Sistem integumen
Sistem integumen adalah sistem organ yang membezakan, memisahkan, melindungi, dan menginformasikan haiwan terhadap lingkungan sekitarnya. Sistem ini seringkali merupakan bahagian sistem organ yang terbesar yang meliputi kulit, rambut, bulu, sisik, kuku, kelenjar peluh dan produknya (peluh atau lendir). Kata ini berasal dari bahasa Latin "integumentum", yang bererti "penutup".
Kulit
Sistem Integumentari
Struktur Kulit
KOMPONEN UTAMA
|
FUNGSI
|
Kulit
Rambut
Kuku
|
● Melindungi dan mengelakkan kecederaan pada tisu-tisu
dalaman
● Pembalut luar tubuh
|
Kelenjar Peluh
|
● Sintesis vitamin D
● Peka pada rangsangan sakit, sejuk, panas, tekanan dan
sentuhan
● Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral
|
Kulit manusia terdiri atas epidermis dan dermis. Kulit berfungsi sebagai alat ekskresi kerana adanya kelenjar peluh (kelenjar sudorifera) yang terletak di lapisan dermis.
Epidermis
Epidermis tersusun atas lapisan tanduk (lapisan korneum)dan
lapisan Malpighi. Lapisan korneum merupakan lapisan kulit mati,yang
dapat mengelupas dan digantikan oleh sel-sel baru. LapisanMalpighi
terdiri atas lapisan spinosum dan lapisan germinativum.Lapisan
spinosum berfungsi menahan gesekan dari luar. Lapisangerminativum
mengandung sel-sel yang aktif membelah diri, mengantikanlapisan sel-sel
pada lapisan korneum. Lapisan Malpighi mengandung pigmen melanin yang memberi warna pada kulit.
Dermis
Lapisan ini mengandung pembuluh darah, akar rambut,hujung saraf,kelenjarpeluh
dan kelenjar minyak. Kelenjar peluh menghasilkan peluh. Banyaknyapeluh
yang dikeluarkan mencapai 2.000 mlsetiap hari, bergantung pada
keperluan tubuh dan pengaturan suhu. Peluhmengandung air, garam, dan
urea. Fungsi lain sebagai alatekskresi adalah sebagai organ penerima
rangsangan, pelindung terhadapkerosakan fisikal, penyinaran, dan punca
penyakit, serta untukpengaturansuhu tubuh.
Pada
suhu tinggi (panas), kelenjar peluh menjadi aktifdan pembuluh kapilari
di kulit melebar. Melebarnya pembuluh kapilerakanmemudahkan proses
pembuangan air dan sisa metabolisme. Aktifnyakelenjar peluh
mengakibatkan keluarnya peluh ke permukaan kulitdengan cara penguapan.
Penguapan mengakibatkan suhu di permukaan kulitturun sehingga kita tidak
merasakan panas lagi. Sebaliknya, ketikasuhu rendah, kelenjar peluh
tidak aktif dan pembuluh kapilaridi kulit menyempit. Pada keadaan ini
darah tidak membuang sisa metabolisme dan air, akibatnya penguapan sangat berkurang, sehingga suhu tubuh tetap dan tubuh tidak mengalami kendinginan. Keluarnya keringat dikawal oleh hipotamulus.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Kulit
Jerawat
Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat.
Kudis Buta
Apa itu kudis buta?Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabies. Perihal Sarcoptes Scabies : Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang. Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari. Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan. Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta? Kudis buta biasanya berkait dengan : Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu) Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu. Kawasan yang biasa dijangkiti Tempat-tempat yang biasa ialah : Dicelah-celah jari. Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari Tapak tangan Bahagian dalam pergelangan tangan Kawasan-kawasan lain termasuk : Kawasan kemaluan. Punggung Sekitar pusat. Celah-celah ketiak. Siku Kaki dan buku lali. Bagaimana ianya merebak? Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui: Sentuhan kulit ke kulit. Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)
Kurap (Jangkitan Fungus)
Panau
Athelete's Foot (kaki makan air)
Ekzema (alergi)
Psoriasis
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.
Sopak
Epidemiologinya, dianggarkan satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 atau 50 juta orang) menghidapi Sopak atau Vitiligo. Dan 95 peratus penghidap vitiligo bermula di umur mencecah 40-an. Apapun Sopak atau Vitiligo menyerang tanpa mengira kaum atau jantina. Kajian menunjukkan penyakit ini lebih kepada mereka yang menghidapi penyakit autoimun atau penyakit di mana daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri. Antara contoh penyakit Autoimun adalah seperti hipertiroidism di mana kelenjar tiroid yang terlalu aktif dan anemia pernicious iaitu penyakit kekurangan sel darah disebabkan kegagalan sel menyerap vitamin B12.
Sesetengah suatu kaum pula, Sopak atau Vitiligo ini adalah bawaan dari faktor keturunan. Tetapi sampai sekarang teori ini tidak dapat dibuktikan secara sahih.
Ketandaan Sopak atau Vitiligo pada peringkat awalnya kehadiran tompok-tompok putih pada kulit di bahagia tertentu. Tompok ini selalunya berlaku di kawasan terdedah pada cahaya matahari. Kebiasaannya bermula di bahagian tangan, kaki, lengan, muka, bibir, ketiak, di sekeliling mata, dan ada yang merebak ke bahagian organ seks. Namun begitu belum ada sesiapa yang dapat meramalkan Sopak atau Vitiligo ini boleh merebak secara mendadak atau perlahan.
Kayap (jangkitan virus)
Campak

- Faktor hormon terutama bagi perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
- Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
- Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
- Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
- Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas
Kudis Buta
Apa itu kudis buta?Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabies. Perihal Sarcoptes Scabies : Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang. Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari. Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan. Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta? Kudis buta biasanya berkait dengan : Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu) Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu. Kawasan yang biasa dijangkiti Tempat-tempat yang biasa ialah : Dicelah-celah jari. Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari Tapak tangan Bahagian dalam pergelangan tangan Kawasan-kawasan lain termasuk : Kawasan kemaluan. Punggung Sekitar pusat. Celah-celah ketiak. Siku Kaki dan buku lali. Bagaimana ianya merebak? Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui: Sentuhan kulit ke kulit. Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)
Kurap (Jangkitan Fungus)
Penyakit kurap atau juga dikenali sebagai Dermatophytoses adalah sejenis penyakit yang mudah dijankiti sekiranya kurang menjaga kebersihan.Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat Microsporum sp., Trichophyton sp. atau Epidermophyton sp.. Penyakit ini boleh berada di kepala, badan, muka, celah paha,kaki, kuku dan tangan.
KURAP DI KEPALA
Penyakit ini dijangkiti oleh genus kulat Microsporum sp. dan Trichophyton sp.
sahaja. Penyakit ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang
berusia terutama 2-10 tahun. Dimana kanak-kanak lelaki didapati
melebihi lima
kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan. Penyakit ini jarang
berlaku kepada bayi disebabkan tingginya aras asid lemak yang terdapat
dalam tubuh bayi. Asid lemak ini bertindak sebagai anti penyuburan
kulat.
GAMBARAN KLINIKAL
Lesi
kulat di bahagian kepala pada mulanya bercirikan rambut yang putus dan
pendek serta batang rambutnya pecah. Panjang lesi ini lebih kurang
1mm-3mm dari permukaan kulit kepala dan kelihatan tompok hampir botak di
bahagian yang terlibat. Tompok ini bergaris pusat 1cm-6cm dan
berbentuk bulat atau lonjong. Bilangan tompok biasanya lebih daripada
satu
KURAP DI BADAN
Kulat
yang terlibat dengan kurap di badan ialah Trichophyton rubrum atau
Microsporum canisTrichophyton verrucosumdapat diperolehi daripada
binatang ternakan. Pada kebiasaan kurap di badan tertumpu pada sebelah
badan sahaja, iaitu taburan dikatakan asimetri. daripada haiwan
peliharaan.
GAMBARAN KLINIKAL
Lesinya
jelas dan nyata, berbentuk bulat, berkeruping, kemerah-merahan dan
mempunyai tepi yang aktif dan menaik sedikit dari tengah. Dalam keadaan
biasa, kurap ini mudah dikenalpasti.
KURAP DI CELAH PAHA
Penyakit
kurap ini disebabkan oleh sepsis daripada Trichophyton rubrum,
Trichophyton mentagrophytes danEpidermophyton floccosum. Kurap ini mudah
subur dan membiak dalam keadaan cuaca panas dan lembap. Penyakit ini
kebiasaannya berjangkit pada mereka yang gemuk, yang suka memakai
pakaian yang ketat dan pakaian lembap. Penyakit kurap ini terdapat di
pelipatan kulit di celah paha, pangkal paha, punggung dan kalau
dibiarkan akan merebak ke bahagian abdomen. Biasanya berlaku dikalangan
remaja dan orang dewasa.
GAMBARAN KLINIKAL
Lesinya
jelas dan nyata, berbentuk bulat, kemerah-merahan dan berkerumping.
Kadangkala lesinya menebal yang menunjukkan bahawa ia telah begitu
kronik. Taburannya semetri.
KURAP DI MUKA
Kurap
ini didapati di kalangan kanak-kanak. Lesinya merah, berkeruping dan
kadang-kadang mempunyai bentuk taburan rama-rama. Sepsis kulat yang
menyebabkan kulat ini ialah Microsporum canis (daripada binatang
peliharaan) danTrichophyton verrucosum (daripada binatang ternakan
KURAP DI KAKI
Penyakit
ini dikenali sebagai 'athlete’s foot'. Kurap ini disebabkan oleh
sepsis yang sama dengan dengan kurap di celah paha. Kurap di kaki
jarang berlaku kepada kanak-kanak disebabkan kanak-kanak kurang
berpeluh dan tahap hormon yang berbeza dengan orang dewasa.
GAMBARAN KLINIKAL
Ada tiga jenis klinikal kurap di kaki, iaitu :
1.Jenis
di celah kaki, terutamanya di bahagian celah kaki di antara jari kaki
keempat dan kelima. Keadaan kulit di bahagian ini lembap, merekah,
merah dan mengeluarkan bau yang busuk.
2.Jenis
bervesikel (biji-biji halus berisi air). Ia bermula di bahagian
sebelah jari atau tapak kaki, mempunyai sifat bernanah dan berair.
Kemudian biji-bii pecah menyebabkan kulit kering dan berkeruping.
3.Jenis
hiperkeratotik, iaitu kulit yang terlibat menjadi keras, tebal dan
berkeruping. Lazimnya terdapat di bahagian tapak kaki. Namun begitu,
kerupingnya halus dan jalur-jalur kulit kelihatan jelas dan nyata
apabial berlaku di bahagian atas kaki (dorsum). Jenis ini berlarutan dan
berpanjangan.
KURAP DI TANGAN
Pada
biasanya, kurap ini disebabkan oleh sepsis kulat yang sama terlibat
dengan kulat di kaki iaitu Trichophyton rubrum, Trichophyton
mentagrophytes dan Epidermophyton floccoum. Kurap di bahagian ini jarang
berlaku dikalangan kanak-kanak.
GAMBARAN KLINIKAL
Berbentuk
tompok leper dan bulat bervesikel dan berkeruping halus. Kebiasaannya
kurap di tangan akan bersifat papul (bintik) merah dan bertompok
berkeruping di belakang tangan atas pergelangan tangan. Sesetengah
pesakit akan menunjukkan kulit berkeruping tebal dan kemerah-merahan
yang tertumpu pada tapak tangan dan biasanya sebelah tangan sahaja
terlibat.
Panau
Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.
Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh.
Athelete's Foot (kaki makan air)
Kaki
makan air adalah sejenis penyakit yang juga dikenali sebagai Athletes
Foot. Penyakit kaki makan air disebabkan kulat. Penyakit kaki makan air
biasanya disebabkan kaki yang selalu berendam air atau lembab. Kaki makan air (bahasa Inggeris Athlete's foot)
menyebabkan kulit dicelah jari kaki yang dijangkiti menjadi
berkeruping, bersisik dan gatal. Lepuh dan kulit pecah juga mungkin
berlaku, menyebabkan tisu dalam terdedah, kesakitan, bengkak dan
radang. Jangkitan bakteria kedua juga boleh berlaku bersama jangkitan
kulat yang kadang-kala memerlukan rawatan antibiotik.
Jangkitan ini mampu merebak kepada bahagian lain badan, seperti peha,
dan biasanya dikenali dengan nama lain apabila ia merebak, seperti tinea corporis pada tubuh atau anggota badan dan tinea cruris (jock itch atau gatal dhobi itch) bagi jangkitan pada celah peha. Tinea pedis kebiasaannya hadir pada celah jari kaki, biasanya pada jari kaki kempat dan kelima paling kerap
Ekzema (alergi)
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit
yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan
bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada
bahagian kulit,
iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Kesan penyakit ini pada
kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas
punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala
pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit
ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak.
Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun.
Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik
(diwarisi dari ibu bapa).
PUNCA EKZEMA
Disebabkan kulit terlalu sesitif terhadap hama habuk, bulu haiwan dan sesetengah makanan.
Ruam
Kulit yang sihat bertindak sebagai penghalang. Ruam adalah petanda tindak balas kulit yang tidak normal.
Penyebab Ruam
- Biasanya menyebabkan kerengsaan kulit. Bagi remaja ruam selalu disebabkan oleh sentuhan dan alahan terhadap sebarang bahan yang menyebabkan kerengsaan seperti :
- Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, bahan kosmetik dan losyen
- Barang kemas, butang besi pada seluar jeans, tali baju dalam
- Racun serangga, dan baja
- Racun pokok
- Terdedah kepada serannga atau parasit seperti hama kudis buta (scabies mite)
- Fabrik
- Alatan baru, alat permainan, perkakasan atau sebarang objek
- Susu getah
- Sebab-sebab lain termasuklah :
- Jangkitan kulit seperti herpes zoster (sejenis kayap)
- Jangkitan kulat dan impetigo (sejenis penyakit kulit berjangkit)
- Insecticides, pesticides and fertilizer
- Penyakit kelamin berjangkit seperti siplis
- Keadaan kulit yang kronik seperti jerawat, eczema, psoriasis
- Kekeringan, cuaca sejuk, cuaca yang terlalu panas (ruam panas)
- Gangguan emosi
- Penyakit hati, buah pinggang dan barah.
Rawatan
- Jika ruam tidak teruk , ia boleh dirawat di rumah.
- Basuh kawasan sentuhan dengan air yang banyak
- Guna sabun yang lembut dan cuci rata dengan air
- Lindungi kawasan ruam dari terdedah kepada udara sebaik mungkin
- Jangan menggaru ruam kerana ini akan menyebabkan kecederaan yang teruk
- Pastikan kawasan yang gatal sentiasa sejuk dan lembap (ingat, jika kulit berulang-ulang basah dan kering ia akan menyebabkan kulit anda kering)
- Losyen kalamin dapat membantu dalam kes dermatitis
- Cuba ubatan untuk gatal-gatal seperti antihistamin
Pencegahan
- Gunakan sarung tangan pelindung
- Pastikan kuku pendek untuk mengelakkan kulit tercedera akibat dari menggaru
- Elakkan dari berhubung dengan orang yang mempunyai jangkitan kulit
- Elakkan mandi yang berlebihan kerana akan mengurangkan kelembapan kulit
- Selalu gunakan pelembap kulit untuk mengembalikan tekstur kulit
- Elakkan dari menggaru atau menggosok dengan kuat
- Amalkan kebersihan
- Belajar untuk menangani stres
Psoriasis
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.
Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
- Keguguran sisik pada kulit
- Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
- Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza
Jenis-jenis psoriasis
- Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
- Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
- Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
- Lampin psoriasis
- Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan
Guttate psoriasis
| |
Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)
|
Komplikasi
Psoriasis
boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik.
Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya
terlibat adalah:
- Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
- Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.
Sopak
- Sopak
atau Vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang
menghasilkan pigmen yang dipanggil melanosit di kulit, membran mukosa
(tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di
kawasan-kawasan genital dan rektal dan retina ataua lapisan dalam mata
dimusnahkan.
- Ini
menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa bahagian badan. Rerambut
atau bulu-bulu yang tumbuh di kawasan terbabit juga akan turut bertukar
menjadi putih.
- Punca
sebenar Sopak atau Vitiligo sampai sekarang tidak diketahui secara
sahih. Para doktor dan penyelidik masih terus mengesan punca atau
asal-usul penyakit ini. Mereka ini telah menyimpulkan hasil kajian dan
penyelidikan mereka kepada beberapa teori tersendiri. Antaranya:
- Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit itu sendiri.
- Kemusnahan melanosit dengan sendiri atau mati beragam.
- Ada juga kajian menunjukkan sesetengah kejadian seperti terkena pancaran cahaya matahari berlebihan(sunburn).
- Ada juga mengatakan kerana tekanan emosi boleh menyebabkan Sopak atau Vitiligo ini
Epidemiologinya, dianggarkan satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 atau 50 juta orang) menghidapi Sopak atau Vitiligo. Dan 95 peratus penghidap vitiligo bermula di umur mencecah 40-an. Apapun Sopak atau Vitiligo menyerang tanpa mengira kaum atau jantina. Kajian menunjukkan penyakit ini lebih kepada mereka yang menghidapi penyakit autoimun atau penyakit di mana daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri. Antara contoh penyakit Autoimun adalah seperti hipertiroidism di mana kelenjar tiroid yang terlalu aktif dan anemia pernicious iaitu penyakit kekurangan sel darah disebabkan kegagalan sel menyerap vitamin B12.
Sesetengah suatu kaum pula, Sopak atau Vitiligo ini adalah bawaan dari faktor keturunan. Tetapi sampai sekarang teori ini tidak dapat dibuktikan secara sahih.
Ketandaan Sopak atau Vitiligo pada peringkat awalnya kehadiran tompok-tompok putih pada kulit di bahagia tertentu. Tompok ini selalunya berlaku di kawasan terdedah pada cahaya matahari. Kebiasaannya bermula di bahagian tangan, kaki, lengan, muka, bibir, ketiak, di sekeliling mata, dan ada yang merebak ke bahagian organ seks. Namun begitu belum ada sesiapa yang dapat meramalkan Sopak atau Vitiligo ini boleh merebak secara mendadak atau perlahan.
Kayap (jangkitan virus)
Apa itu Penyakit Kayap?
Kayap
atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes
Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah
spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis, golongan
berusia, pesakit AIDS dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan
yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf
yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan
meninggalkan parut.
Apabila
virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan
pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas,
badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang
lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian
tertentu di badan.
Campak
Pengenalan
Campak
merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang
kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90%
kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan
dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan
menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2
hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam
timbul.
Ia
disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan
yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa
kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30
juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih
dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk
imuniti semulajadi.
Tanda dan Gejala
Gejala
bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal
adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit
otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari
gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul.
Ruam
bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah
dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4
hari sebagaimana tempoh ia berlaku.
Komplikasi
Kebanyakan
pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan
menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku
antaranya:
- Jangkitan telinga
- Pembesaran Nodus Limfa
- Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
- Jangkitan paru paru
- Jangkitan bronkus
- Jangkitan peti suara
- Cirit birit atau muntah
- Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.
- Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak).
No comments:
Post a Comment