Masalah yang ada didalam organ system tubuh manusia juga dapat digambarkan melalui kedudukannya di dalam usus/perut manusia.
Iris mata dapat menggambarkan tentang system tubuh, kekuatan dan kelemahannya, tahap kesihatan dan perubahan yang terjadi didalam tubuh seseorang.
Iridology adalah diantara kaedah menganalisa kelemahan anggota
badan.Fiber iris berhubung kait dengan gangguan kelemahan diseluruh anggota badan melalui sistem rangkaian saraf.
SEORANG IRIDOLOGIST YANG
BERPENGALAMAN boleh menganalisa dengan tepat tentang masalah fiber saraf mata.
APA
ITU IRIDOLOGI?
- Satu kaedah sains dimana maklumat-maklumat keadaan kesihatan badan seseorang dapat diterbitkan dengan cara memerhatikan petanda-petanda unik dalam irisnya.
- Satu ilmu mengenai iris mata yang merupakan satu gabungan raksasa penghujung-penghujung saraf (dianggarkan 28,000 saraf dalam seluruh anggota tubuh yang badan dimana ianya saling sambung-menyambung dengan organ-organ tubuh badan yang tertumpu pada iris.
- Dapat mengetahui tahap kesihatan organ-organ dalaman yang menyebabkan punca pelbagai penyakit.
KELEBIHAN IRIDOLOGY
- Iridologi adalah selamat,tiada sebarang sentuhan fizikal
- Dapat mengenal pasti secara tepat dan jitu tentang bahagian tubuh yang bermasalah.
- Keadaan kesihatan dapat diketahui tanpa maklumat dari pesakit.
- Kaedah iridology mempunyai kebaikan tersendiri dan ia mampu
mendedahkan hal-hal seperti berikut;
- Kelemahan dan kekuatan yang sedia ada pada tisu dan organ.
- Paras keasidan badan
- Tahap toksid dalam tubuh dan menunjukkan tempat dimana ia terkumpul.
- Tahap mental dapat dikesan dengan melihat pada reaksi terhadap emosi,tekanan dan keletihan.
- Tahap keseluruhan tubuh-lemah,pertengahan dan baik (kesihatan secara umum)Punca masalah kesihatan dan kaitannya dengan organ tertentu.
- Keadaan anggota tubuh-akut(acute),sub-akut(sub-acute), kronik(chronic) atau merosot teruk (degenerative)
PEMERIKSAAN
KESIHATAN MELALUI MATA
Biasanya, bila ingin melakukan
general check-up itu kita harus melakukan sederet pemeriksaan. Mulai
dari pemeriksaan darah, air kencing, feses, x-ray, dan sebagainya.Ujian ini
memakan masa yang agak lama, dan harus membayar kos yang mahal pula!
Sudah tahukah anda, ada satu cara 'general check-up' yang boleh dilakukan secara cepat,pantas, tak ada rasa sakit, mudah, dan diagnosis serta analisis penyakit yang murah. Namanya iridology
Sudah tahukah anda, ada satu cara 'general check-up' yang boleh dilakukan secara cepat,pantas, tak ada rasa sakit, mudah, dan diagnosis serta analisis penyakit yang murah. Namanya iridology
Iridologi sesungguhnya adalah ilmu
yang mempelajari tanda-tanda yang terdapat pada struktur rangkaian iris mata.
Iris mata adalah kawasan berwarna di bola mata yang mengelilingi pupil.
Dari warna, tekstur, dan lokasi tompok-tompok pigmen di iris mata inilah
keadaan kesihatan seseorang boleh dianalisis.
Kenapa iris mata?
Kenapa iris mata?
Kerana, iris mata merupakan
perluasan otak. Organ-organ di dalam tubuh menghantar getaran-getaran ke
seluruh sel tubuh dan dirakam di otak. Rakaman ini kemudian dapat
dilihat melalui iris mata
yang berkaitan langsung dengan otak.
BAGAIMANA PENYAKIT DIKESAN?
Layaknya 'peta jalan', iris mata dilengkapi dengan tanda-tanda yang mampu menunjukkan adanya kelainan di dalam tubuh. Tanda-tanda yang terdapat pada iris mata merupakan gambaran detail keadaan badan secara keseluruhan, termasuk genetik asas, endapan toksin, empangan peredaran, dan kelemahan yang lain. Setiap mata memberikan maklumat yang berbeza.
Maklumat yang boleh dianalisis adalah:
• Mata kanan - Menggambarkan keadaan kesihatan bahagian tubuh sebelah kanan
dan otak.
• Mata kiri - Menggambarkan keadaan kesihatan bahagian tubuh sebelah kiri
dan otak.
• Bahagian atas iris - Memberikan maklumat yang berkaitan dengan otak dan jantung.
• Bahagian tengah iris - Berkaitan dengan perut dan pencernaan.
• Bahagian terluar iris - Memberikan indikasi mengenai keadaan kolon, buah pinggang,
hati, punggung, dan kulit.
• Lingkaran kebiruan yang
mengelilingi bahagian terluar iris - Menunjukkan
keadaan kejiwaan, stres misalnya .
• Saiz pupil - Menentukan
seberapa besar tenaga yang dimiliki oleh orang yang berkenaan.
CARA
PEMERIKSAAN.

Kaedah ujian ini sangatlah mudah. Anda duduk di kerusi, dagu diletakkan di atas alat penompang, mata anda dibelalakkan, lalu kamera digital mengambil gambar mata anda sebelah kiri dan kanan. Proses pemotretannya tiada beza dengan cara mata minus atau plus di doktor mata atau optik-optik. Jadi, tak ada rasa sakit, waktunya singkat, kira-kira 15 minit.

Kaedah ujian ini sangatlah mudah. Anda duduk di kerusi, dagu diletakkan di atas alat penompang, mata anda dibelalakkan, lalu kamera digital mengambil gambar mata anda sebelah kiri dan kanan. Proses pemotretannya tiada beza dengan cara mata minus atau plus di doktor mata atau optik-optik. Jadi, tak ada rasa sakit, waktunya singkat, kira-kira 15 minit.
No comments:
Post a Comment