Penyakit gout
INFO PENYAKIT GOUT
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk arthritis
yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada
sendi-sendi atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini
adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal.
Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan
terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran
mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang
dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan
ini melalui air kencing (urin). Namun bagi pengidap gout, asid urik yang
berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil
langkah-langkah untuk mengatasinya. Satu hakikat, bahawa kita wajib
akur dengan janji dari Rasulullah S.A.W yang mengatakan :
"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah S.W.T tidak meletakkan penyakit
kecuali Allah S.W.T menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit,
iaitu tua.
No comments:
Post a Comment