Tuesday, November 12, 2013

DENGGI MENCATAT KEMATIAN TERTINGGI

Apa itu denggi?
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini.

Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.



Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk dikesan dan untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Cara jangkitan:
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.
Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´.
Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tempat pembiakan:
Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:
  • i) Demam denggi klasikal.
    Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.
  • ii) Demam denggi berdarah.
    Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:
1. Demam denggi klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS). Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan demam denggi klasikal:
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.

Wabak terkini DENGGI
Di Asia Tenggara:
  • Indonesia (2006): 114,656 kes dilaporkan dengan 1,196 kes kematian.

  • Malaysia (2006): 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian.

  • Thailand (2006): 20,000 dijangkiti dengan 23 kematian.

  • Filipina (2006): 16,929 kes dengan 324 kematian.

  • Singapura (2006): 3,051 kes dikesan.

  • Thailand (2006): 20,00 kes dikesan dan 23 kematian.

  • Myanmar (2006): 11,383 kes dikesan dan 128 kematian.

  • Vietnam (2006): 77,800 kes dikesan dan 68 kematian.

Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan

  2. Bintik merah pada kulit

  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala

  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut

  5. Hilang selera makan

  6. Muntah-muntah

  7. Sakit perut

  8. rasa pahit pada lidah

  9. lemah dan tidak bermaya
 Bagaimana demam denggi berjangkit
  1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi

  2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes

  3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.

  4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
Kematian akibat denggi meningkat
Oleh Petah Wazzan Iskandarwazzan@bharian.com.my

GEORGETOWN: Jumlah kematian akibat demam denggi di seluruh negara sehingga semalam, meningkat 50 kes berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata, sehingga semalam 43,477 kes dicatatkan di seluruh negara dengan 128 kematian berbanding tahun lalu iaitu 37,205 kes dengan 78 kematian.“Selangor mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu 15,520 kes dengan 43 kematian diikuti, Johor, 4,127 kes dengan 11 kematian dan Sarawak, 4,061 kes dengan 14 kematian, manakala Pulau Pinang mencatatkan 1,611 kes dengan enam kematian.

“Negeri paling rendah ialah Wilayah Persekutuan Labuan dengan hanya 17 kes tanpa ada kematian,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kempen Basic Life Saving Training anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Gelugor dan Kolej Kejururawatan Murni (MNC) di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Puteri UMNO Bukit Gelugor, Idamoerni Zakaria dan Pegawai Eksekutif MNC, Ridzwan Shoib.
Program sehari itu bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai terutama pengusaha taska dan ibu bapa mengenai latihan asas menyelamatkan nyawa di rumah atau pun di mana saja. Selain ceramah dan latihan fizikal mengenai latihan asas menyelamatkan nyawa, terdapat pameran kesihatan, temu duga terbuka untuk pengambilan pelatih jururawat dengan potongan 50 peratus yuran pendaftaran dan ujian pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dikendalikan pelajar kolej.
Rosnah berkata, kementeriannya dimaklumkan sehingga 22 November lalu sebanyak tiga kes kematian dilaporkan di Sibu, Sarawak membabitkan seorang wanita berusia 43 tahun dan seorang lelaki, 22, dari Taman Sri Tulang, Johor Bharu dan seorang lelaki, 24, dari Lintang Maccalum, Pulau Pinang.




MUNGKINKAH INI PENYELESAIANNYA?

Remedi homeopathy  diberi nama VIRUS X  PENAWAR ANTI-VIRUS BERTINDAK BAGAIKAN VAKSIN YANG MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI TUBUH-BADAN UNTUK MELAWAN SERANGAN SEBARANG JENIS VIRUS PENYAKIT.
Membantu sebagai Penawar Serangan Virus seperti; Denggi, H1N1, Avian Flu,Chikugunya,Malaria, Taun,kepialu dll :

TERKINI !!!
FORMULASI PAKAR TEMPATAN DAPATKAN SEGERA, JANGAN BIARKAN ANDA DAN KELUARGA ANDA DIANCAM !!

Kuatkan sistem pertahanan badan anda dengan VIRUS X -WM RM50.00 EMRM53.00 120 biji
INDIKASI: Diformulasikan khas untuk merangsang sistem imunisasi tubuh badan untuk melawan sebarang jangkitan Virus seperti  Demam Denggi, H1N1, Chikugunya,Malaria, JE, taun, kepialu, AVIAN flu, demam panas, dan seumpamanya.

DOS ACUTE DEWASA : 2 BIJI 2 JAM 1 SEKALI (MAKSIMUM 10 X 1 HARI)
PENCEGAHAN : 2 BIJI SEMINGGU SEKALI KANAK-KANAK: SEPARUH DOS DEWASA

VIRUS X  tiada kesan sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melebihi sukatan bagaimanapun kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravation) seperti demam yang  melarat buat sementara waktu, menandakan tubuh sedang bekerja menyingkir toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Sekiranya tidak tahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti sementara waktu.

SERANGAN VIRUS PENYAKIT SEMAKIN MENULAR
DAPATKAN PENCEGAHAN & RAWATAN SECARA HOMEOPATI, SELAMAT DAN BERKESAN.
++TERBUKTI SECARA KLINIKAL ++PERUBATAN DIIKTIRAF W.H.O ++TIADA KESAN SAMPINGAN ++MERAWAT HINGGA KE AKAR UMBI.


Sistem Limfa berfungsi melawan serangan Virus dgn Rangsangan Virus X
Sistem Limfa berfungsi melawan serangan Virus dgn Rangsangan




No comments:

Post a Comment