Thursday, November 15, 2012

Kanser



INFORMASI DAN PELUANG PENYEMBUHANNYA


Penyakit Barah / Kanser

Apabila sel normal rosak atau tua, ia melalui apoptosis;  sel barah, bagaimanapun, mengelak apoptosis.
Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumor malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.
Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiagnosa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan faktor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok dan mengunyah tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

 Mendiagnosis barah
Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.
Tanda dan simptom (kesan)
Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:
Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simptom seperti demam kuning.
    'Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
    Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.

Pencegahan dan pengesanan awal
Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah.
Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).
Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:
Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala
Pap smear
Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination ) – untuk lelaki berusia 15 tahun
Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat ( prostate specific antigen ).
Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)
Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya.
Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.

Biopsi
Barah boleh disyaki oleh beberapa sebab, tetapi diognasa bagi kebanyakan barah maligan mesti disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik sel barah oleh anatomi pathologist. Prosedure mengambil sel dan/atau cepisan tisu, dan pemeriksaannya, dirujuk sebagai biopsi. Diognasa tisu menunjukkan jenis sel yang membiak, tahap displasia, dan kadar dan saiznya. kytogenetik dan ujian immunohistokimia mungkin memberikan maklumat mengenai bentuk hadapan barah (prognosis) dan rawatan terbaik.
Semua barah boleh sembuh sekiranya disingkirkan sepenuhnya, dan kadang kala ini boleh dilakukan melalui prosedur biopsi. Apabila keseluruhan ketumbuhan tisu luar biasa ("lesion") dibuang, sempadan contoh diperiksa dengan teliti unuk memastikan kesemua tisu malignan benar-benar dibuang. Sekiranya barah telah merebak kepada tempat lain dalam badan (metastasis), pembedahan unuk membuang sepenuhnya tisu barah adalah mustahil.
Jenis biopsi bergantung kepada organ yang diuji. Kebayakan biopsi {seperi kulit, buah dada atau hati) boleh dirawat sebagai pesakit luar. Biopsi organ lain dilakukan menggunakan bius anesthesia dan memerlukan pembedahan.

Saringan
Saringan barah adalah ujian untuk mengesan barah yang tidak dijangka dikalangan penduduk. Ujian saringan sesuai untuk sejumlah besar mereka yang sihat, mampu dibayar, selamat, prosedure mudah dengan keputusan salah yang rendah. Sekiranya barah dikesan, ujian yang lebih menyeluruh dan mutlak akah diadakan bagi mengesahkan diagnosa.
Saringan barah boleh memberikan diagnosa awal. Diagnosa awal mungkin memanjangkan hayat. Sejumlah ujian berbeza telah dimajukan. Saringan barah payu dara boleh dilakukan melalui pemeriksaan payu dara sendiri. Saringan melalui mammogram secara tetap mengesan tumor lebih awal daripada pemeriksaan sendiri, dan kebanyakan negara menggunakannya bagi menyaring secara bersistematik kesemua wanita pertengahan usia. Barah kolorektal boleh dikesan melalui ujian darah okkult najis dan kolonoskopi, yang mengurangkan kedua-dua kejadian barah kolon dan kematian, dianggap melalui pengesanan dan penyingkiran premalignan polyps. Sama juga, cytologi pangkal rahim (menggunakan ujian lumuran Pap) mendorong kepada pengesanan dan pembuangan lesion prekanser. Sekian lama, ujian sedemikian yang disertai dengan pengurangan menonjol pengurangan kadar kematian dan barah pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri testikal digalakkan bermula pada usia 15 tahun untuk mengesan barah testikal. Barah prostat boleh disaring menggunakan pemeriksaan rektal secara digital (digital rectal exam) serentak dengan ujian darah antigen khusus prostat (PSA).
Ujian bagi barah dianggap kontrovesi dalam kes di mana ia tidak jelas sekiranya ujian tersebut mampu menyelamatkan nyawa. Kontrovesi timbul apabila ia tidak jelas samada kebaikan pembedahan. ujian PSA mungkin mengesan barah kecil yang tidak mungkin bertukar mengancam nyawa, tetapi apabila dikesan akan dirawat. Situasi sebegini, dikenali sebagai terlebih diagnosa, meletakkan lelaki pada risiko kesulitan yang tidak diperlukan dari rawatan seperti pembedahan atau radiasi.
Prosedur lanjut yang digunakan bagi mendiagnosa barah prostat (biopsi prostat) mungkin menyebabkan kesan sampingan, termasuk pendarahan dan jangkitan. Rawatan barah prostat mungkin menimbulkan([incontinence) (kencing tidak puas) dan lemah tenaga batin (erectile dysfunction) (tidak cukup tegang untuk hubungan kelamin).
Sama juga, untuk barah payudara, terdapat kritikan kini bahawa program penyaringan disesetengah negeri menimbulkan lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. ini kerana menyaring wanita dalam populasi umum akan mengakibatkan sejumlah besar wanita dengan keputusan positif palsu yang memerlukan penyiasatan lanjut untuk pengesahan barah, mendorong kepada sejumlah besar perlu dirawat / jumlah perlu disaring untuk menghalang kes tunggal barah awal.
Barah pangkal rahim melalui ujian lumuran Pap mempunyai profil untung rugi paling baik berbanding penyaringan barah lain dari sudut pandangan kesihatan awam, kerana barah ini mempunyai faktor risiko jelas (hubungan seksual), perkembangan semulajadi barah rahim yang merebak perlahan-lahan sepanjang beberapa tahun dengan itu memberikan program penyaringan lebih banyak masa unuk mengesan awal dan ujiannya mudah dan murah untuk dilaksanakan.
Dengan sebab itu, amatlah penting untung rugi sesuatu prosedur dignostik dan rawatan diambil kira apabila menimbangkan samaada untuk menjalani penyaringan barah.
Penggunaan pengimej perubatan untuk mengesan barah dalam mereka tanpa simptom jelas, turut mempunyai masalah yang sama. Terdapat risiko jelas berlakunya pengesanan apa yang kini dikenali sebagai incidentaloma - lesion benign yang ditafsirkan sebagai maligan dan melalui penyiasatan yang berisiko.

Jenis Barah/Kanser
Sel barah dalam tumor merupakan descendant sel tunggal, walaupun selepas ia (metastasis). Dengan itu, barah dikelaskan menurut jenis asal sel dan lokasi sel.

Bentuk barah
Terdapat banyak bentuk barah dan ia dikelompok menurut samaada mengikut sel barah atau lokasi barah.   Sel termasuk: 

  1.  Adenoma  karsinoma ( carcinoma ) dari sel epitelium ( epithelial cell )
  2. Sel karsinoma skuama ( squamous cell carcinoma )
  3.  Penyakit Leukemia
  4. Lymphoma
  5. Melanoma
  6. Sarcoma dari tisu penyambung ( connective tissue ), tulang atau otot
  7. Teratoma



Barah utama, menurut lokasi di tubuh:

  1. Bladder carcinoma
  2. Darah dan sum-sum tulang) Hematological malignancies
  3. Penyakit Leukemia
  4. Penyakit Lymphoma
  5. Penyakit Hodgkin
  6. Lymphoma bukan Hodgkin
  7. Pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
  8. Penyakit tumor otak
  9. Penyakit barah payu dara
  10. Barah pangkal rahim ( Cervical cancer )
  11. Barah Kolorectal ( Colorectal cancer ) (termasuk kolon, rektum, dubur, dan appendix)
  12. Penyakit barah esophageal
  13. Penyakit barah endometrial (uterus)
  14. Hepatocellular carcinoma (hati)
  15. Tumur gastrointestinal stromal (GIST)
  16. Penyakit barah laryngeal
  17. Penyakit barah paru-paru
  18. Mesothelioma
  19. Penyakit barah mulut
  20. Osteosarkoma (tulang)
  21. Penyakit barah ovary
  22. Penyakit barah pancreatic
  23. Penyakit barah prostat
  24. Renal cell carcinoma (buah pinggang - ginjal)
  25. Rhabdomyosarcoma (otot)
  26. Penyakit barah kulit, termasuk benign Tahi lalat dan dysplastic nevi
  27. Penyakit barah perut
  28. Penyakit barah testicular
  29. Penyakit barah thyroid


RAWATAN
Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nodus lympha berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.

Pembedahan

  • Kemoterapi
  • Terapi radiasi
  • Immunoterapi
  • Terapi cytoluminescent (CLT)
  • Rawatan ujian barah

Pada masa kini, cadangan rawatan bergantung menurut pola.  Pola ini diguna-pakai hasil dari persidangan dua tahun sekali di  St. Gallen, Switzerland yang membincangkan keputusan sebenar hasil kajian pelbagai pusat seluruh dunia. Bergantung kepada kriteria klinikal (usia, jenis barah, saiz, metastasis) pesakit dibahagikan kepada kes pesakit berisiko tinggi dan pesakit berisiko rendah yang menjalani rawatan yang berlainan. Senarai berikut merupakan himpunan kesemua kemungkinan:
·         Selepas terapi mengekalkan payu dara (lumpectomi, quadrant-resection), risiko ulangan tempatan tinggi (high local recurrence risk) (~40%) dikurangkan melalui radiasi radiasi kepada payu dara
·          Jika nod limpa positif, risiko kematian tinggi (30-80%) dikurangkan melalui rawatan systemik (samaada anti-hormon atau kemoterapi).

·         Bagi pesakit muda, rawatan systemik paling berguna adalah kemoterapi (biasanya regimen seperti terapi CMF, FAC, kemoterapi AC dan/atau taxol) dan sekarang regim TAC (Taxotere, Adriamycin, Cytoxan) yang diluluskan FDA atau FEC untuk 3 kitaran diikuti Taxotere untuk 3 kitaran.
·         Bagi pesakit berusia, terapi sistemik yang paling berguna adalah terapi anti hormon (tamoxifen, seumpama (analogues) GnRH).

·         Kemoterapi mempunyai kesan sampingan yang meningkat bagi pesakit berusia melebihi 65
·         Bagi pesakit dengan ketumbuhan negatif penerima estrogen (estrogen receptor negative tumours), terapi sistemik berguna adalah kimoterapi.

·         Bagi pesakit dengan ketumbuhan positif penerima estrogen (estrogen receptor positive tumours), terapi sistemik berguna adalah terapi hormon.

Bagi sesetengah tumor awal,rawatan sistemik tidak dicadangkan sekiranya ketumbuhan adalah negatif penerima hormon. Terapi radiasi dicadangkan bagi semua pesakit yang mempunyai lumpektomi, bagaimanapun rawatan radiasi selepas mastektomi hanya dicadangkan sekiranya empat atau lebih nod limfa (lymph nodes) terbabit jangkitan barah. Rawatan radiasi tidak dicadangkan bagi pesakit peringkat akhir (tahap  IV) kecuali bagi simptom (palliation) seperti sakit tulang.
Kesan emosi diognasa, simptom, rawatan, dan isu berkait boleh menjadi amat mendalam. Kebanyakan hospital mempunyai kaitan dengan kumpulan sokongan barah yang mampu membantu pesakit menghadapi dengan kebanyakan issue yang mungkin timbul dalam persekitaran saling membantu dengan mereka yang pernah melalui pengalaman yang serupa.
Kumpulan sokongan barah di talian juga memberi kebaikan bagi pesakit barah, terutama dalam mengendalikan masaalah ketidak pastian dan imej badan yang biasa pada rawatan barah.

Biologi Tentang Tumor Malignant

Karsinogen
Karsinogen ( Carcinogenesis ) (harafiannya: pencipta barah) adalah proses mengucar-kacir kadar pembelahan sel ( cell division ).
Barah adalah penyakit gen. Biasanya beberapa mutasi diperlukan sebelum sel menjadi sel barah. Proses yang terbabit termasuk kedua-dua onkogene ( oncogene ) dan gen pembantut tumor ( tumor suppressor gene ). Onkogene menggalakkan barah apabila "terpasang" oleh mutasi, sedangkan gen pembantut tumur ( tumor suppressor gene ) menghalang barah kecuali "dipadamkan" oleh mutasi. Translokasi khromosomal, seperti chromosome Philadelphia, adalah mutasi khas dan mungkin melibatkan gen onkogenes atau pembantut tumor.

Mutasi boleh disebabkan oleh pelbagai punca:
1.       menghisap tembakau
2.       radiasi, termasuk radiasi lembayung biru ( ultraviolet radiation ) daripada matahari
3.       bahan kimia yang dikenali sebagai karsinogen
4.       jangkitan virus atau bakteria, seperti virus Human papillomavirus dalam barah pangkal rahim dan bakteria Helicobacter pylori
5.       kerosakan DNA oleh radikal bebas ( free radical )
6.       kecenderungan diwarisi ( inherited predisposition ), seperti gen BRCA1 pada barah buah dada
7.       keradangan kronik ( chronic inflammation ) dari sebarang punca

Virus memainkan peranan sekitar 15% bagi kesemua barah. Virus tumor biasanya membawa sebahagian onkogene atau gen nyahaktif pembantut tumor suppressor dalam genome mereka.
Ia mustahil untuk mengesan sebab sebenar awal kebanyakan barah. Bagaimanapun, dengan biologi molekular, ia boleh mencirikan mutasi dalam tumor, dan untuk tahap tertentu menjangkakan tindakannya.  Sebagai contoh, anggaran separuh daripada tumor adalah kekurangan gen pembantut tumor p53, juga dikenali sebagai "penjaga genome". Mutasi ini dikaitkan dengan  prognosis lemah, kerana sel tumor tersebut sedikit kelihatan menuju kearah apoptosis (program kematian sel) apabila dirosakkan oleh terapi.  Terdapat mutasi lain yang menjadikan tumor lebih merbahaya ( malignant ). Mutasi telomerase membolehkan sel tumor membahagi tanpa had. Mutasi lain membolehkan tumor menumbuhkan salur darah baru untuk membekalkannya, atau menanggalkannya dari tisu sekeliling, merebak kebahagian lain badan.

Sel tumor malignant  seperti karsinoma, sarcoma, lymphoma atau leukemia, mempunyai ciri-ciri unik:
  •          mengelakkan apoptosis
  •          potensi tumbuh tanpa had(immortalitization)
  •          faktor pertumbuhan berdikari
  •          tidak sensitif kepada faktor anti pertumbuhan
  •          kadar pembahagian sel meningkat
  •          menukar keupayaan perbezaan sellular
  •          tiada keupayaan untuk pembantut sentuhan
  •          keupayaan menceroboh tisu biologi jiran.
  •          keupayaan membina metastasis pada tapak jauh
  •          keupayaan menggalakkan pertumbuhan darah baru (angiogenesis)

Sel yang bertukar menjadi sel barah biasanya tidak mendapat ciri-ciri berikut serentak, tetapi sel keturunan pilihan semulajadi membinanya. Proses ini dikenali sebagai evolusi sellular. Langkah pertama dalam pertumbuhan sel tumor biasanya perubahan kecil dalam DNA, often a point mutation, which leads, among other things, to a genetic instability of the cell. The instability increases to a point where the cell loses whole chromosomes, or has double ones. Also, the DNA methylation pattern of the cell changes, activating and deactivating genes more or less at random. Sel yang membahagi pada kadar tinggi, seperti sel saraf tunjang (stem cell ), menunjukkan risiko lebih tinggi untuk bertukar menjadi sel barah berbanding yang kurang membahagi, sebagai contoh neuron. Jika sel tumur awal (atau kumpulan sel tumor) tidak dibuang oleh sistem imune, ia boleh menjadi sel barah.
Dalan sistem model sellular, sel terdedah kepada pengaruh karsinogenik (kimia, radiasi). dalam sistem ini, tanda awal sel berubah menjadi sel tumur adalah :
  • Tidak mati. Jumlah pembahagian sel normal pada mamalia adalah 50-60 (cell senescence), kemudian ia berhenti berpecah. Sel tumor kekal membahagi.
  • Perubahan morphologi.
  • Pembentukan kelompok sellular (foci).
  • Kehilangan pembantut sentuhan ( contact inhibition .# Faktor pertumbuhan yang sedikit atau tidak diperlukan Low or no need for growth factor.
  • Item 2-4 (di atas) kadang-kala boleh dijejak kepada mutasi dalam gen yang mengakibatkan ganguan pada sel adhesion. Sesetengah sel 'adhesion ) proteins adalah gen pembantut tumor ( suppressor gene ).

Metastasis
Barah mampu merebak keseluruh tubuh samada melalui pencerobohan tempatan atau metastasis jarak jauh. Penjajahan adalah melalui pemindahan langsung dan pembolosan oleh sel barah kedalam tisu bersebelahan. Metastasis adalah proses sel barah menembusi sistem lymph dan saluran darah, beredar melalui saluran darah, dan kemudiannya menjajah tisu normal dimerata tubuh. Barah adalah paling merbahaya apabila ia metastasizes. Apabila tisu maligant (malignant) dibuang melalui pembedahan, sesetengah nod lymph turut dibuang dan dibelah siasat bagi mendapatkan maklumat mengenai berapa banyak dan jauh barah telah merebak.
Perkembangan terbaru dalam perubatan mendapati sistem perubatan homeopati telah menyumbang banyak jasa dalam merawat kanser,sesetengah tahap kanser yang dianggap tiada harapan telah dapat dibantu dengan perubatan homeopati.