
Kebanyakan
kita memerlukan kuantiti makanan yang cukup untuk berasa kenyang dan
memerlukan bahan kasar supaya dapat melawaskan buang air besar tetapi
ada orang yang boleh hidup tanpa satu bahan ini atau kedua-duanya.
Terlampau banyak bahan kasar dalam makanan boleh membuatkan kita kurang
selesa kerana perut kembung angin. Haiwan herbivor boleh hidup dengan
memakan tumbuhan yang mengandungi banyak selulosa kerana di dalam
perutnya terdapat mikroorganisma yang boleh menguraikan selulosa menjadi
bahan yang boleh dihadamkan.
- KALORI
Jumlah
haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 liter air 1 darjah Celsius
ialah satu kalori. Jumlah kalori dalam makanan dikira berasaskan tenaga
yang dikeluarkan apabila ia dibakar dalam tubuh untuk mengeluarkan haba
dan ia memanaskan tubuh serta menyumbangkan tenaga bagi aktiviti harian,
iaitu aktiviti sukarela atau bukan sukarela. Aktiviti sukarela merujuk
kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara pilihan; contohnya
berjalan, membuat kerja rumah, bekerja di pejabat, dan bersukan.
Aktiviti bukan sukarela ialah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
tubuh secara spontan seperti bernafas, degupan jantung, dan sebagainya.
Tubuh
menguraikan makanan menjadi bentuk yang lebih ringkas dan digunakan
untuk tujuan membina, membaiki, mengganti, dan membekalkan tenaga.
Kumpulan utama dalam makanan yang digunakan bagi tujuan ini ialah
karbohidrat, lemak, dan protein. Untuk membekalkan tenaga, makanan mesti
terlebih dahulu dipecahkan menjadi gula ringkas. Satu cara untuk
membekalkan tenaga segera adalah dengan menelan gula. Tetapi kebanyakan
orang, mengambil gula melebihi jumlah yang diperlukan. Pengambilan gula
secara berlebihan ini menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan
seperti diabetes dan obesiti. Ada orang yang mengawal jumlah kalori
dalam makanannya mengikut keperluan kalori seharian supaya sihat dan
tidak gemuk dan ada juga orang yang akan memastikan jumlah kalori dalam
makanan yang diambil seharian adalah kurang daripada jumlah kalori yang
diperlukan demi kesihatan dan ketahanan jangka hayat. Kekurangan kalori
boleh merencatkan pertumbuhan dan melemahkan tulang serta jasad lain.
Walaupun rempah-ratus kurang menyumbang kalori kepada tubuh tetapi ramai
yang tahu bahawa ada pelbagai jenis rempah-ratus yang boleh cepat
merangsang peningkatan kadar metabolisme tubuh dan membuatkan kita
berasa panas dan berpeluh.
- KARBOHIDRAT
Karbohidrat
ialah sumber utama untuk membekalkan tenaga bagi kebanyakan manusia,
haiwan, dan semua jenis tumbuhan. Gula dan kanji adalah jenis
karbohidrat yang paling mudah terdapat dalam makanan. Kebanyakan sayuran
mengandungi gula walaupun tiada rasa manis. Sesetengah sayuran
mengandungi lebih banyak gula berbanding sayuran yang lain tetapi
manusia tidak mungkin mengambil terlalu banyak gula kerana makan
terlampau banyak sayuran.
Gula merupakan sumber tenaga bagi
menjalankan fungsi tubuh. Makan sedikit gula tidak menimbulkan masalah
kerana tubuh perlukan gula untuk berfungsi. Tubuh juga menukar kanji
menjadi gula untuk membekalkan tenaga. Pengambilan gula melalui minuman
dan makanan akan cepat meningkatkan paras gula dalam darah dan gula ini
boleh digunakan untuk ditukar menjadi tenaga atau disimpan.
Orang yang
menghidap diabetes atau bermasalah obesiti perlu mengelakkan atau
mengurangkan pengambilan gula supaya paras gula dalam darah tidak
meningkat secara mendadak dan kemudian turun secara laju. Kandungan gula
yang tinggi dalam darah akan memerlukan lebih banyak insulin untuk
menukar gula menjadi tenaga. Paras insulin yang tinggi dalam darah,
dikaitkan dengan masalah seperti obesiti pada bahagian perut, lebih
banyak lemak dalam darah, dan paras estrogen yang tinggi di mana keadaan
ini boleh meningkatkan kemungkinan kanser payudara.
Makanan yang
kaya dengan kanji merupakan makanan ruji bagi kebanyakan penduduk dunia
melainkan orang Eskimo, orang Masai atau kaum lain yang tinggal di
tempat yang tidak dapat menghasilkan makanan ruji yang kaya dengan
kanji. Bagi orang yang mengambil berat tentang jumlah kalori yang
diambil, maka dalah lebih senang untuk memuaskan selera dengan makanan
yang kaya dengan kanji tanpa mengambil terlalu banyak kalori. Pada zaman
moden ini sesetengah orang mengambil sedikit atau tiada langsung
karbohidrat sebagai kaedah mengawal berat badan atau menguruskan tubuh.
Orang yang makan hanya sedikit atau tiada langsung karbohidrat untuk
jangkamasa yang berlanjutan lumrahnya, akan mengalami risiko lebih
tinggi terhadap masalah pembuangan air besar, diabetes, batu karang di
dalam pundi hempedu, penyakit jantung, obesiti, strok, dan pelbagai
jenis kanser berbanding dengan orang yang makan banyak makanan yang
berkanji. Makanan berkanji merupakan makanan ruji kepada kebanyakan
manusia. Contohnya nasi, gandum, gandum hitam, ubi kayu, ubi kentang,
buah sukun, dan sekoi. Diet yang kaya dengan karbohidrat yang kompleks
dikaitkan dengan kemungkinan kurang risiko penyakit kanser dan
pengerasan pembuluh darah. Lazimnya rempah-ratus tidak mengandungi
banyak kanji dan oleh yang demikian ia mengandungi sedikit karbohidrat
sahaja. Rempah-ratus mengandungi kandungan kanji sederhana dan tidak
banyak menyumbang kepada jumlah karbohidrat dalam makanan kerana
rempah-ratus digunakan sedikit sahaja.

- KAROTENA
Terdapat
lebih daripada 500 jenis karotena. Karotena menghasilkan kebanyakan
warna merah, jingga, dan kuning dalam sayuran, buah-buahan, dan
rempah-ratus tetapi bahaguian tumbuhan yang berwarna hijau atau warna
lain juga mungkin mengandungi karotena. Tubuh manusia boleh menukar
alfa-karotena, beta-karotena dan kriptoxantin menjadi vitamin .
Tiga
jenis karotena ini dikenali sebagai provitamin A. Tiga jenis karotena
ini dan juga beberapa jenis karotena yang lain mempunyai sifat
antioksida. Orang yang makan lebih banyak makanan yang kaya dengan
karotena mempunyai risiko yang lebih rendah bagi penyakit jantung,
katarak, strok, dan beberapa jenis kanser, terutamanya kanser paru-paru.
Beberapa contoh jenis rempah-ratus yang mengandungi karotena adalah
seperti daun sup, cili, kucai, pudina, dan sawi pahit.
- KOLESTEROL
Kolesterol
ialah sejenis bahan berlilin yang terdapat dalam jasad manusia dan
haiwan. Ia sejenis bahan yang seakan-akan lemak. Terdapat dua jenis
kolesterol iaitu;
- HDL ataupun lipoprotein kepadatan tinggi iaitu kolesterol yang baik kerana ia menjaga kesihatan, dan
- LDL
ataupun lipoprotein kepadatan rendah iaitu kolesterol yang tidak baik
kerana ia dikaitkan dengan penimbunan kolesterol dalam pembuluh darah.
Daging
yang tidak berlemak boleh mengandungi sama banyak kolesterol seperti
daging berlemak. Kolesterol diperlukan dalam dalam sistem enzim, dan
untuk menghasilkan hormon. Namun, manusia tidak perlu makan makanan yang
mengandungi kolesterol kerana tubuh manusia boleh menghasilkan semua
kolesterol yang diperlukan. Terlalu banyak kolesterol dalam darah
dikaitkan dengan menghadapi risiko yang lebih tinggi seperti masalah
serangan jantung dan strok.Bagi sesetengah orang, peningkatan tahap
kolesterol dalam darah dikaitkan dengan memakan makanan yang kaya dengan
kolesterol. Bagi orang lain pula dikaitkan dengan memakan makanan yang
berlemak. Mengekalkan diet yang seimbang dan makan makanan yang kurang
lemak tepu merupakan satu cara yang baik untuk mengurangkan kandungan
kolesterol di dalam darah berbanding dengan tidak memakan langsung
makanan yang banyak kolesterol.
- LEMAK
Kandungan
utama dalam lemak ialah asid lemak yang dikelaskan sebagai tepu,
monotaktepu, politaktepu dan trans. Tumbuhan lazimnya mengandungi lemak
tidak tepu. Daging dan produk susu mengandungi lemak tepu. Ikan dan
cengkerang mengandungi lemak politaktepu. Lemak trans dihasilkan dengan
menukarkan minyak sayuran jenis tak tepu menjadi lemak jenis tepu. Tubuh
manusia boleh menghasilkan sendiri lemak tepu dan monotaktepu. Hampir
semua jenis makanan mengandungi sedikit lemak, termasuk sayuran dan juga
buah-buahan tertentu.
Rempah ratus mengandungi hampir tiada
lemak. Sedikit lemak diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tetapi
terlampau banyak lemak boleh mengancam kesihatan. Lemak merupakan sumber
tunggal berbagai jenis asid lemak yang penting dan diperlukan oleh
tubuh. Lemak juga diperlukan untuk tubuh menyerap vitamin A, D, E dan
K.Makan lebih banyak lemak yang diperlukan oleh tubuh boleh menyebabkan
obesiti. Terlampau banyak lemak tepu dalam tubuh meningkatkan risiko
pembuluh darah menjadi keras, penyakit jantung dan strok. Lemak mono tak
tepu adalah lebih baik untuk kesihatan berbanding dengan lemak tepu.
Lemak poli tak tepu mengandungi pelbagai jenis asid lemak yang penting
kepada kesihatan. Lemak trans dikaitkan dengan penyakit jantung. Manusia
boleh hidup sihat dengan diet yang banyak karbohidrat tidak boleh hidup
sihat dengan diet yang banyak lemak. Lemak yang berlebihan dalam
makanan akan melambatkan proses penghadaman dan ini boleh mengganggu
fungsi tubuh.
Tubuh manusia boleh menghasilkan lemak dengan
menggunakan karbohidrat tetapi sedikit lemak diperlukan dalam makanan
untuk membekalkan beberapa jenis asid amino dan vitamin-vitamin yang
larut dalam lemak. Hampir semua jenis rempah-ratus mengandungi sangat
sedikit lemak. Kebanyakan lemak atau minyak yang digunakan dalam makanan
datangnya daripada minyak masak dan sedikit sahaja lemak daripada bahan
lain seperti pelbagai jenis nat, kekacang, dan biji. Dua kumpulan asid
lemak politaktepu yang terkenal ialah asid lemak omega-3 dan omega-6.
Asid lemak jenis ini mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah. Asid
lemak omega-3 jenis tertentu dikaitkan dengan kekurangan risiko
serangan jantung jenis yang membawa maut. Kesemua jenis asid lemak
politaktepu boleh mengalami proses oksidasi. Makanan asli kaya dengan
asid lemak politaktepu biasanya juga kaya dengan vitamin E ia itu
sejenis antioksida. Sesetengah jenis minyak politaktepu yang di proses
mengandungi hanya sedikit vitamin E. Oleh itu ia senang mengalami
proses oksidasi. Asid lemak monotaktepu juga mengurangkan tahap
kandungan kolesterol dalam darah tetapi tidak sebanyak asid lemak
politaktepu. Namun, asid lemak monotaktepu lebih cekap mengekalkan tahap
kolesterol jenis yang baik.
- SERAT (FIBER)
Kandungan
utama serat ialah karbohidrat yang tidak dihadamkan oleh tubuh manusia
kerana serat tahan terhadap aktiviti enzim penghadaman. Terdapat dua
jenis serat iaitu serat larut dan tidak larut. Serat jenis larut
melambatkan penghadaman, menurunkan tahap kolesterol dalam darah,
menghalang penyerapan glukosa dalam pembuluh darah dan menghalang tahap
gula dalam darah agar tidak naik secara mendadak.
Lumrahnya orang
yang makan banyak makanan yang kaya dengan kandungan serat yang larut
mempunyai tahap kolesterol dan lemak dalam darah yang lebih sihat. Serat
jenis larut terdapat terutamanya dalam bijirin, buah-buahan, kekacang,
nat dan sayuran. Bijirin yang telah dikilatkan dan tepung putih sudah
kehilangan hampir semua kandungan serat.. Umumnya makanan yang kaya
dengan kandungan serat jenis yang larut atau serat yang jenis tidak
larut akan membekalkan gula kepada darah secara beransur-ansur dalam
jangka masa yang lebih panjang. Sesetengah jenis makanan yang kaya
dengan serat masih boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah dengan
lebih pantas jikalau makanan tersebut ditambah banyak gula, contohnya
kek ataupun gula berlebihan secara semulajadi seperti mangga, pisang dan
rambutan. Umumnya gula semulajadi kurang menimbulkan masalah kesihatan
berbanding dengan gula pasir atau gula buatan jenis lain.
Serat
jenis tidak larut ialah sebahagian bahan kasar dalam makanan. Serat
tidak larut membantu sisa-sisa makanan bergerak melalui saluran
penghadaman dengan lebih selesa dan cepat. Ini akan membantu tubuh
menyingkirkan bahan2 toksik dengan lebih cepat dan menghalang
penimbungabn bahan karsinogen yang boleh membawa kepada kanser kolon.
Makan terlampau banyak serat yang tidak larut boleh menyebabkan perut
kembung angin. Makan terlalu sedikit atau tiada lansung serat yang tidak
larut boleh menyebabkan sembelit. Sembelit sering dikaitkan dengan
massalah buasir dan peningkatan risiko penyakit perut dan usus.
Kebanyakan rempah-ratus tidak menyumbangkan banyak serat kepada diet
manusia kerana digunakn dalam kuantiti yang kecil walaupun kandungan
serat dalam rempah-ratus adalah tinggi contohnya bunga kantan, halia,
lengkuas dan serai.
- MINERAL
Sebilangan
mineral diperlukan oleh tubuh manusia dalam kuantiti yang kecil untuk
kesihatan. Beberapa mineral seperti kalium diperlukan dalam kuantiti
yang agak besar berbanding dengan minerallain seperti iodin yang
diperkukan dalam kuantiti yang sangat kecil sahaja. Mineral adalah
penting untuk mengekalkan keseimbangan darah dan cecair dalam badan.
Mineral juga adalah sebahagian pelbagaibahan yang penting kepada tubuh
manusia.Semua mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia mesti diperoleh
daripada makanan. Kekurangan atau berlebihan mana2 mineral akan
menimbulkan masalah kesihatan.
Diet yang seimbang dan pelbagai
jenbis makanan diperlukan untuk menyumbang semua mineral yang diperlukan
untuk kesihatan yang baik. Penyerapan mineral oleh tubuh manusia
daripada makanan bergantung bukan sahaja kepada jenis dan kuantiti
mineral yang terkandung dalam makanan tetapi juga kepada
interaksiantara pelbagai jenis sebatian dan juga keebolehan semulajadi
tubuh untuk menyerap mineral tersebut. Kehadiran atau ketidakhadiran
sebatian unsur tertentu boleh menolong atau menghalang penyerapan
mineral lan yang tertentu.
Istilah garam dalam sesetengah buku
merujuk kepada mineral atau ada juga buku yang menggunakan istlah garam
galan atau garam mineral. Begitu juga ion ialah sebahagan garam. Oleh
itu garam laut atau natrium klorida perlu terlebih dahulu larut d dalam
air dan diserap masuk ke tubuh manusia dalam bentuk ion natrium dan ion
klorida. Oleh sebab setiap jenis unsur boleh didapati dalm pelbagai
jenis garam dan boleh wujud dalam bentuk pelbagai jens ion, maka adalah
lebih baik kalau mineral dirujuk kepada nama unsur sahaja. Semua
tumbuhan dan haiwan mengandungi pelbagai jenis mineral dalam pelbagai
kuantt.
- KALSIUM
Kalsum
diperlukan supaya darah boleh membeku, tumbesaran yang sempurna, menjaga
kekuatan tulang dan gigi, mengawal impuls saraf otak, pengecutan dan
mengatur degupan jantung. Ada kajian yang menunjukkan kalsium
mengurangkan kemungkinan pembetukan tumor dengan menghalang penimbunan
asid alfa lnoleik.
Kekurangan kalsium menimbulkan kelemahan
kesihatan tulang dan gigi, osteo porosis selepas putus hai, mengurangkan
kebolehan darah membeku, edaran kepada bahagian tubuh yang jauh
daripada jantung, serta masalah jantung. Pengambilan kalsium berlebihan
boleh menyebabkan batu kalsium terbentuk dalam sistem pembuangan ar
kecil dan mengurangkan kebolehan tubuh menyerap magnesium.
- KLORIN
Tubuh
manusa lazimnya memperolehi klorin daripada garam yang digunakan dalam
masakan sayur masin, telur maisn, ikan masin dan sebagainya.
Bagaimanapun dsebabkan garam juga mengandungi natrium, klorin juga boleh
diperoleh dengan memakan sayuran seperti saderi, untuk mengurangkan
pengambilan natrum. Ramai pembaca sudah sedia maklum bahawa keshatan
akan lebih baik kalau dikurangkan garam dalam makanan.
Klorin
diperlukan untuk mengawal keseimbangan cecair tubuh, pengedaran ion-ion
dalam pembuluh darah, mobiliti sendi, penyingkiran bahan toksik dan
sisa-sisa dalam daripada tubuh. Klorin digunakan untuk menghasilkan asid
hidroklork yang digunakan dalam satu peringkat penghadaman makanan.
Kekurangan klorin mengakibatkan ketidakseimbangan cecair dalam tubuh dan
kejang otot. Pengambilan klorin berlebihan boleh memberi kesan toksik.
- KROMIUM
Terdapat
dalam bijiran, kekacang, nat dan pelbagai sumber haiwan. Kromium
diperlukan untuk membolehkan insulin menjalankan tugasnya dalam
metabolisme lemak, mengekalkan stuktur bahan baka serta mengawal tahap
gula dan kolesterol dalam darah. Kekurangan kromium menyebabkan
toleransi yang lemah terhadap glukosa dan peningkatan tahap kolesterol
dalam darah. Berlebihan kromium pula memberi kesan toksik.
- KUPRUM
Ia
terdapat dalam serbuk kari, bunga kantan, cendawan, nat, bijiran yang
tidak dikilatkan, biji-bijian dan pelbagai sumber haiwan. Kumprum
diperlukan untuk pelbagai jenis fungsi penyerapan besi,sebahagian banyak
jenis enzim, pembetukn darah dan tulang,penghasilan pigmen melanin
padanrambut dan kulit dan pembebasan tenaga daripada makanan. Kekurangan
kumprum menyebabkan anemia, kecacatan fungsi jantung dan kemungkinan
timbulnya kanser jenis tertentu. Jika berlebihan kumprum pula akan
menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan seperti spina bifida dan
juga boleh memberi kesan toksik kepada orang dewasa.
- FLORIDA
Terdapat
dalam produk susu, pelbagai jasad haiwan, lumut laut, makanan laut, teh
dan air paip. Ia diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang dan gigi
serta mengurangkan pereputan gigi. Kekurangannya boleh menyebabkan gigi
senang reput. Jika berlebihan fluorida pula menyebabkan gigi
bertompok-tompok kekal. Tahap fluorida yang sangat tinggi pula akan
memberi kesan toksik.
- IODIN
Sumber
utamnya daripada makanan laut, lumut laut dan sesetengah tumbuhan di
darat. Dua contoh rempah-ratus yang mengandungi iodin ialah biji sawi
dan buah keras. Iodin diperlukan oleh kelenjar tiroid untuk menghasilkan
hormon tiriod.Hormon tit\riod mengawal sistem enzim yang terlibat dalam
tumbesaran, pembiakan, kadar metabolisme dan sebagainya. Kekurangan
iodin boleh menyebabkabn kelenjar tiriod menjadi beguk, mengurangkan
kadar metabolisme, melambatkan aktiviti minda dan jasmani dan
menambahkan berat badan. Kukurangan iodin yang berpanjangan pula
memburukkan aktiviti minda. Berlebihan iodin akan memberi kesan toksik.
- FERRUM
Terdapat
di dalam bijirin tertentu, sayuran dun berwrna hijau tua, buah-buahan
kering, kekacang, makanan laut dan sumber haiwan lain. Beberapa rempah
ratus yang mengandungi Ferrum ialah asam jawa, halba, jintan hitam dan
jintan manis.
Ia diperlukan dalam pembentukan sel darah merah
yang membawa oksigen kepada sel-sel dalam tubuh dan mengawal fungsi
minda yang normal. Kekurangan Ferrum boleh menyebabkan Anemia. Bekalan
Ferrum yang cukup adalah sangat penting bagi wanita hamil. Namun jika
berlebihan pula menyebabkan konstipasi, oksidasi dan memberi kesan
toksik.
- MAGNESIUM
Terdapat
dalam aprikot, pissang, nat, biji-bijirin yang tidak dikilatkan, bendi,
sayuran berdaun hijau kacang soya dan produk soya, jintan manis,
marjoram oregano dan timi. Magnesium kurang diserap oleh tubuh jika
makanan mengandungi banyak kalsium, fosfat atau protin.
Magnesium
diperlukan dalam proses tumbesaran tulang, sel, fungsi beberapa jenis
enzim yang diperlukan dalam penggunaan tenaga, fungsi otot dan saraf dan
fungsi kalsium yang normal. Ia dapat melegakan masalah busung yang dan
tekanan darah tinggi kepada wanita yang sedang hamil.
Kekurangan
magnesium akan menghasilkan kemurungan, kelesuan, serangan jantung,
mudah marah, tidak bermaya, interksi otot dengan saraf menjadi buruk
serta lemah otot dan kejang otot. Jika berlebihan pula ia memberikan
kesan toksik.
- MANGAN
Terdapat
dalam sayuran hijau, bunga kantan, buah-buahan, kekacang, nat, kacang
soya dan produk soya, teh dan bijirin yang tidak dikilatkan. Mangan
adalah sebahagian daripada jenis enzim yang sangat diperlukan
Ia
juga terlibat dalam memulakan aktiviti antioksida dan penghasilan
tenaga. Ia digunakan untuk tumbesaran tulang dan fungsi sel.
Kekurangannya akan menjejaskan aktiviti tersebut. Jika berlebihan pula
ia boleh memberikan kesan toksik.
- MOLIBDENUMTerdapat
dalam kekacang, sayuran berdaun hijau dan bijirin yang tidak
dikilatkan. Molebdenum adalah sebahagian dari beberapa jenis enzim yang
telibat dalam mekanisma pembuangan acd urik, penggunaan ferrum dan
metabolism DNA. Kekurangannya boleh membuatkan gigi lebih senang reput
dan jika berlebihan pula maka ia memberi kesan toksik.
- NITROGENTerdapat
dalam semua protein, sayuran yang kaya dengan kandungan protein ialah
kekacang. Nitrogen ialah sebahagian protein dalam badan. Oleh yang
demikian ia sangat penting kepada tumbesaran yang baik. Kekurangannya
boleh merencatkan tumbesaran dan saiz tubuh.
- FOSFORUS
Terdapat
dalam semua protein. Ia dicampur dalam banyak jenis makanan yang
diproses dan minuman bergas. Ia diperlukan untuk metaboisma tenaga,
mengekalkan kesihatan , menguatkan tulang dan gigi, penyerapan nutrien,
bahan pembnaan tubuh dan mekanisma kawalan dalam tubuh.
Kekurangannya
membuatkan tulang menjadi lemah dan berasa sakit. Penggunaan antasid
yang berlanjutan boleh menimbulkan kekurangan fosforus. Jika berlebihan
maka ia akan mengurangkan penyerapan magnesium oleh tubuh.
- KALIUM Terdapat
dalam buah-buahan dansayuran seperti asparagus, avocado, buaha-buahan
kering, kekacang , kubis , pisang, sayur-sayuran hijau, sitrus, tomato
dan ubi kentang. Rempas ratus seperti adas pedas, bawang , biji sawi,
jintan hitam dan jintan manis juga mengandungi kalium.
Kalium
diperlukan dalam pengawalan cecair tubuh, pengedaran ion dalam pembuluh
darah, pengawalan degupan jantung, membantu tubuh mengeluarkan natrium
yang berlebihan, membantu pengecutan otot, fungsi saraf, pemindahan
nutrien ke sel, serta menghalang dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Kekurangannya menimbulkan perasaan keliru, perasaan lemah, dahaga dan
letih. Kekurangan yang teruk menmbulkan kekacauan minda, tekanan darah
tinggi, serangan jantung dan strok.
- SELENIUM
Terdapat
dalam avocado, biji bunga matahari, bijirin yang tidak dikilatkan,
daging, kacang lentil, lumut laut, makanan laut,nat brazil dan tomato.
Selenium adalah sejenis antioksida yang terlibat dalam sistem pertahanan
tubuh, menguatkan sistem imun, membantu perkembangan jantina,
meningkatkan kesuburan lelaki dan boleh membantu menghalang kanser.
Kekurangannya boleh menimbulkan penyakit sesak jantung, kurang subur dan
kurang daya pertahanan antioksida. Jika berlebihan maka ia menjadi
toksik kepada tubuh.
- SILIKON
Terdapat
dalam salad. Silikon diperlukan dalam pembentukan rambut yang sihat dan
menghalang masalah saraf. Jika berlebihan pula boleh menghasilkan batu
silika.
- NATRIUM
Lazimnya
tubuh memperolehi natrium daripada garam yang digunakan dalam masakan,
ikan masin, sayur masin, telur masin dan sebagainya. Natrum diperlukan
dalam kuantiti yang kecil bagi mengawal cecair tubuh, membantu fungsi
otot dan saraf. Kekurangannya menghasilkan busung, kejang otot, lemah
otot, tekanan darah tinggi dan haus. Jika berlebihan pula memberi kesan
yang sangat buruk kepada kesihatan.
- SULFUR
Terdapat
dalam semua protein. Bahan makanan yang kaya dengan kandungan protein
ialah kekacang. Sulfur diperlukan untuk menghasilkan protein. Kekurangan
sulfur akan mengurangkan keupayaan tubuh menghasilkan protein. Jika
sulfur berlebihan pula boleh memberikan kesan toksik.
- ZINK
Terdapat
dalam biji bunga matahari, biji labu merah, bijirin yang tidak
dikilatkan, kekacang, nat dan berbagai sumber haiwan. Dari rempah ratus
ialah adas pedas, bunga kantan, jintan, laurel dan timi.Zink diperlukan
untuk kesihatan sisiem imun, perkembangan jantina lelki yang sempurna,
perkembangan tubuh yang sempurna, pembentukan tisu dan tindakan pelbagai
jenis enzim. Ia adalah antioksida.
Kekurangan zink boleh
menimbulkan masalah kepada wanita yang sedang hamil, dermatitis,
kecacatan deria bau dan rasa, hilang selera makan, kurang daya tahan
terhadap penyakit, tumbesar lemah, pertumbuhan rambut lemah, daya
ingatan lemah, aktiviti minda lemah dan luka lambat sembuh. Kekurangan
zink lebih cenderung kepada kaki botol, orang tua dan orang yang uzur.
Jika berlebihan pula memberi kesan toksik kepada tubuh.
- PROTEIN
Tubuh
manusia memerlukan banyak jenis protein untuk membina dan membaiki sel,
menghasilkan antibodi, enzim dan hormon serta membantu proses
penghadaman. Protein yang berlebihan digunakan sebagai sumber tenaga
atau disimpan sebagai lemak, tetapi berlebihan protein juga boleh
mengganggu keseimbangan diet dan membuatkan tubuh kehilangan kalsium.
Protein dibuat daripada asid amino dan tubuh manusia memerlukan 20 jenis
asid amino. Orang dewasa mesti memperoleh 8 jenis asid amino daripada
makanan dan kanak-kanak mesti memperolehi 9 jenis asid amino daripada
makanan. Bakinya boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Kesemua 9
jenis asid amino yang diperlukan boleh diperoleh daripada apa sahaja
jenis protein haiwan tetapi semestinya dalam nisbah yang diperlukan oleh
tubuh manusia.
Tidak ada mana-mana makanan daripada satu spesies
tumbuhan yang boleh membekalkan kesemua 9 jenis asid amino yang
diperlukan. Oleh yang demikian campuran beberapa spesies tumbuhan yang
mengandungi asid amino perlu dimakan untuk membekalkan 9 asid amino
keseluruhannya. Apabila protein dihadam ia diuraikan menjadi asid amino
lalu dibawa menerusi pembuluh darah ke tempat di mana asid amino
digunakan untuk menghasilkan protein manusia dan menjadi sebahagian sel
dan tisu manusia. Ramai orang bergantung kepada daging haiwan sebagai
sumber protein. Ayam dan ikan merupakan pilihan yang lebih baik
berbanding dengan daging merah. Jika kerap makan terlalu banyak protein
boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada pembuluh darah,jantung dan
buah pinggang.
- VITAMIN A (RETINOL, larut dalam lemak)
Vitamin
A boleh diperoleh sebagai retinol daripada pelbagai sumber haiwan.
Vitamin A tidak terdapat dalam tumbuhan. Namun Karotena jenis tertentu
daripada pelbagai jenis tumbuhan ditukar menjadi vitamin A di dalam
tubuh manusia. Oleh yang demikian ia dipanggil provitamin A tetapi
sesetengah buku menggunakan istilah vitamin A sama dengan karotena
jenis ini. Sayuran yang kaya dengan kandungan karotena ialah bunga
kailan, labu merah, sayuran hijau dan tomato.
Sesetengah jenis
buah juga mengandungi banyak karotena. Rempah seperti bunga kantan, cili
padi,daun kari, daun senahun, halba dqan kesum mengandungi karotena.
Memakan makanan yang kaya dengan karotena tidak semestinya tubuh akan
mendapat bekalan vitamin A yang mencukupi. Lebih banyak karotena akan
diserap ke dalam tubuh jikalau makanan ada sedikit minyak, makanan
dikunyah sehingga halus dan sistem penghadaman dalam keadaan baik.
Sesetengah orang mungkin ada kecacatan yang menghalang tubuh menyerap
vitamin A walaupun memakan makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A
juga diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan tisu, kesihatan kulit
dan tisu permukaan seperti batang tenggorok dan cabang tenggorok,
sistem pemghadaman dan pernafasan serta perkembangan mata yang sempurna
dan mengekalkan daya pengelihatan dan daya pemikiran. Vitamin A adalah
sejenis antioksida. Kekurangannya membawqa kepada daya pengelihatan
lemah, buta malam, buta sepenuhnya, kulit kering dan bersisik, kurang
daya tahan melawan penyakit. luka dan penyakit kulit lambat sembuh.
Kanak-kanak yang tidak cukup mengambil makanan berzat atau tidak cukup
makan yang kaya dengan kandungan karotena atau vitamin A boleh menjadi
buta. Berlebih vitamin A dalam tubuh pula menyebabkan banyak mineral
dikeluarkan dari tulang.
- VITAMIN B (larut dalam air).
Terdapat
beberapa jenis vitamin B dan telah di huraikan secara berasingan.
Istilah vitamin B kompleks bermakna campuran beberapa jenis vitamin B.
Vitmin B hadir dalam semua sel hidup. Vitamin B ada hubungan dengan
tindakbalas kimia jenis tertentu dalam metabolisma sel hidup.
- VITAMIN B1 (tiamina atau aneurina)
Terdapat
dalam bawang, biji bunga matahari, bijirin, halba, kacang manis, limau,
nat, ragi, rosmari, ubi kentang dan sumber haiwan. Bijirin yang
dikilatkan kehilangan banyak atau semua vitamin ini. Lauk yang dimasak
terlalu lama atau menggunakan suhu yang terlalu tinggi juga menyebabkan
makanan kehilangan vitamin ini.
Vitamin B1 diperlukan dalam
penguraian alkohol, karbohidrat dan lemak untuk menghasilkan tenaga,
kesihatan otot dan saraf dan daya ingatan yang optimum. Kaki botol boleh
menghadapi kekurangan vitamin ini. Lebih banyak vitamin ini diperlukan
jikalau memakan makanan yang banyak gula, tepung putih, sagu atau ubi
kayu.
Kekurangannya menimbulkan masalah konstipasi, kemurungan,
lidah berlainan warna, dedar badan, sakit kepala, cepat marah, tiada
daya konsentrasi, hilang selera, lemah penghadaman, dan tidur tidak
lena. Kekurangan yang berlanjutan akan menimbulkan penyakit beri-beri,
kekeliruan minda, pelupa, kerosakn saraf, otot layu dan penyakit juga
membawa maut.
- VITAMIN B2 (riboflavin atau laktoflavin)
Terdapat
dalam badam, biji labu merah, bijirin, cendawan, ketumbar, laurel,
ragi, sayuran hijau, selom dan sumber haiwan.Pucuk dan daun muda pokok
rempah ratus dan sayuran juga kaya dengan vitamin ini. Vitamin ini
sangat sedikit hilang dalam proses memasak, pembekuan, pendedahan kepada
udara atau cecir berasid. Ia tidak stabil dalam cecair beralkali,
terdedah kepada cahaya dan radiasi ultraungu. Vitamin ini terlibat
dengan proses menukar makanan kepada tenaga, tumbesaran yang lumrfah
kepada kanak-kanak, mengawal dan membaiki tisu tubuh seperti mata, kulit
dan sistem saraf dan mengawal fungsi daya ingatan.
Kekurangan
vitamin ini menyebabkan keretakan pada sudut mulut, bibir kering,
ekzema, pada sudut hidung, dagu dan alat kelamin. Mata gatal dan merah,
dedar badan, otot bergegar, lidah sakit dan berwarna merah tua dan
vertigo.
- VITAMIN B3 (niasin)
Niasin terdiri
dari asid nikotinik dan nikotimida. Asid nikotonik ditukar menjadi
nikonimida di dalam tubuh. Tubuh juga boleh menghasilkan niasin daripada
triptofan, sejenis asid amino. Vitamin ini juga dikenali sebagai faktor
p.p atau vitamin p.p, iaitu vitamin penghalang pelagra. Vitamin B3
terdapat dalam asparagus, bijirin, cendawan, kacang manis, nat, pimento,
pudina sage, sayuran berdaun hijau, timi, ubi kentang dan sumber
haiwan.
Asid nikotinik tidak hilang kerana dimasak, terdedah
kepada udara, cahaya atau larutan beralkali. Ia diperlukan untuk
kecekapan otak, memelihara sistem saraf, penghasilan tenaga di dalam sel
dan sintesis DNA. Nikotinimida terlibat dalam penyingkiran toksin,
proses enzim seperti metabolisme asid lemak, respirasi tisu, sistem
penghadaman dan sistem saraf.
Kekurangannya menyebabkan
konstipasi, kemurungan, kurang bertenag, kulit terdedah kepada cahaya
matahari menjadi merah, alah, bersisik, munqah dan nafas berbau busuk.
Kekurangan yang berlanjutan pula menghasilkan penyakit pelagra dan
kematian. Petanda pelagra bermula dengan pipi, hidung, tengkuk dan
pergelangan tangan berwarna merah seperti selaran cahaya matahari,
diikuti dengan pigmentasi, sakit mulut dan lidah sangat merah. Peringkat
yang lewat termasuk kelembapan minda, kekeliruan minda, gila dan mati.
Pada masa yang lampau pelagra kerap timbul dalam kalangan orang miskin
yang banyak makan jagung dan tidak banyak memakan bahan lain.
- VITAMIN B5 (asid pantotenik)
Sumber
yang kaya dengan vitamin ini termasuk avokado, bijirin yang tidak
dikilatkan, cendawan ekstrak ragi, kacang tanah, kurma, sayuran berwarna
hijau dan pelbagai sumber haiwan. Vitamin ini tidak hilang sewaktu
dimasak. Ia diperlukan untuk menghasilkan tenaga daripada karbohidrat
dan lemak, penghasilan antibodi, asid lemak, hormon steroid, serta
mengawal sistem saraf dan kulit. Kekurangannya menyebabkan cepat marah,
kelesuan, pening, sakit kepala, kaki rasa kebas dan mengelenyar, kaki
rasa panas, kegelisahan dan masalah perut.
- VITAMIN B6 (piridoksina atau adermin)
Terdapat
dalam avocado, bijan, bijirin, bunga kubis, cili, sayur, gandum yang
tidak dikilatkan, kekacang, pisang, selada air, nat, parsli, ubi kentang
dan pelbagai sumber haiwan. Vitamin B6 tidak hilang kerana panas
dimasak. Tetapi boleh terhapus oleh larutan beralkali dan radiasi
ultraungu. Vitamin ini terlibat dalam fungsi otak. Ia diperlukan oleh
tubuh untuk membuat protein, niasin daripada triptofan dan membebaskan
glukosa yang disimpan. Kesemua proses ini adalah penting bagi
tumbesaran, kesihatan otot, saraf dan kulit, penghasilan darah dan
antibodi serta pertahanan melawan infeksi. Ia berguna untuk merawat PMS
iaitu sindrom sebelum haid. Kekurangannya menyebabkan anemia, bisul
pada kulit, cepat marah,ekzema, kemurungan, sakit kepala, sakit kerana
saraf bengkak dan sakit mulut. Orang yang mengambil ubat tertentu untuk
merawat reumatisme, tekanan darah tinggi atau tibi mungkin kekurangan
vitamin ini.
- ASID FOLIK (sejenis vitamin B)
Terdapat
dalam adas pedas, bit, ekstrak ragi, gandum yang tidak dikilatkan,
kekacang, nat, parsli, saderi, selada air, sayuran berdaun hijau
tertentu dan pelbagai sumber haiwan. Ia diperlukan untuk menghasilkan
banyak bahan penting dalam tubuh dan untuk mengawal sistem imun,
penghasilan sel darah dan menghalang spina bifida. Ia berguna untuk
merawat panas baran , kemurungan, sakit mulut, sakit lidah dan
kanak-kanak lambat membesar. Kekurangan yang teruk boleh menyebabkan
kelembapan minda. Wanita yang kekurangan asid folik pada awal mengandung
mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan bayi dengan bibir dan
lelangit terbelah dan masalah saluran saraf, contohnya spina bifida.
- VITAMIN B12 (sianokobalamin)
Terdapat
dalam alga, lumut laut, ragi dan semua sumber haiwan. Bakteria dalam
usus besar manusia menghasilkan sedikit vitamin ini. Ia diperlukan dalam
proses penyerapan karbohidrat, lemak, mineral, protein, menghasilkan
DNA, RNA dan sel darah merah, penggunaan folik asid, mengawal selaput
saraf dan fungsi daya ingatan. Kekurangannya menyebabkan anemia, hilang
pertahanan terhadap infeksi, letih dan muntah. Kekurangan yang
berlanjutan akan merosakkan sistem saraf, hilang ingatan, otot kaku dan
rasa gelenyar pada bahagian penghujung.
- VITAMIN C (asid askorbik yang larut di dalam air)
Terdapat
dalam asam jawa, belimbing buluh, buah-buahan sitrus, cili ,sayur,
jambu batu, kismis, pudina, sayuran hijau terutamanya bila dimakan
mentah, strawberi, tomato dan ubi kentang. Vitamin ini akan hilang kalau
lauk dimasak berlanjutan dipanas berterusan., dimasak dua kali dan
dalam larutan beralkali. Bahagian makanan yang segar mengandungi lebih
banyak vitamin ini berbanding dengan makanan yang sudah layu.
Vitamin
C diperlukan dalam penghasilan dan pengawalan kesihatan gigi, gusi,
kulit, otot, pembuluh darah, sel darah putih, tulang, tisu penyambung,
penyembuh luka dan kesihatan umum. Terdapat kaitan yang kuat antara
pengambilan banyak vitamin C dengan kurangnya risiko katarak, kanser
tertentu, penyakit jantung dan strok. Vitamin C ialah sejenis
antioksida. Kekurangannya menyebabkan panas baran, gusi kurang sihat dan
berdarah, kelesuan, luka lambat baik, masalah kulit, masalah tidur,
masalah tisu penyambung, masalah tulang, sakit sendi dan sistem imun
lemah. Kekurangan yang berlanjutan menyebabkan penyakit skurvi yang
boleh membawa maut kalau tidak dirawat dengan mengambil vitamin ini.
Kekurangan vitamin ini pada kanak-kanak boleh menghentikan tumbesaran.
Jika diambil berlebih-lebihan boleh menimbulkan masalah gastrik dan
sakit perut.
- VITAMIN D (kalsiferol yang larut lemak)
Terdapat
terutamanya pada cendawan, ragi dan sumber haiwan. Banyak vitamin D
yang dihasilkan di dalam tubuh manusia apabila kulit terdedah kepada
cahaya matahari. Sterol ditukar kepada vitamin ini apabila kulit manusia
terdedah kepada cahaya matahari dan menyerap cahaya ultraungu.
Ergosterol ditukar oleh cahaya ultraungu menjadi kalsiferol yang juga
dikenali sebagai vitamin D2. Vitamin D dalam kebanyakan hati ikan ialah
koleokalsiferol yang juga dikenali sebagai vitamin D3. Kalsiferol adalah
40,000 kali lebih aktif berbanding minyak hati ikan kod. Ia diperlukan
oleh tubuh untuk menyerap kalsium dan fosforus. Oleh yang demikian
vitamin ini sangat penting untuk menguatkan otot dan saraf, tumbesar dan
kekuatan tulang, rawan dan gigi.
Tubuh manusia yang mempunyai
lebih vitamin ini kurang mengalami penyakit kanser prostat, kelemahan
tulang dan osteoartritis. Kekurangannya menyebabkan gigi berlubang,
hidung berdarah insomnia dan kejang otot. Kanak-kanak yang kekurangan
vitamin ini akan mengalami penyakit riket dan kalau orang dewasa pula
akan mengalami penyakit osteomalakea. Gejala kekurangan vitamin ini pada
kanak-kanak ialah anemia, jangkitan pada sistem pernafasan, kurang
tumbesar tulang dan lemah otot. Kekurangan yang berlanjutan menyebabkan
tulang menjadi cacat kerana terlalu lemah untuk menyokong tubuh.
Kekurangan vitamin ini pada orang dewasa akan membuatkan tulang lebih
lembut. Oleh yang demikian akan berlaku sakit tulang, tulang mudah patah
dan lemah otot.
Wanita yang sedang hamil dan kekurangan vitamin
ini berkemungkinan besar mengalami penyakit osteomalakea. Kekurangan
vitamin D juga boleh disebabkan oleh kulit yang tidak sihat kerana
kekurangan vitamin A.
- VITAMIN E (tokoferol, tokotrienol yang larut dalam lemak)
Terdapat
dalam asparagus, avocado, barli, biji-bijian, bijirin, brokoli, daun
kari, jintan hitam, kekacang, minyak jagung, minyak sawit, nat, oat,
peleng, saderi, sayuran hijau dan ubi keledek. Vitamin E diperlukan
untuk menguatkan dinding pembuluh darah, meningkatkan kebolehan darah
mengangkut oksigen dan mengekalkan dan menguatkan sistem imun. Dua jenis
vitamin E yang diperlukan ialah tokoferol dan tokotrienol untuk
tindakbalas antioksida. Antioksida menghalang kesan buruk produk
sampingan proses oksidasi. Makan lebih banyak lemak atau minyak poli tak
tepu akan memerlukan lebih banyak vitamin E untuk menghalang
oksidasi. Diet yang kaya dengan vitamin E dikaitkan dengan kurang risiko
penyakit degeneratif dan serangan jantung dan kurng berlaku penyakit
pembuluh darah. Kekurangan nya boleh menimbulkan risiko penyakit
katarak, penyakit jantung, kanser tertentu, dan strok. Kekurangan
vitamin A juga dikaitkan masalah anemia, pendarahan dalaman yang berlaku
sekali sekala, penyakit saraf yang beransur teruk yang melibatkan mata,
otot dan sistem saraf.
- VITAMIN H (biotin, juga dianggap sejenis vitamin B)
Biotin
dihasilkan di dalam tubuh manusia dan boleh juga diperolehi daripada
makanan seperti bijirin, cendawan, kacang soya, nat, oat dan pelbagai
sumber haiwan. Vitamin H diperlukan dalam sintesis lemak, penyingkiran
sisa protein, membebaskan tenaga daripada makanan, mengawal kesihatan
kelenjar yang menghasilkan hormon seks, kulit, rambut dan tulang sumsum.
Kekurangannya menyebabkan gangguan saraf, penyakit kulit bersisik putih
atau kuning dan berminyak. Makan putih telor mentah boleh menghalang
penyerapan biotin.
- VITAMIN K
Terdapat
dalam brokoli, bunga kubis, kekacang, kacang manis, kubis, lobak merah,
peleng dan sayuran hijau. Tubuh manusia lazimnya menghasilkan
sekurang-kurangnya separuh daripada keperluan vitamin ini.Vitamin K
diperlukan dalam penghasilan jenis protein yang boleh membekukan darah
dan fungsi lain. Kekurangannya menyebabkan darah tidak boleh membeku
(darah terus mengal;ir keluar).
- VITAMIN P (sitrin)
Terdapat
dalam buah-buahan sitrus, cili sayur, daun sup dan saderi. Vitamin P
diperlukan dalam pembentukan dinding kapilari yang sempurna.
Kekurangannya menyebabkan dinding kapilari senang bocor, yang
menyebabkan pendarahan lebih senang berlaku.
No comments:
Post a Comment