** Boleh dihilangkan (dikecutkan) Tanpa Pembedahan Secepat 3 Bulan.
Merawat masalah Tumor atau ketumbuhan disebarang lokasi
seperti: Fibroid, Cyst, Wart, Keloid dan seumpamanya boleh kecut tanpa
pembedahan. Termasuk penyakit2 yg berkaitan seperti endometriosis,h/
Thyroidisme,breast tumordan sebagainya. menggunakan kaedah perubatan yg
terbukti saintifik,berkesan dan selamat tanpa kesan sampingan.Kami tidak
membuat dakwaan sekadar testimoni yg boleh dieksploitasikan atau jampi dan air
yg ditulis ayat tertentu dgn dakwaan keterlaluan yang tidak saintifik atau
gimik semata-mata .
Perubatan yg diasaskan sebagai Homeopati di Germany oleh
Prof. Samuel Hahnemann telah mengalami kemajuan pesat sejak lebih 200 tahun
lalu, oleh ramai pakar perubatan homeopati seluruh dunia. Begitu juga kaedah
mengecutkan tumor ini telah dikaji sehingga mampu memberi kesan yg cepat dan
sangat berkesan. Tujuan dituliskan nota ini adalah sebagai sebaran informasi
tentang pengetahuan mengenai penyakit ketumbuhan (Tumor) dan jasa kebaikan
perubatan homeopati yang mampu menanganinya dgn mudah dan selamat sebagai
alternatif kepada perubatan konvensional yang banyak menggunakan pembedahan.
Ketumbuhan Fibriod
Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim,
khususnya pada lapisan otot.
Rahim mempunyai tiga lapisan :
1. Lapisan paling luar ialah yang nipis yang dinamakan serosa.
2. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang
dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam
peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk
mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti
sediakala. Walau bagaimanapun ketumbuhan
boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi
tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
3. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering
berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka
sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar
bersama-sama dengan darah haid.
Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan
sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan
lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah
tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan
yang saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita
ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit
ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan
yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25
peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit
fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan
daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda
atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering
berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga
yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya
juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah
ketidaksuburan atau kemandulan. Di
samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis iaitu
sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan
berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran
rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah
ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun,
apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan
fibroid. Walaupun demikian, wanita yang
pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat dikalangan wanita yang
menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka
besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak
selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun
kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan
apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah
akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini bahawa wanita
mempunyai dua jenis hormone iaitu estrogen
dan progesteron. Estrogen meningkat naik
sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur
dikeluarkan iaitu dua minggu selepas keluar
haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh
itu, keadaan yang tidak seimbang khususnya jika terlalu banyak estrogen dan
tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah
seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan
ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan
progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh
hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi
oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada
tahap tersebut, rangkaian hormon yang
mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu.
Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang
bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal
pusingan haid seseorang. Oleh itu,
keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta
endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh
unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan
ataupun jangkitan kuman.
Apakah Gejala-gejala Fibroid?
Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa
menimbulkan gejala atau tanda dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada
wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa
menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk
mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang
tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita
yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan
tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid
yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid.
Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh
estrogen. Ketika seseorang wanita itu
putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan
menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.
Gangguan Haid
Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa
bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan
yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan.
Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan
menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan
ini boleh membahayakan kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan
berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap
penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan
haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak
teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur
empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid mestilah mendapatkan
pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau
kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu
wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak
mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan
sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami
ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang
mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat
ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh
menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala
menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang
atau sebagainya. Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana
ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga
punggung. Wanita yang mengandung dengan
fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan
tertekan. Disamping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan
degenerasi. Inilah yang menyebabkan
kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.
Fibroid Boleh Menekan
Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim,
iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada
sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika
seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya
jangkitan kuman.
Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah
kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan
kadangkala wanita juga tidak boleh
mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan
ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat
puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa
peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Fibroid Dan
Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi
wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas
berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan
anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan
menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan
sewajarnya ialah pembedahan.
Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu
dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika
ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid
(biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat
daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan
untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang
boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan
tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan,
khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini
masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk
mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu
penemuan yang luar biasa.
Fibroid Dirawat
Secara Pembedahan
Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan
masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan,
menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim
turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu
diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah
pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak
lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim
(prolaps) atau tidak.
Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak
dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan
melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan
ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu,
pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu
boleh ditumbuhi beberapa fibroid. ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil
sehingga sebesar bola.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau
myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid
mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin
memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu
dibuang sekaligus.
Pembedahan Untuk
Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid,
khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin
mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur
lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah
kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu
pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama
seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih
kepada keadaan sediakala.Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani
pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim,
iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar.
Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu
melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai
lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah
berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu
organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan
ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan.
Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya
merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita
itu mengandung maka haidnya akan berhenti.
Kejelitaan
Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang
dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi,
kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur
40 tahun kerana kilang ini penting bagi
mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan
wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi
biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak
diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu
akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa
mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa
ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang
lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih
baik kerana kehilangan darah tidak akan
berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat
dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.
Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau
kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini
bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya
kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu,
kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot
yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini
dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa
dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada
kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan
pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling
rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.
Kaedah Mengecutkan
Fibroids
Terdapat satu lagi alternatif bagi
masaalah Fibroid atau ketumbuhan lain, yang agak popular namun tidak diterima
oleh perubatan konvensional iaitu kaedah mengecutkan tumor menggunakan kaedah
perubatan homeopati. Kaedah ini telah lama popular di luar negara seperti
France, USA, U.K ,Russia, India, Pakistan dan kebanyakannya 99% berkesan dan
tanpa kesan sampingan lebih-lebih lagi Homeopati memang diiktiraf oleh W.H.O (pertubuhan Kesihatan
Sedunia) sejak berdekad lamanya.Namun demikian kejayaan Homeopati di pinggirkan
dan kurang publisiti kerana politik dalam perniagaan gedung-gedung Ubat
Terbesar Dunia.Ini kerana kos menghasilkan ubat homeopati sangat rendah dan
tidak menguntungkan. Ubat pencegahan Kanser Seperti Vit B17 yang sekarang ini
sangat popular juga ditemui oleh pakar Homeopati.Walau apapun krisis diantara
pengamal perubatan diseluruh dunia namun pesakit tidak sepatutnya menjadi
mangsa keadaan, pesakit dan masyarakat awam sepatutnya mendapat maklumat
secukupnya tentang kaedah rawatan yang boleh mereka harapkan seterusnya biarlah
mereka sendiri yang membuat keputusan memilihnya.