Saturday, April 10, 2010

KENALI PENYAKIT DAN SISTEM TUBUH BADAN

PENYAKIT-PENYAKIT MENGIKUT SISTEM TUBUH BADAN
 
SISTEM CARDIOVASCULAR/PEREDARAN DARAH
Mengangkut bahan makanan, oksigen dan bahan perkumuhan.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem
Pengaliran Darah
- Anemia (Kurang Darah Merah)
- Leukimia
- Aterosklerosis (Pengerasan Pembuluh Darah)
- Penyakit Jantung ,Thrombosis
- Stroke
- Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)
- Tekanan Darah Rendah
- Jantung Berlubang



SISTEM URINARY/ PERKUMUHAN

Menyingkirkan hasil buangan dari tubuh.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem Perkumuhan
-Sembelit

- Sakit Buah Pinggang,Batu Karang
- Kencing Berdarah
- Buasir
- Senggugut



SISTEM RESPIRATORY/PERNAFASAN

Membawa oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan karbon dioksida dari tubuh.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem Pernafasan.
- Selsema
- Influenza
- Asma (Lelah)
- Tuberkulosis
- Laringitis (Sakit Tekak)
- Sinusitis (Resdung),bronkitis,Pnuemonea
- Barah Paru-paru
- Batuk Kokol


SISTEM DIGESTIVE/PENCERNAAN

Menghuraikan makanan kepada bentuk yang ringkas , larut dan boleh diserap.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem Pencernaan
- Gingivitis (Radang Gusi)
- Disfagia (Kesukaran Menelan)
- Kanser Perut, Batu Hempedu
- Sembelit,Diabetis
- Cirit-birit
- Hepatitis
- Gastrik, Ulser
- Muntah Darah



SISTEM NERVOUSE/SARAF

Mengesan serta bergerak balas terhadap rangsangan.
Masalah kesihatan berkaitan sistem saraf.
-Hemiplegia (lumpuh sebelah badan).
-Paraplegia (lumpuh bawah badan).
-Epilepsi (serangan sawan).
-Parkinson, Cereberal Palsy,Stroke,Koma
-Sinkope (pengsan dan pitam).
Ensefalitis (strok akibat jangkitan virus).






SISTEM MUSCULOSKELETAL/OTOT, TULANG DAN SENDI.

Berfungsi melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem otot, tulang dan sendi.
-Radang sendi (jangkitan bakteria).
-Gout.Uric Acid
-Sakit tulang belakang,Scoliosis, slip disc
-Barah tulang.
-Riket (penyakit kekurangan kalsium).
-Miastenia Gravis (lemah otot yang berlebihan).

EYES/MATA

Berfungsi sebagai organ pandangan, menghantar maklumat ke otak
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan mata.
-Conjunctivitis (radang pada konjunktiva)
-Ketumbit.
-Cataract (Selaput mata).Glaucoma
-Trakoma (jangkitan virus).

SKIN/KULIT

Organ yang terbesar bertindak sebagai pelindung dan reseptor deria rasa
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kulit.
-Jerawat.
-Kudis buta.
-Kurap (jangkitan fungus).
-Panau.
-Athelete’s foot (kaki makan air).
-Alergi dan gatal kulit.
-ekzema (alergi).
-Ruam panas.
-Psoriasis.
-Sopak.
-Kayap (jangkitan virus).
-Campak.
Sesetengah Organ adalah Reflektor untuk Diagnosis Penyakit
SOME HUMAN ORGAN IS REFLECTOR FOR DIAGNOSING DISORDER

TELINGA

Berkaitan dengan buah pinggang.

Telinga rasa tersumbat

Buah pinggang mengandungi racun yang berlebihan.kurang oksigen ke Otak

Telinga berdengung

Mengimbangi fungsi buah pinggang yang lemah. Telinga berlubang
Tapak kaki terasa letih dan sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT/SKIN

Peluh/SWEAT

a) Peluh masin/sweat salty - Badan mengandungi asid urik yang berlebihan/excessive uric acid

b) Peluh berbau /sweat strong odour- Badan menyingkirkan racun melalui perpeluhan./eliminating toxin


Kudis dan Bisul./exzema and carbuncle

Badan menyingkirkan racun-racun yang berlemak dan tidak larut dalam air.
Eliminating oily toxin

Kulit gatal dan keluar ruam.

Proses menyingkirkan racun yang larut dalam air.

Kulit pecah dan berair.

Proses pembuangan racun yang larut dalam air.

Rambut gugur.

Menandakan fungsi buah pinggang lemah.Stress,masaalah hormon

SENDI-SENDI, TANGAN, KAKI/Joints,hand & leg


Sendi sakit

a) Rasa panas
Menunjukan terdapat luka dibahagian dalam sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (GOUT).
b) Tidak rasa panas
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
c) Sakit dibahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisma badan tidak seimbang.

Kebas tangan

Pengaliran darah dibahagian atas badan tidak lancar.

Kebas tangan kiri sehingga lengan.

Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.

Kebas kaki.

Pengaliran darah dibahagian bawah tidak lancar.
Aterosklerosis, Diabetis
Sakit tapak kaki.
Menandakan buah pinggang lemah.

Sakit tumit kaki.

Menandakan lemah alat kelamin, Rahim,Buasir.

Rasa panas di tapak kaki.

Pengimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

MULUT/ KERONGKONG


Meloyakan/ Muntah

Pembuangan bahan beracun dari bahagian perut.

Muntah darah

Pembuangan tisu yang sudah musnah dibahagian kerongkong dan paru-paru.
a) Darah merah - misalnya penyakit batuk kering.
b) Darah hitam - pembuangan tisu yang sudah musnah dibahagian perut misalnya ulser.

Lidah rasa tegang.

Tanda sakit jantung.

Keluar air liur yang pekat.

Proses pembuangan racun/asid dari kerongkong akibat jangkitan kuman atau barah kerongkong. beguk

KEPALA

Tindakbalas yang berlaku di bahagian kepala secara amnya mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan urat saraf otak.

Pening/ sakit di bahagian depan kepala.

menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mentak dan banyak berfikir.

Pening/ sakit dibahagian belakang kepala.

menandakan penyakit tekanan darah.
a) Bahagian atas - menunjukan penyakit tekanan darah tinggi atau
b) Bahagian bawah ( tengkuk) - tekanan darah rendah.

Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga.

Menandakan sakit migraine.

Bisul terjadi di kepala.

Menandakan proses pembuangan racun sedang berlaku. Berkaitan penyakit migraine.

Rasa pening memusing kepala.

Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

KENCING


Kencing kerap.

Menunjukan buah pinggang mengandungi kotoran yang berlebihan.

Air kencing berkapur.

Menunjukan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air kencing berminyak.

Menunjukan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

Air kencing pekat bewarna coklat.

Menandakan proses pembuangan racun sedang berlaku.

Air kencing berdarah.

Penyakit batu karang. Buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR


Cirit-birit/ kerap buang air besar.

Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar.

Sembelit.

Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus kecil.

Najis berdarah

Darah merah
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

Najis berwarna hitam

Menunjukan proses pembuangan racun di bahagian usus sedang berlaku.

REAKSI BADAN


Badan rasa sakit.

Segala kesakitan badan secara umumnya adalah disebabkan oleh saluran darah dan saluran pembuluh darah tersumbat.
a) sakit menyucuk - proses pengimbangan urat saraf.
b) sakit sengal - menandakan luka di dalam badan.
c) sakit menyentap - proses pengimbangan urat saraf yang berkaitan
dengan organ-organ tubuh badan.
d) sakit menegang - proses melancarkan pengaliran darah.

Badan terasa berat, malas, lenguh.

Badan mengandungi asid yang berlebihan, proses pengimbangan sedang berlaku.

Badan terasa panas.

Badan mengandungi asid/toksin yang berlebihan,.
Menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan.

Friday, April 9, 2010

Penyakit Sistem kardiovaskular




PENYAKIT JANTUNG

Jantung manusia berdenyut purata 60-100kali setiap minit atau 140,000 kali sehari. Kepentingan jantung tidak boleh dianggap mudah.

Fungsi jantung terbahagi kepada beberapa bahagian:

1) membekal darah bersih kepada seluruh sistem anggota.
2) mengambil balik darah-darah yang digunakan.
3) menghantar ke paru-paru untuk diberikan udara bersih (oxygen). Dalam proses darah beredar, darah itu sekali lagi dibersihkan oleh buah pinggang (kidney). Buah pinggang menapis darah dari segala kotoran. Kotoran atau bahan terurai dibuang melalui urea (air kencing).

Daripada statistik yang diperolehi, penyakit jantung adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurangan sejak dua dekad lalu.
Terdapat ciri-ciri yang mudah untuk mengenal pasti tahap kesihatan jantung individu adalah seperti:

*Mudah lesu
*Dada terasa sesak hingga menghadapi kesukaran
untuk bernafas.
*Aktiviti semakin terhad serta buku lali
membengkak.

Individu-individu yang mempunyai tanda sebegini khususnya perokok, mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan.
Perubahan tekanan darah juga perlu diawasi, ini adalah kerana jika tekanan darah naik bermakna jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Perubahan tersebut akan mengakibatkan kegagalan jantung.

Atherotrombosis atau darah membeku di atas plak iaitu lapisan lemak didinding salur darah yang pecah akan menyekat pengaliran darah dan boleh mengakibatkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika salur darah ke otak terhalang). Atherotrombosis juga adalah penyebab kematian utama di Malaysia dengan statistik sebanyak 30 peratus.
Masalah lain yang berkaitan jantung adalah seperti strok iskemia ( aliran darah yang tidak mencukupi ke otak).

*Serangan jantung
*Sindrom koronari akut.
*Kerosakan pembuluh darah

Setiap individu berpotensi menghadapi masalah ini. Bagi faktor jantina, usia,bangsa dan sejarah keluarga, lelaki berumur melebihi 45 tahun atau wanita berumur 55 tahun yang mempunyai sejarah keluarga diserang penyakit jantung mempunyai potensi besar.
Terdapat juga kematian pada usia muda, ini adalah kerana serangan jantung tidak mengenal usia.

Penyakit jantung ( Angina Pectoris)


Penyakit ini menyerang dengan tiba-tiba atau berat di kawasan jantung dan rasa tertekan. Pesakit akan berasa pening , perasaan hendak mati, jantung berdebar dan sakit melarat turun ke tangan kiri. Penyakit ini disebabkan salurnadi yang membekal darah ke jantung akan menjadi sempit, ini berlaku bila umur sudah meningkat. Sakit ini mungkin dapat menyembuh dalam masa 1 hingga 2 jam atau berpanjangan 1 hingga 2 hari. Keadaan sakit yang berulang ini sesekali boleh membawa maut. Berikut adalah simptom-simptom bagi penyakit ini:

-Nadi lemah dan tidak teratur, letih, payah bernafas, takutkan mati, mata mendalam.
-Debaran jantung kuat, pitam,nadi lemah, berasa tidak tenang.
-Rasa dijantung seperti ditarik dan dipulas, tidur sebelah kiri sakit terlalu kuat. Kejang pada jantung.
-Nadi terlalu cepat, susah bernafas, letih, berdebar-debar.
-Jantung berdebar rasa seperti bergetar, urat saraf mengejut dan sensitif.
-Rasa cemas, baik pada orang tegap.
-Berdebar-debar, payah tidur, rasa seperti sesuatu di kerongkong.

Penyakit jantung adalah penyakit yang mengganggu sistem pembuluh
darah, dalam hal ini adalah jantung dan urat-urat darah.
Jika mendengar tentang penyakit jantung, biasanya kebanyakan orang akan berpikir  jantung yang berasa  sakit. Namun sebenarnya, jenis-jenis penyakit jantung itu sendiri bermacam jenis seperti : jantung koronari, tekanan darah tinggi, serangan jantung, stroke, sakit di dada  dan  penyakit  jantung   rematik.

Penyakit Jantung Koronari


Umumnya orang-orang yang memiliki penyakit jantung kebanyakannya menderita penyakit jantung koronari.Penyakit ini menyerang pembuluh darah dan boleh menyebabkan serangan jantung yang diakibatkan pembuluh arteri yang
tersumbat sehingga menghambat penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung.
Stroke
Stroke terjadi akibat kurangnya aliran darah yang mengalir ke otak. Atau kemungkinan kerana terjadi pendarahan di dalam otak. Namun pembuluh darah bukan satu-satunya penyebab penyakit jantung.Dibawah ini adalah beberapa gangguan yang biasa terjadi kepada jantung:
Kegagalan Jantung
Gagal jantung atau Heart Failure merupakan penyakit jantung yang paling menakutkan. Biasanya jantung penderita berdegup tidak normal atau tidak berdegup sebagaimana sepatutnya.
Pericarditis
Adalah penyakit radang yang mengitari lapisan luar jantung yang umumnya diakibatkan infeksi(jangkitan). Namun gangguan ini jarang terjadi.
Irama Jantung Abnormal
Jantung normalnya berdegup 60- 100 kali per minit. (sekitar 140 ribu kali  sehari). Jantung yang berdegup tidak normal disebut arrhytmia atau dysrhythmia.Jantung yang berdegup lambat (di bawah 60 kali/ minit) disebut
bradyarhythmias sedang yang cepat (berdegup diatas 100 kali/ minit) disebut tachyarrhytmias.

Heart Valve Disease
Penyakit ini merupakan gangguan jantung akibat kerosakan injap jantung. Injap jantung ini berfungsi sebagai pengatur aliran darah yang masuk searah menuju jantung.

Cardiomyopathies
 Gangguan yang menyerang otot jantung itu sendiri iaitu adanya pembesaran atau pengecilan jantung secara tidak normal atau bahkan menjadi kaku. Sebagai akibatnya jantung boleh menjadi lemah atau jantung mengepam secara tidak normal.Tanpa rawatan lebih lanjut boleh mengakibatkan kegagalan jantung atau juga jantung berdegup tidak
normal.

Congenitas Heart Disease
Biasanya gangguan ini terjadi pada anak kecil dan disebut juga kelainan pada jantung. Menurut penelitian, 8- 10 anak dari 1000 kelahiran boleh mendapat gangguan ini. Gejala awal biasanya dikesan pada saat kelahiran atau pada masa kanak-kanak.
Penyakit jantung sendiri biasanya terjadi akibat gaya hidup, pola makan, dan aktiviti harian yang dijalani pesakit yang tidak memperdulikan kesihatannya.




HOM. 5 HEART TONIC.
INDIKASI:
UNTUK MASALAH SAKIT JANTUNG, ANGINA PECTORIS, LEMAH JANTUNG, TERSUMBAT, ANXIETY, PALPITATION, PELUH SEJUK, MELANCARKAN DARAH, MEMBUANG TOKSIN DAN KOLESTROL, RENTAK JANTUNG TAK STABIL DAN LAIN-LAIN.
DOS DEWASA: 4 BIJI 4X SEHARI
KANAK-KANAK: 2 BIJI 3X SEHARI.

HOM.7 BP COMB
INDIKASI: MENGATASI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI AKIBAT PENYEMPITAN SALURAN DARAH, DEGUPAN JANTUNG TERLALU LAJU, LEMAK, KOLESTROL DALAM DARAH, GANGUAN BUAH PINGGANG (NEPHRITIS), STRESS, TEKANAN HIDUP DAN SEBAGAINYA.
DOS DEWASA: 4 BIJI 4X SEHARI
KANAK-KANAK: 2 BIJI 3X SEHARI.

BIOCELLTONIC
INDIKASI:
KOMBINASI GARAM BIOKIMIA UNTUK MERANGSANG KESELURUHAN FUNGSI ORGAN DAN TUBUH BADAN, MELENGKAPKAN ZAT,VITAMIN DAN MINERAL, MENYAHTOKSIN DARI TUBUH HINGGA KE PERINGKAT SEL. MEMBANTU PERTUMBUHAN SEL-SEL BARU YANG NORMAL DAN SIHAT, MENGUATKAN SISTEM PERTAHAN (IMUNISASI) BADAN UNTUK MELAWAN PENYAKIT DAN MENYEMBUHKAN HINGGA KE AKAR UMBINYA. SESUAI UNTUK SETIAP PERINGKAT UMUR, KEADAAN DAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT TIDAK KIRA KRITIKAL ATAU KRONIK.
DOS DEWASA: 4 BIJI 4X SEHARI
KANAK-KANAK: 2 BIJI 3X SEHARI.