INFORMASI DAN PELUANG
PENYEMBUHANNYA
Penyakit Barah /
Kanser
Apabila sel normal rosak atau tua, ia melalui apoptosis; sel barah, bagaimanapun, mengelak apoptosis.
Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel
tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel
tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan
langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis).
Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan
mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain.
Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu
menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor
("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak
normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumor
malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh
jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan
tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah
dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit
barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada
rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut.
Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah
membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan
bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan
perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor
yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan
dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan
mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal
mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.
Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada
tempat dan ciri meligan dan samada berlakunya metastasis. Dignosa tepat
biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui
mikroskop. Apabila didiagnosa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan,
kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya
menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun.
Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan
pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan faktor
persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok dan mengunyah tembakau mendorong
kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.
Mendiagnosis barah
Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau
simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis
mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak
sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.
Tanda dan simptom
(kesan)
Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga
kumpulan:
Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simptom seperti demam kuning.
'Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.
Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simptom seperti demam kuning.
'Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.
Pencegahan dan
pengesanan awal
Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut
pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi
mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah.
Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk
berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti
cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).
Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:
Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination )
dan penyaringan mammogram berkala
Pap smear
Pap smear
Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular
self-examination ) – untuk lelaki berusia 15 tahun
Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat (
prostate specific antigen ).
Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau
ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50,
atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)
Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin
penting pada abad berikutnya.
Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah
pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.
Biopsi
Barah boleh disyaki oleh beberapa sebab, tetapi diognasa
bagi kebanyakan barah maligan mesti disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik
sel barah oleh anatomi pathologist. Prosedure mengambil sel dan/atau cepisan
tisu, dan pemeriksaannya, dirujuk sebagai biopsi. Diognasa tisu menunjukkan
jenis sel yang membiak, tahap displasia, dan kadar dan saiznya. kytogenetik dan
ujian immunohistokimia mungkin memberikan maklumat mengenai bentuk hadapan
barah (prognosis) dan rawatan terbaik.
Semua barah boleh sembuh sekiranya disingkirkan sepenuhnya,
dan kadang kala ini boleh dilakukan melalui prosedur biopsi. Apabila keseluruhan
ketumbuhan tisu luar biasa ("lesion") dibuang, sempadan contoh
diperiksa dengan teliti unuk memastikan kesemua tisu malignan benar-benar
dibuang. Sekiranya barah telah merebak kepada tempat lain dalam badan
(metastasis), pembedahan unuk membuang sepenuhnya tisu barah adalah mustahil.
Jenis biopsi bergantung kepada organ yang diuji. Kebayakan
biopsi {seperi kulit, buah dada atau hati) boleh dirawat sebagai pesakit luar.
Biopsi organ lain dilakukan menggunakan bius anesthesia dan memerlukan
pembedahan.
Saringan
Saringan barah adalah ujian untuk mengesan barah yang tidak
dijangka dikalangan penduduk. Ujian saringan sesuai untuk sejumlah besar mereka
yang sihat, mampu dibayar, selamat, prosedure mudah dengan keputusan salah yang
rendah. Sekiranya barah dikesan, ujian yang lebih menyeluruh dan mutlak akah
diadakan bagi mengesahkan diagnosa.
Saringan barah boleh memberikan diagnosa awal. Diagnosa awal
mungkin memanjangkan hayat. Sejumlah ujian berbeza telah dimajukan. Saringan
barah payu dara boleh dilakukan melalui pemeriksaan payu dara sendiri. Saringan
melalui mammogram secara tetap mengesan tumor lebih awal daripada pemeriksaan
sendiri, dan kebanyakan negara menggunakannya bagi menyaring secara
bersistematik kesemua wanita pertengahan usia. Barah kolorektal boleh dikesan
melalui ujian darah okkult najis dan kolonoskopi, yang mengurangkan kedua-dua
kejadian barah kolon dan kematian, dianggap melalui pengesanan dan penyingkiran
premalignan polyps. Sama juga, cytologi pangkal rahim (menggunakan ujian
lumuran Pap) mendorong kepada pengesanan dan pembuangan lesion prekanser.
Sekian lama, ujian sedemikian yang disertai dengan pengurangan menonjol
pengurangan kadar kematian dan barah pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri
testikal digalakkan bermula pada usia 15 tahun untuk mengesan barah testikal.
Barah prostat boleh disaring menggunakan pemeriksaan rektal secara digital
(digital rectal exam) serentak dengan ujian darah antigen khusus prostat (PSA).
Ujian bagi barah dianggap kontrovesi dalam kes di mana ia
tidak jelas sekiranya ujian tersebut mampu menyelamatkan nyawa. Kontrovesi
timbul apabila ia tidak jelas samada kebaikan pembedahan. ujian PSA mungkin
mengesan barah kecil yang tidak mungkin bertukar mengancam nyawa, tetapi
apabila dikesan akan dirawat. Situasi sebegini, dikenali sebagai terlebih
diagnosa, meletakkan lelaki pada risiko kesulitan yang tidak diperlukan dari
rawatan seperti pembedahan atau radiasi.
Prosedur lanjut yang digunakan bagi mendiagnosa barah
prostat (biopsi prostat) mungkin menyebabkan kesan sampingan, termasuk
pendarahan dan jangkitan. Rawatan barah prostat mungkin
menimbulkan([incontinence) (kencing tidak puas) dan lemah tenaga batin
(erectile dysfunction) (tidak cukup tegang untuk hubungan kelamin).
Sama juga, untuk barah payudara, terdapat kritikan kini
bahawa program penyaringan disesetengah negeri menimbulkan lebih banyak masalah
berbanding penyelesaian. ini kerana menyaring wanita dalam populasi umum akan
mengakibatkan sejumlah besar wanita dengan keputusan positif palsu yang
memerlukan penyiasatan lanjut untuk pengesahan barah, mendorong kepada sejumlah
besar perlu dirawat / jumlah perlu disaring untuk menghalang kes tunggal barah
awal.
Barah pangkal rahim melalui ujian lumuran Pap mempunyai
profil untung rugi paling baik berbanding penyaringan barah lain dari sudut
pandangan kesihatan awam, kerana barah ini mempunyai faktor risiko jelas
(hubungan seksual), perkembangan semulajadi barah rahim yang merebak
perlahan-lahan sepanjang beberapa tahun dengan itu memberikan program
penyaringan lebih banyak masa unuk mengesan awal dan ujiannya mudah dan murah
untuk dilaksanakan.
Dengan sebab itu, amatlah penting untung rugi sesuatu
prosedur dignostik dan rawatan diambil kira apabila menimbangkan samaada untuk
menjalani penyaringan barah.
Penggunaan pengimej perubatan untuk mengesan barah dalam
mereka tanpa simptom jelas, turut mempunyai masalah yang sama. Terdapat risiko
jelas berlakunya pengesanan apa yang kini dikenali sebagai incidentaloma -
lesion benign yang ditafsirkan sebagai maligan dan melalui penyiasatan yang
berisiko.
Jenis Barah/Kanser
Sel barah dalam tumor merupakan descendant sel tunggal,
walaupun selepas ia (metastasis). Dengan itu, barah dikelaskan menurut jenis
asal sel dan lokasi sel.
Bentuk barah
Terdapat banyak bentuk barah dan ia dikelompok menurut
samaada mengikut sel barah atau lokasi barah.
Sel termasuk:
- Adenoma karsinoma ( carcinoma ) dari sel epitelium ( epithelial cell )
- Sel karsinoma skuama ( squamous cell carcinoma )
- Penyakit Leukemia
- Lymphoma
- Melanoma
- Sarcoma dari tisu penyambung ( connective tissue ), tulang atau otot
- Teratoma
Barah utama, menurut lokasi di tubuh:
- Bladder carcinoma
- Darah dan sum-sum tulang) Hematological malignancies
- Penyakit Leukemia
- Penyakit Lymphoma
- Penyakit Hodgkin
- Lymphoma bukan Hodgkin
- Pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
- Penyakit tumor otak
- Penyakit barah payu dara
- Barah pangkal rahim ( Cervical cancer )
- Barah Kolorectal ( Colorectal cancer ) (termasuk kolon, rektum, dubur, dan appendix)
- Penyakit barah esophageal
- Penyakit barah endometrial (uterus)
- Hepatocellular carcinoma (hati)
- Tumur gastrointestinal stromal (GIST)
- Penyakit barah laryngeal
- Penyakit barah paru-paru
- Mesothelioma
- Penyakit barah mulut
- Osteosarkoma (tulang)
- Penyakit barah ovary
- Penyakit barah pancreatic
- Penyakit barah prostat
- Renal cell carcinoma (buah pinggang - ginjal)
- Rhabdomyosarcoma (otot)
- Penyakit barah kulit, termasuk benign Tahi lalat dan dysplastic nevi
- Penyakit barah perut
- Penyakit barah testicular
- Penyakit barah thyroid
RAWATAN
Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang
tumor dan nodus lympha berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung
bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan
sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga
membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan
ini.
Pembedahan
- Kemoterapi
- Terapi radiasi
- Immunoterapi
- Terapi cytoluminescent (CLT)
- Rawatan ujian barah
Pada masa kini, cadangan rawatan bergantung menurut pola. Pola ini diguna-pakai hasil dari persidangan
dua tahun sekali di St. Gallen,
Switzerland yang membincangkan keputusan sebenar hasil kajian pelbagai pusat
seluruh dunia. Bergantung kepada kriteria klinikal (usia, jenis barah, saiz,
metastasis) pesakit dibahagikan kepada kes pesakit berisiko tinggi dan pesakit
berisiko rendah yang menjalani rawatan yang berlainan. Senarai berikut
merupakan himpunan kesemua kemungkinan:
·
Selepas terapi mengekalkan payu dara
(lumpectomi, quadrant-resection), risiko ulangan tempatan tinggi (high local
recurrence risk) (~40%) dikurangkan melalui radiasi radiasi kepada payu dara
·
Jika nod
limpa positif, risiko kematian tinggi (30-80%) dikurangkan melalui rawatan
systemik (samaada anti-hormon atau kemoterapi).
·
Bagi pesakit muda, rawatan systemik paling
berguna adalah kemoterapi (biasanya regimen seperti terapi CMF, FAC, kemoterapi
AC dan/atau taxol) dan sekarang regim TAC (Taxotere, Adriamycin, Cytoxan) yang
diluluskan FDA atau FEC untuk 3 kitaran diikuti Taxotere untuk 3 kitaran.
·
Bagi pesakit berusia, terapi sistemik yang
paling berguna adalah terapi anti hormon (tamoxifen, seumpama (analogues) GnRH).
·
Kemoterapi mempunyai kesan sampingan yang
meningkat bagi pesakit berusia melebihi 65
·
Bagi pesakit dengan ketumbuhan negatif penerima
estrogen (estrogen receptor negative tumours), terapi sistemik berguna adalah
kimoterapi.
·
Bagi pesakit dengan ketumbuhan positif penerima
estrogen (estrogen receptor positive tumours), terapi sistemik berguna adalah terapi
hormon.
Bagi sesetengah tumor awal,rawatan sistemik tidak
dicadangkan sekiranya ketumbuhan adalah negatif penerima hormon. Terapi radiasi
dicadangkan bagi semua pesakit yang mempunyai lumpektomi, bagaimanapun rawatan
radiasi selepas mastektomi hanya dicadangkan sekiranya empat atau lebih nod
limfa (lymph nodes) terbabit jangkitan barah. Rawatan radiasi tidak dicadangkan
bagi pesakit peringkat akhir (tahap IV)
kecuali bagi simptom (palliation) seperti sakit tulang.
Kesan emosi diognasa, simptom, rawatan, dan isu berkait
boleh menjadi amat mendalam. Kebanyakan hospital mempunyai kaitan dengan
kumpulan sokongan barah yang mampu membantu pesakit menghadapi dengan
kebanyakan issue yang mungkin timbul dalam persekitaran saling membantu dengan
mereka yang pernah melalui pengalaman yang serupa.
Kumpulan sokongan barah di talian juga memberi kebaikan bagi
pesakit barah, terutama dalam mengendalikan masaalah ketidak pastian dan imej
badan yang biasa pada rawatan barah.
Biologi Tentang Tumor
Malignant
Karsinogen
Karsinogen ( Carcinogenesis ) (harafiannya: pencipta barah)
adalah proses mengucar-kacir kadar pembelahan sel ( cell division ).
Barah adalah penyakit gen. Biasanya beberapa mutasi
diperlukan sebelum sel menjadi sel barah. Proses yang terbabit termasuk kedua-dua
onkogene ( oncogene ) dan gen pembantut tumor ( tumor suppressor gene ).
Onkogene menggalakkan barah apabila "terpasang" oleh mutasi,
sedangkan gen pembantut tumur ( tumor suppressor gene ) menghalang barah
kecuali "dipadamkan" oleh mutasi. Translokasi khromosomal, seperti
chromosome Philadelphia, adalah mutasi khas dan mungkin melibatkan gen
onkogenes atau pembantut tumor.
Mutasi boleh disebabkan oleh pelbagai punca:
1.
menghisap tembakau
2.
radiasi, termasuk radiasi lembayung biru (
ultraviolet radiation ) daripada matahari
3.
bahan kimia yang dikenali sebagai karsinogen
4.
jangkitan virus atau bakteria, seperti virus
Human papillomavirus dalam barah pangkal rahim dan bakteria Helicobacter pylori
5.
kerosakan DNA oleh radikal bebas ( free radical
)
6.
kecenderungan diwarisi ( inherited
predisposition ), seperti gen BRCA1 pada barah buah dada
7.
keradangan kronik ( chronic inflammation ) dari
sebarang punca
Virus memainkan peranan sekitar 15% bagi kesemua barah.
Virus tumor biasanya membawa sebahagian onkogene atau gen nyahaktif pembantut
tumor suppressor dalam genome mereka.
Ia mustahil untuk mengesan sebab sebenar awal kebanyakan
barah. Bagaimanapun, dengan biologi molekular, ia boleh mencirikan mutasi dalam
tumor, dan untuk tahap tertentu menjangkakan tindakannya. Sebagai contoh, anggaran separuh daripada
tumor adalah kekurangan gen pembantut tumor p53, juga dikenali sebagai
"penjaga genome". Mutasi ini dikaitkan dengan prognosis lemah, kerana sel tumor tersebut
sedikit kelihatan menuju kearah apoptosis (program kematian sel) apabila
dirosakkan oleh terapi. Terdapat mutasi
lain yang menjadikan tumor lebih merbahaya ( malignant ). Mutasi telomerase
membolehkan sel tumor membahagi tanpa had. Mutasi lain membolehkan tumor
menumbuhkan salur darah baru untuk membekalkannya, atau menanggalkannya dari
tisu sekeliling, merebak kebahagian lain badan.
Sel tumor malignant seperti karsinoma, sarcoma, lymphoma atau
leukemia, mempunyai ciri-ciri unik:
- mengelakkan apoptosis
- potensi tumbuh tanpa had(immortalitization)
- faktor pertumbuhan berdikari
- tidak sensitif kepada faktor anti pertumbuhan
- kadar pembahagian sel meningkat
- menukar keupayaan perbezaan sellular
- tiada keupayaan untuk pembantut sentuhan
- keupayaan menceroboh tisu biologi jiran.
- keupayaan membina metastasis pada tapak jauh
- keupayaan menggalakkan pertumbuhan darah baru (angiogenesis)
Sel yang bertukar menjadi sel barah biasanya tidak mendapat
ciri-ciri berikut serentak, tetapi sel keturunan pilihan semulajadi membinanya.
Proses ini dikenali sebagai evolusi sellular. Langkah pertama dalam pertumbuhan
sel tumor biasanya perubahan kecil dalam DNA, often a point mutation, which
leads, among other things, to a genetic instability of the cell. The
instability increases to a point where the cell loses whole chromosomes, or has
double ones. Also, the DNA methylation pattern of the cell changes, activating
and deactivating genes more or less at random. Sel yang membahagi pada kadar
tinggi, seperti sel saraf tunjang (stem cell ), menunjukkan risiko lebih tinggi
untuk bertukar menjadi sel barah berbanding yang kurang membahagi, sebagai
contoh neuron. Jika sel tumur awal (atau kumpulan sel tumor) tidak dibuang oleh
sistem imune, ia boleh menjadi sel barah.
Dalan sistem model sellular, sel terdedah kepada pengaruh
karsinogenik (kimia, radiasi). dalam sistem ini, tanda awal sel berubah menjadi
sel tumur adalah :
- Tidak mati. Jumlah pembahagian sel normal pada mamalia adalah 50-60 (cell senescence), kemudian ia berhenti berpecah. Sel tumor kekal membahagi.
- Perubahan morphologi.
- Pembentukan kelompok sellular (foci).
- Kehilangan pembantut sentuhan ( contact inhibition .# Faktor pertumbuhan yang sedikit atau tidak diperlukan Low or no need for growth factor.
- Item 2-4 (di atas) kadang-kala boleh dijejak kepada mutasi dalam gen yang mengakibatkan ganguan pada sel adhesion. Sesetengah sel 'adhesion ) proteins adalah gen pembantut tumor ( suppressor gene ).
Metastasis
Barah mampu merebak keseluruh tubuh samada melalui
pencerobohan tempatan atau metastasis jarak jauh. Penjajahan adalah melalui
pemindahan langsung dan pembolosan oleh sel barah kedalam tisu bersebelahan.
Metastasis adalah proses sel barah menembusi sistem lymph dan saluran darah, beredar
melalui saluran darah, dan kemudiannya menjajah tisu normal dimerata tubuh.
Barah adalah paling merbahaya apabila ia metastasizes. Apabila tisu maligant
(malignant) dibuang melalui pembedahan, sesetengah nod lymph turut dibuang dan
dibelah siasat bagi mendapatkan maklumat mengenai berapa banyak dan jauh barah
telah merebak.
Perkembangan terbaru dalam perubatan mendapati sistem
perubatan homeopati telah menyumbang banyak jasa dalam merawat
kanser,sesetengah tahap kanser yang dianggap tiada harapan telah dapat dibantu
dengan perubatan homeopati.
No comments:
Post a Comment