kepada pesakit.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik telah dilakukan dan
mereka dapati bahawa aliran tenaga ’Qi’ (chi) dapat dikeluarkan setiap kali
jarum akupuntur ditusuk ke titik-titik tertentu yang mempunyai nilai perubatan.
Semua aliran ini dikeluar dan dikawal oleh endropin dan monomin pada bahagian
otak.
Dengan cara inilah seseorang akupunturis dapat memberi
rawatan yang berkesan dengan hanya meletakkan satu atau dua jarum pada
bahagian-bahagian badan yang telah ditetapkan.
Cupping/Bekam
Bekam adalah suatu metod perubatan dengan cara mengeluarkan
darah statis yang mengandung toksin dari dalam tubuh manusia. Berbekam dengan
cara melakukan pemvakuman di kulit dan pengeluaran darah darinya. Pengertian
ini mencakupi dua mekanisme asasi bekam, iaitu proses pemvakuman kulit dan
dilanjutkan dengan pengeluaran darah dari kulit yang telah divakum sebelumnya.
Dalam bahasa Jawa disebut cantuk atau kop. Di Sumbawa dan
sekitarnya disebut tangkik atau batangkik. Dalam bahasa Arab disebut hijamah الحجامة. Dalam bahasa Inggris
disebut blood cupping atau blood letting atau cupping therapy atau blood
cupping therapy atau cupping therapeutic.
Sejarah
Hijamah/bekam/cupping/Blood letting/kop/chantuk dan banyak
istilah lainnya sudah dikenal sejak zaman dulu, yaitu kerajaan Sumeria,
kemudian terus berkembang sampai Babilonia, Mesir kuno,Saba, dan Persia. Pada
zaman Rasulullah, beliau menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta,
gading gajah.
Pada zaman China kuno mereka menyebut hijamah sebagai
“perawatan tanduk” karena tanduk menggantikan kaca. Pada kurun abad ke-18 (abad
ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk
hijamah. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk
tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila
disangkutkan pada tubuh manusia, dia akan terus menghisap darah tadi dengan
efektif. Setelah kenyang, ia tidak berupaya lagi untuk bergerak dan terus jatuh
lantas mengakhiri upacara hijamahnya.
Seorang herbalis Ge Hong (281-341 M) dalam bukunya A
Handbook of Prescriptions for Emergencies menggunakan tanduk hewan untuk
membekam/mengeluarkan bisul yang disebut teknik “jiaofa”,