Friday, September 19, 2014

Kencing Manis



Sebenarnya ia adalah cara hidup.... dan pemakanan. Ini adalah gejala zaman moden.

Apakah diabetes mellitus?

  • Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Thursday, September 18, 2014

Sinus

Formula homeopati yang terbukti secara klinikal mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan melibatkan sistem pernafasan seperti:-
Pernafasan terganggu, nafas berbau, hidung tersumbat, hingus meleleh, selsema biasa atau akibat jangkitan virus bahaya,alahan akibat pelbagai punca, asma, bronkitis, pneumonia, kulit kasar, jerawat, ruam, berdengkur, batuk, kahak, resdung,sinusitis, rhinitis dan sebagainya.
RESDUNG / Catarrh
Inflamasi / Radang tulang rawang / membran yangg biasa dikaitkan dengan hidung, tekak dan saluran pernafasan.
Sebab : Pencemaran udara sekeliling , terlalu sensitif dengan alam sekitar , alahan dengan berbagai makanan seperti makanan laut, tumbuhan dan sebagainya.
Simtom - Cecair yang keluar dari hidung tidak kira samada pekat atau cair, bersin yang banyak, gatal hidung, gatal muka dan lain-lain dikawasan muka. Terdapat beberapa situasi tambahan yang berlainan katogori seperti ;


  1. Rasa panas dan air jernih keluar dari hidung, keletihan, bersin serta mata berair.
  2. Hidung berair (cair) dan berbau busuk, kerap bersin dan rasa sakit-sakit anggota.
  3. Hingus tebal dan kuning, Sakit tekak dan suara parau.
  4. Hidung tidak berair, hidung tersumbat dan kadangkala terpaksa bernafas melalui mulut.
  5. Resdung berdarah yang berbahaya.
  6. "Catarrh" resdung yang tidak stabil,  mengeluarkan cairan yang jernih, kekuningan atau kehijauan.
  7. Selsema dan kepanasan, hidung berair dan kadangkala terpaksa bernafas melalui mulut.
  8. Selsema yang berpanjangan, berkahak, pekat dan kekuningan, kahak juga berketul serta berbau.

Breathclear - Resdung / Sinus

  Resdung,sekiranya tidak segera dirawat boleh membawa maut!!!

Resdung
Formula homeopati yang terbukti secara klinikal mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan melibatkan sistem pernafasan seperti:-

Pernafasan terganggu, nafas berbau, hidung tersumbat, hingus meleleh, selsema biasa atau akibat jangkitan virus bahaya,alahan akibat pelbagai punca, asma.bronkitis, pneumonia, kulit kasar, jerawat, ruam, berdengkur, batuk, kahak, resdung, sinusitis, rhinitis dan sebagainya.


 Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
 
RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.



APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan(humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid



APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.


Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus
Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.
Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN RESDUNG(SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.


JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik

AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.


INDIVIDU BERISIKO

* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanak-kanak

  1. - Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

    - Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.



  2. Dewasa
    Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak.
    Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
    Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery.

    Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Pencegahan

Resdung• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung.

Wednesday, June 4, 2014

Kaedah Rawatan Demam Terbaik


Kelazimannya apabila seseorang itu mengalami demam panas, perkara pertama yang akan dilakukan adalah pemberian  ubat yang sesuai.

Tuesday, May 20, 2014

Otak



Setiap hari hampir 10 ribu sel otak mati dan tidak boleh digantikan. Proses ini terus menerus berlaku ketika sedang membaca kenyataan ini. Ini bermakna jika anda sudah berumur 30 tahun. 1 billion sel otak telah pupus. Sebab itulah semakin meningkat umur kita makin pelupalah kita.

Bagaimanakah untuk mengurangkan gejala ini daripada berterusan.
Otak hanyalah aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Tuesday, May 13, 2014

Akupuntur Darah Tinggi (Hypertention)



Hypertention

Asas bagi diagnosis hipertensi di kalangan orang-orang tua dibawah 40 tahun biasanya diambil sebagai tekanan sistolik yang berterusan lebih daripada 140 mm Hg dan tekanan diastolik yang berterusan lebih besar daripada 90 mm Hg.

Sistolik tekanan akan dinaikkan 10 mm Hg bagi setiap sepuluh tahun tambahan di kalangan orang-orang tua lebih 40 tahun.

Penuaan biasanya tidak menyebabkan peningkatan dalam tekanan diastolik.

Monday, May 12, 2014

Keperluan Nutrisi, Vitamin dan Mineral

Kebanyakan kita memerlukan kuantiti makanan yang cukup untuk berasa kenyang dan memerlukan bahan kasar supaya dapat melawaskan buang air besar tetapi ada orang yang boleh hidup tanpa satu bahan ini atau kedua-duanya. Terlampau banyak bahan kasar dalam makanan boleh membuatkan kita kurang selesa kerana perut kembung angin. Haiwan herbivor boleh hidup dengan memakan tumbuhan yang mengandungi banyak selulosa kerana di dalam perutnya terdapat mikroorganisma yang boleh menguraikan selulosa menjadi bahan yang boleh dihadamkan.

Wednesday, April 9, 2014

Salah Faham Tentang Homeopathy

Salah satu punca utama kemunduran kaedah rawatan homeopathy di Malaysia dan juga di kebanyakkan tempat di dunia ini ialah kegagalan memahami dengan tepat apa sebenarnya Homeopati. Berikut disenaraikan antara salah faham mengenai homeopati untuk dijadikan renungan:

“Homeopathy adalah perubatan tradisional”

Ungkapan ini sering kali kita dengar dipertuturkan di kalangan masyarakat kita. Kesilapan ini membawa kesan yang besar kerana ia meletakkan Homeopati setara dengan perubatan tradisional yang biasanya dikendalikan oleh mereka-mereka yang tidak berkelulusan dan banyak menggunakan kaedah rawatan turun temurun. Bukan tujuan kita untuk

Tuesday, April 8, 2014

Apa itu Iridology?



Masalah yang ada didalam organ system tubuh manusia juga dapat digambarkan melalui kedudukannya di dalam usus/perut manusia.

Iridology merupakan suatu kajian saintifik mengenai bentuk dan struktur di dalam iris mata hitam, dimana dapat memberi gambaran setiap organ di dalam system tubuh manusia.
Iris mata dapat menggambarkan tentang system tubuh, kekuatan dan kelemahannya, tahap kesihatan dan perubahan yang terjadi didalam tubuh seseorang.

Iridology adalah diantara kaedah menganalisa kelemahan anggota

Saturday, April 5, 2014

Analisa Iridology Berkomputer

Setiap mata memberikan maklumat yang berbeza. Maklumat yang boleh dianalisis adalah:
• Mata kanan -menggambarkan keadaan kesihatan bahagian tubuh sebelah kanan dan otak.
• Mata kiri -menggambarkan keadaan kesihatan bahagian tubuh sebelah kiri dan otak.
• Bahagian atas iris -memberikan maklumat yang berkaitan dengan otak dan jantung.
• Bahagian tengah iris -berkaitan dengan perut dan pencernaan.
• Bahagian terluar iris -Memberikan indikasi mengenai keadaan kolon, buah pinggang, hati, punggung, dan kulit.
• Lingkaran kebiruan yang mengelilingi bahagian terluar iris - menunjukkan keadaan kejiwaan, stres misalnya .
• Saiz pupil - menentukan seberapa besar tenaga yang dimiliki oleh orang yang berkenaan.

Thursday, April 3, 2014

Jerawat


Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan
terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau 
belakang badan. Ia kemudiannya membentuk 
jerawat putih yang kecil mengandungi nanah 
atau jerawat hitam atau bonjolan 
berwarna merah.




Wednesday, April 2, 2014

Aturan Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopati.

UBATAN HOMEOPATI

1 Ubat-ubat homeopati yang disenaraikan di sini menggunakan formula kombinasi yang dirumuskan telah terbukti berkesan. Semuanya adalab ubat berkuasa rendah (low potency) untuk mengelakkan tindakbalas (aggravation) yang kuat.

2.Penyakit kronik atau idapan yang lama seperii psoriasis, ekzema. asthma dan !ain-!ain memeriukan ubat yang berkuasa lebih tinggi untuk bertindak hingga ke akar umbi demi mencapai penyembuhan yang sempurna.

Tuesday, April 1, 2014

Rabun - Arcus Senilis (Iridology)


Pernahkah anda tercari-cari kaca mata anda?
Setelah puas mencari, anda mula meminta anak-anak turut sama mencarinya, mereka memandang dengan wajah hairan, rupa-rupanya anda sedang  memakai .
Haaa.. nampaknya, anda semakin menjadi pelupa, dalam iridology, keadaan ini boleh diketahui puncanya.....lihat iris anda. mungkin anda penderita arcus senilis.
Tahap oksigen dalam tubuh dikenali sebagai arcus senilis. Satu keadaan di mana anak mata kita menunjukkan tahap oksigen tubuh yang kurang. tanda ini dikenali dengan bulatan iris yang terpotong di bahagian atas anak mata. lagi besar bahagian terpotong, lagi kurang tahap oksigen dalam tubuh. maka makin bertambah lesu seseorang. kesan lain adalah penderita arcus senilis akan menjadi pelupa dan rabun.

Sunday, March 30, 2014

Kesan sampingan ubatan unsur dadah @ Bahan kimia



KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal.

Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor.

Thursday, March 20, 2014

Minggu Berbekam bulan ini

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.

Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Jamadil Awal.

Monday, February 10, 2014

Apa itu Urutan (Massage)?

Definisi urutan atau terapi urutan adalah satu tindakan untuk merawat tubuh badan dengan mengusap, menggosok atau seumpamanya dengannya, untuk merangsang pengaliran atau meredakan tekanan.

Monday, February 3, 2014

Homeopathic Seminar 2014

Perhatian kepada semua ahli PPHBM. Pihak CUCMS akan mengadakan Homeopathic Seminar  seperti berikut

Tarikh: 3 dan 4 March 2014 
Tempat: Auditorium, CUCMS
Penceramah: Dr. Farokh  J . Master
Tajuk: Pediatrics- Homeopathic management and vaccination
 Homeopathic Treatment of terminally ill patients
Cancer & Homeopathy
 Perceiving rubrics of the mind.                 Homeopathy in epedemics- Dengue

Thursday, January 23, 2014

Apakah Homeopati dan Akupunktur Sama

Homeopati dan akupunktur tidak sama. Kedua-duanya adalah dalam kategori perubatan TCM atau Alternatif dan saling membantu antara satu sama lain. Homeopati berasal dari Barat iaitu Germany dan menggunakan ubat-ubat sebagai alat penyembuhan. Sementara akupunktur adalah dari Timur iaitu China, ia menggunakan 'jarum akupunktur' dan diletakkan pada titik-titik akupunktur point dari meridian yang ditetapkan untuk menghilangkan kesakitan secara rangsangan endrofin pada otak [ pain relif without drugs].
Begitu juga dengan rawatan Quantum Touch, Spa, Aromatherapy, Reflexology, Bekam, Color Vibration dan perubatan Ruqyah/Syifaq. Ia adalah dalam sistem yang berlainan dari homeopathy.Namun begitu didalam perinsip rawatan Homeopathy, tiada salahnya menggunakan kaedah rawatan yang lain sekiranya ia membantu satu sama lain dan memberikan keputusan yang baik kepada pengguna.

Monday, January 6, 2014

Bukti Penyembuhan Dengan Rawatan Homeopathy



 Walaupun sistem perubatan Homeopathy terus bertahan lebih 250 tahun, malah semakin berkembang dibeberapa buah negara. Ia pada umumnya dicemuh oleh pengamal perubatan cara ortodoks kerana mereka tidak nampak bagaimana perubatan Homeopathy boleh menyembuhkan penyakit.
 Satu penyelidikan oleh seorang saintis di Perancis baru-baru ini bagaimanapun mungkin dapat mengubah pandangan pengamal perubatan cara ortodoks terhadap perubatan homeopathy. Penyelidikan oleh Prof Jacques Benveniste dari