Friday, August 19, 2011

Penyakit gout

INFO PENYAKIT GOUT

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 

 Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Satu hakikat, bahawa kita wajib akur dengan janji dari Rasulullah S.A.W yang mengatakan : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah S.W.T tidak meletakkan penyakit kecuali Allah S.W.T menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.