Setiap hari hampir 10 ribu sel otak mati dan tidak boleh
digantikan. Proses ini terus menerus berlaku ketika sedang membaca kenyataan
ini. Ini bermakna jika anda sudah berumur 30 tahun. 1 billion sel otak telah
pupus. Sebab itulah semakin meningkat umur kita makin pelupalah kita.
Bagaimanakah untuk mengurangkan gejala ini daripada berterusan.
Bagaimanakah untuk mengurangkan gejala ini daripada berterusan.
Otak hanyalah aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas
tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini
berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita
lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada
aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat
menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf
ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf
yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara
keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif
berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak
begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung
mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
BETUL KE? YE..KE?
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini
dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu
kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai
perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu
persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan
korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai
perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada
kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan
baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan
yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan
otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku, ketika saintis Barat baru
menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan
menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan
berzikir dan mengabaikannya.
Istilah belahan otak kiri adalah : - Akademik - Intelektual - Bisnis
Istilah belahan otak kanan : - Artistik
- Kreatif - Naluriah
Untuk mendapatkan otak yang sihat atau cerdas, kita perlu
memiliki tubuh badan yang sihat terlebih dahulu. Oleh itu, anda perlulah
melakukan senaman, mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat,
seimbang dan berjadual, amalan hidup yang betul dan menyihatkan, berpuasa,
berjiwa tenang, membersihkan perut, dan lain - lain lagi rahsia yang dipaparkan
di sini. Kesihatan mental bergantung kepada kesihatan tubuh badan.
No comments:
Post a Comment